Penolakan Kedua:academy standard vs anamorphic
Bila aku diajukan oleh Syamsul yusoff dan datuk yusoff sendiri tentang proses anamorphic aku terus terbayangkan lenses....'HAWK' anamorphic lense yang agak popular dan terbaik aku mengunakannya semasa jadi 1st assist dp Teoh Gay Hian dalam filem EMBUN...ahhh tak mungkin fikir aku untuk filem ini kerana
1)kos lensesnya sahaja dan beratus ribu....lebih baik chanelkan budget ini kearah lain....
2)proses pembikinan yang agak menyulitkan bertambah pulak dengan character lens yang mempunya elemen-elemen membuatkan flare cahaya yang akan bersepah masuk dari lampu kereta,lampu jalan,dan segala lampu yang ada.Department aku akan jadi susah untuk mengawal pengambaran lokasi yang tak terkawal dengan benda-benda ini.... ianya akan jadi detail dan pasti akan melambatkan proses pengambaran yang cuma diberi sebanyak 35 hari sahaja.
3)bila sentuh wide screen cara melihat akan jauh berbeza dari academy standard semuanya akan jadi besar....Banyak yang perlu diisi oleh art direction dan he...he...he...pasti tidak kesampaian....
4)t-stop atau bukaan iris paling besar pada lenses anarmorhic ini adalah t3.5 manakala untuk standard super speed ialah t1.3 dan ini tidak bersesuaian dalam perlaksanaan pengambaran filem ini secara keseluruhannya.
*bagi menggantikan cadangan itu aku mengajukan kl drift difilemkan dalam formatt super 35 dan dicompose balik kepada anamorphic (1;235)....mesti jadi mantap dan baik .....sebagai contoh filem yang aku involve ialah Puteri Gunung Ledang dan Don(bollywood) tetapi unit art tetap kena kerja kuat....kalau super 35 lagilah mahal kosnya....
Akhirnya pihak pengarah dan producer setuju Evolusi K.l Drift difilemkan secara biasa dengan ratio 1;185....Syamsul pun dah mula senang dengan aku dan aku diberikan skrip untuk membuat persediaan dari segi penyediaan teknikal terutamanya peralatan-peralatan.
home work aku bermula dengan penyenaraian equipment list....semestinya aku bermula dengan pemilihan kamera;
camera arri 3 complete set; aku memilih kamera ini kerana fleksiblenya kamera ini dalam pengambaran dan lasak serta compartmentnya yang boleh dicerai berai khususnya bila ada kerja-kerja rigging yang complicated.....maklumlah tak ada cgi macam tokyo drift dan aku sendiri pernah yakinkan Syamsul aku boleh buat manual....
lenses
-6 to 1 zoom lense range frm 17mm to 105 mm with t2.1 (my main lense favourite lense aku) dan lense ini jarang digunakan atau hampir tak ada langsung dalam pembikinan filem tempatan
-prime lenses zeiss super speed t1.3 ; 18mm,25mm,35mm,50mm,85mm (ini dah ada dalam pckge,aku gunakan race malam)
-135mm (antara prime lense favourite aku,pun jarang digunakan dalam filem tempatan)
-300mm(antara telephoto favourite aku,...efektive untuk close up yang bernilai emosi...ada ke?)
-Probe inovision lens(langsung tak diguna pakai dalam filem malaysia....mungkin tak ada kegunaannya tapi meluas dalam tvc....aku guna didalam semua enjin shot untuk montaj upgrade kereta dibengkel masa shamsul nak race denngan aron aziz)
-10mm ultra prime.....(shot rigging tayar masa race)
sampai sini dulu;aku ada shoot
13 comments:
jom shoot drama minggu ini pakai vhs nak tak mukh?
yey boleh bang...menarik tu..ok on bang
kerana kerja-kerja DP ini salah satu dari Hakikat 7 dalam sesebuah cinema, maka aku tak upaya nak masuk kongsi sangat dalam persoalan yang jelas metematical bunyinya.
kadang2 aku bertanya, walaupun nakal dah tahu jawabnya. Apakah persoalan yang perlu dihadapai dalam menangani awalnya hakikat 7 cinema, Naskah.
Dimanakah cabaran-cabaran bercerita yang memungkinkan naskah itu menjadi 'semakin baik' apabila dipindahkan ke bingkai-bingkai yang bergerak? Bukan lerang-lerang penghias dinding sebelum penonton berkunjung ke ruang gelap.
jika perkara yang aku fikirkan tidak memerlukan modal yang banyak, sekadar akal dan jiwa yang tinggi. Nah, disinilah kekuatan penulis lakun layar dan pengarah mula terserlah. Apabila ditafsir kembali oleh Sang DP ( bukan operator) maka sudara sudah mendapat kan jawabnya.
lihat sahaja short film yang masuk ke pertandingan akhir anjuran American Cinematografi. Atau filem-filem yang mendapat liputan (baca muka depan). Bukankah ceritanya yang utama. Lantas kerja-kerja Sang DP membantu untuk melengkapkan hakikat 7 dalam sesebuah cinema.
Ikhlas,
Penchinta Ruang Gelap.
ps-sebuah nukilan yang baik dari mukhriz. jarang disentuh kecuali dengar rawi sahaja.
ps2-KL DRIFT, bukan jawapan yang terbaik untuk Mukhriz berkongsi pengalamannya menangani kerja-kerja DP. Saya yakin ada beberapa filem2 yang lain yang boleh dijadikan contoh.
ps3-Ransan?
mamat & Mukh, apa barang drama minggu ini. kalo berani potret pekerti la!
bior la mukh ni nak cerita sikit ilmu dia, penulis kat atas ni siapa?
Benar tu'Pencinta Ruang Gelap'....
Naskah lah akarnya...
Kl Drift adalah reflection yang harus aku kongsi kepada semua akan kelemahan dan kebaikan...kongsi pengalaman....
selepas ini aku akan pergi kepada karya lain mengikut genre....
text kepada visual...satu benda yang lain "art & sceince " jadi kiblat aku untuk aku kerja dengan director hebat malaysia....ingat senang nak layan macam dir 'mamat khalid'....he...he...he...tunggu..............
teringat masa aku mula-mula dalam bidang ni...aku sentiasa fobia takut focus soft bila kat panggung....bila masa berubah aku takut pulak tak dapat translate naskah yang aku bekerja...lepas tu aku amat memilih dengan pengarah yang aku nak bekerja....
dan kini setelah 'kala malam bulan mengambang'aku makin berani tak kira dengan siapa...makin matang...makin ingin mencabar..he...he...he...syukur alhamdulilah....
Mukh,
Tatau pun selama ni kau jadi follower blog aku. Terharu aku siot. (Meleleh air mata ni, hik hik hik).
Disclaimer: Well, aku memang minat kerja-kerja kau selama ini, bro. "Mantopppp!" kata Ustaz Zamri Bercerita.
Kudos!
now i know...betapa complicated satu pembikinan filem..
info yg amat berharga..
salam kenal
salam...
Raja, aku setuju dgn Penchinta Ruang Gelap, naskhah yg sepatutnya menjadi akar tetapi naskhah yang hebat diukir dengan cahaya dan perletakan elemen elemen naskhah itu sendiri barulah naskhah itu dapat diceritakan kepada pembacanya.
pencerita adalah sutradara dan pengukir cahayanya adalah DP, kedua dua elemen penting ini seharusnya mempunyai wavelenght yang sama dan pemahaman serta pengolahan naskhah haruslah seimbang antara kedua duanya...
apa apa pun, abang mamat ajak raja je ke? tak ajak saya, jadi still photo pun ok pergh...
bro selamat hari raya moga panjang umur dan panjang rezeki
banyak pengetahuan di sini tentang kerja kerja kamera.
Salaam bro..
nak tanya apa pendapat bro pasal RM20 to watch a Hollywood movie?
epi new year!
Post a Comment