Saturday, November 26, 2011

Festival Filem Malaysia 24...Satu signal yang jelas,..

Festival filem malaysia yang baru berlalu meninggalkan banyak persoaalan,..Persoalan yang sama nafasnya dan iramanya dengan yang lepas-lepas cuma mungkin kali ini lebih lantang,...Ada yang tak puas hati,...ada yang rasa memang tidak patut,..Dan ramai rasanya yang rata-rata memboikot festival tersebut,..Jelas dan terang lagi bersuluh,...

Apa yang pasti ada satu signal yang jelas untuk menukar haluan dari film bercorak horror kepada berbentuk aksi...Kemenangan 'Hikayat Merong Mahawangsa' sebagai filem terbaik ffm24 jelas sekali festival kali ini menyokong aliran filem yang berbentuk teknikal...Memberi kemenangan kepada Samsul Yusof sebagai Pengarah terbaik juga sekaligus menyokong 100% pembikinan filem secara total teknikal...

Festival filem 24 sekali lagi menolak filem yang mempunyai nilai content serta bahasa dan nahu filem melalui filem yang mendapat kritikan baik dari pengkritik dan filem scolar iaitu 'Dalam Botol' arahan Khir Rahman...Filem ini seperti tidak mendapat perhatian juri dan memburukkan keadaan lagi pengarah harapan jatuh kepada Jurey Latif untuk filem 'Libas' dan bukan Khir Rahman seperti yang diramal...

Satu signal yang jelas telah diumumkan dan jelas Festival Filem Malaysia dimasa akan datang pasti akan berakarkan filem berbentuk komesial yang berlatarkan teknikal...Tahniah kepada pemenang-pemenang dan aku tetap meraikan festival ini...