Friday, December 30, 2011

Takziah ... buat ellie suriati

Takziah buat pengarah aku ellie suriati...berita keguguran yang diterima pada pukul 1.30 pm mengejutkan aku yang sedang nyenyak tidur setelah baru wrap 6 jam sebelum itu...Pada awal pagi sebelum itu aku melihat wajahnya yang sedikit pucat,...tapi knowing ellie dia memang seorang yang lasak,...walaupun kandungan itu berusia 4 bulan tapi dia aktif dan superb seperti tidak ada apa didalam perutnya yang membesar tu...
Dan jenazah selamat dikebumikan pada malam dan hari yang sama itu jugak...
aku serta krew dibawah penyelangaraan aku...kami bersimpati dan menumpang sedih atas kejadian yang ditentukan ilahi ini,...Kelahiran dan Kematian,...inilah takdir,..takdir untuk filem arahan sulung Ellie Suriati dan semoga tabah bersama suami tercinta Azri,...

Amin...

Wednesday, December 7, 2011

Apa Yang special sangat Pokok ketapang ni,...

Aku bakal saja menjalani filem terbaru bertajuk PENANGGAL sebuah filem bergenre love story berpremiskan horror,...Filem terbitan Tayangan Unggul ini akan diarah oleh Elli Suriaty...Filem yang berlatarkan sekitar tahun 1938 ini menggabungkan beberapa nama besar tanah air seperti Umi Nazira,Azri Iskandar,Fasha Sandha,...Naskah seberat 75 scene ini melibatkan pembikinan yang agak besar dari segi teknikalnya,..seperti reka bentuk produksi beserta terjemahan sinematografi yang agak absurd dari teks yang ditulis sendiri oleh elli suriaty dan Yuswaisar,...
Bila sampai ketikanya nanti aku bakal update bekenaan filem ini,...

Saturday, November 26, 2011

Festival Filem Malaysia 24...Satu signal yang jelas,..

Festival filem malaysia yang baru berlalu meninggalkan banyak persoaalan,..Persoalan yang sama nafasnya dan iramanya dengan yang lepas-lepas cuma mungkin kali ini lebih lantang,...Ada yang tak puas hati,...ada yang rasa memang tidak patut,..Dan ramai rasanya yang rata-rata memboikot festival tersebut,..Jelas dan terang lagi bersuluh,...

Apa yang pasti ada satu signal yang jelas untuk menukar haluan dari film bercorak horror kepada berbentuk aksi...Kemenangan 'Hikayat Merong Mahawangsa' sebagai filem terbaik ffm24 jelas sekali festival kali ini menyokong aliran filem yang berbentuk teknikal...Memberi kemenangan kepada Samsul Yusof sebagai Pengarah terbaik juga sekaligus menyokong 100% pembikinan filem secara total teknikal...

Festival filem 24 sekali lagi menolak filem yang mempunyai nilai content serta bahasa dan nahu filem melalui filem yang mendapat kritikan baik dari pengkritik dan filem scolar iaitu 'Dalam Botol' arahan Khir Rahman...Filem ini seperti tidak mendapat perhatian juri dan memburukkan keadaan lagi pengarah harapan jatuh kepada Jurey Latif untuk filem 'Libas' dan bukan Khir Rahman seperti yang diramal...

Satu signal yang jelas telah diumumkan dan jelas Festival Filem Malaysia dimasa akan datang pasti akan berakarkan filem berbentuk komesial yang berlatarkan teknikal...Tahniah kepada pemenang-pemenang dan aku tetap meraikan festival ini...



Sunday, October 30, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Monsoon...itu apa..?

Di pantai timur aku dan rakan crew dalam proes pengambaran filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham terbitan Exellent Pictures...

'Monsoon' perkatan pertama yang aku dengar dari beberapa orag tentang keadaan disana sebelum kami menjalani proses tersebut pada 25hb october di persekitaran Rantau Abang 75km dari bandar kuala trenganu...Maknanya 8 hari disana pasti filem ini ada masalah kerana monsoon itu hujan dan hujan bermaksud banyak perkara yang bakal tergendala...terus terang emosi...

Confuse,...MONSOON bukan hujan...

Kuala Lumpur pun hujan,Perlis pun hujan,diJohor pun hujan juga,...pendek cerita hujan lebih kerap turun disana dibandingkan di rantau abang ini,...MONsoon tu apa kerana aku sering membayangkan disitulah disepanjang laut cina selatan maka hujan akan lebih berkali-kali ganda lebat dan kuantitinya...Tapi bukan disini...bukan dipersekitaran laut cina selatan ini...hujan tetap hujan tapi tidak seperti yang aku jangkakan...kami tetap menjalani pengambaran seperti biasa dengan dipermudahkan oleh yang maha berkuasa...alhamdulillah...

Confuse Monsoon bukan hujan...jadi MONSOON itu apa?MONSOON bukan hujan...

Thursday, October 6, 2011

Ada Berita Gembira Dari Kerajaan RANSAN...

Ada berita gembira dari kerajaan Ransan,..khabar berita ini harus disampaikan pada 4 pelusuk kerajaan ini...Pendeta Agong khabarnya akan ke Kusari dahulu...walaupun ada ura-ura rancangan rampasan kuasa dari hulu balang perkasa,...Pembersihan oleh agen kerajaan sedang dilakukan oleh Jingga tatkala menunggu Bayu yang akan pasti menuntut bela atas kematian dua nyawa yang kiranya darah dibayar darah...

Tuesday, October 4, 2011