Thursday, December 30, 2010

Sokong label sinematografer malaysia

Perkembangan filem tanah air malaysia amat-amat menggalakkan...
Justeru itu aku fikir memang ruang bekerja akan lagi luas disebabkan kuantiti peratus dalam penerbitan filem yang bertambah...
Dalam konteks kerjaya sebagai sinematografer ini adalah sesuatu yang positif...
Tetapi persoalannya kenapa masih lagi ada sinematografer luar yang dipanggil untuk menjayakan beberapa projek yang dikatakan elite dan memberi wajah yang kononnya 'international' sedangkan kita telah dan sudah pun mempunyai sinematografer yang boleh menterjemahkan teks kepada visual dengan baik...melahirkan visual dari sudut teknikal dengan baik...
Aku menentang keras ide-idea ini,..lahirnya kala malam bulan mengambang,merong mahawangsa,kl drift,berlari ke langit,the red kebaya,cinta, dan banyak lagi cukup sahih
'menginternationalkan' sinematografer negara ini...
Dan atas sebab yang sedemikian aku berharap kepada semua disana kita sokong
'malaysian cinematograper asociation'(tidak lama lagi)...
dan jangan disokong dengan idea-idea yang kelak nanti pada masa akan datang menyusahkan kita dan adik-adik kita warga negara sendiri....bagi menjenamakan semula karier dan menjaganya ke tahap yang baik dan terjamin.


Salam Sinema dari lokasi filem '8 jam'...

Thursday, November 4, 2010

Estet sebuah filem dari rakyat untuk rakyat...

Salam sinema,
Estet sebuah filem keluaran Naga Avxs arahan tuan Mamat Khalid akan menemui rakyat pada hari ini 4 nov 2010...
Filem rakyat untuk rakyat itulah yang dapat aku simpulkan setelah menonton filem ini bersama teman-teman tempoh hari.Cerita yang amat menghiburkan dengan isi premis yang besar.Lakonan farid kamil,sofi jikan,rosham nor yang mantap....
Mari kita sokong dan raikan ESTET bersama-sama Mamat Khalid menunggang diatas pelangi mewarnakan dunia ini atas tema 'HARMONI'.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 14, 2010

Selamat tinggal ramadhan salam syawal

Ramadhan berlalu dalam sekelip mata...aku berjaya melaksanakannya walau pun ada kekurangan...kini syawal muncul dan aku merayakan dengan kadar sederhana bersama isteri dan anak di persekitaran pantai timur...
Kerja-jerja baru dah mula nak dilaksanakan seawal october.8 bulan kebelakangan ni 4 buah filem sudah disiapkan pengambarannya ada baki 2 buah yabg bakal disiapkan sebelum kalendar tahun ini 'tutup kes'...alhamdullilah kesemuanya berjalan dengan lancar...amin....maaf zahir dan batin-salam sinema untuk semua.

Monday, July 5, 2010

48 jam sebelum APOKALIBS....



























48jam sebelum pengambaran,..
teknikal crew preparation di FEGGEAR...Sebuah Rental house yang dah hampir setahun aku tidak berurusan.
Maka teknikal department menjalankan kerja akhir equipment checking serta camera test(beberapa ujian akhir)dilaksanakan...Semacam yang diatas memanglah nampak sibuk...
hampir 80% persediaan dilakukan dan baki 20 % semasa pengambaran dijalankan....
140 kaki diexpose untuk dihantar ke lab bagi telecine yang akan lakukan di lab besok tepat pukul 12 tengahhari....untuk hari ni segalanya macam lancar....
selainnya semua alhamdulillah....JOB DONE FOR THE TECHNICAL PREP.....aku serius yang teramat sangat...

Sunday, July 4, 2010

APOKALIB...PERSEDIAAN AWAL...








Pengambaran pada 7 october dan semakin hampir...aku dan unit produksi membuat beberapa persediaan sebelum tarikh tersebut...amat serius dan amat berhati-hati...
Beberapa pertukaran telah dibuat dalam pengambaran ini dimana tidak lagi dibuat dengan RED CAMERA tetapi dengan cara tradisional iaitu 35 mm COLOUR NEGATIVE.Keputusan diambil setelah bebarapa siri ujian terhadap camera tersebut dibuat.
Insyaallah diharap pengambaran akan berjalan dengan lancar pada tarikh tersebut.

Saturday, May 22, 2010

Apokalib...Aku dan Mamat Khalid...julai...

Ringkas je...
aku bekerja lagi dengan Tuan Mamat Khalid untuk filem bertajuk Apokalib....
filem kolobrasi ketiga aku dan abang mamat selepas Man Laksa dan Kala Malam Bulan mengambang.
filem kedua aku dalam bentuk digital ke seluloid...selepas Dunia Baru The Movie.

Bezanya Dunia Baru The Movie menggunakan Panasonic 720P...Manakala untuk Apokalib kali ini menggunakan Red 1Camera.(version 21)

Aku akan bekerjasama dengan sahabat aku D.I colourist Mr MARK Wilenkin and tq Mr Jason Chong yang introduce aku pada mat uk ni dulu... dan dua orang teknisyen yang akan sentiasa bersama aku dalam filem ni....Alhamdulilah...Harap semuanya berjalan lancar...
Aku harap kerja pertama aku dengan Red 1 Cam ni akan diberkati pembikinannya..
AMIN...

*Kalau siapa yang dah tengok cerita "Cro Zero"....lebih kurang macam tulah bentuknya apokalib ni...

Wednesday, May 12, 2010

Unit Teknikal Baru Diperlukan

Salam kepada sesiapa yang berminat khususnya kepada lepasan pelajar perfileman.

1)camera department(trainee)
2)lighting department(trainee)
3)grip department(trainee)

Mereka yang berjaya diatas akan bekerja dalam pembikinan filem cereka dan iklan beraama saya sebagai pengarah fotografi.Tujuannya ialah untuk mengisi jawatan seperti
Operator Kamera
Gaffer
Key grip
Yang berilmu yang mana saya rasakan semakin lama semakin kekurangan.
Jika berminat Sila berhubung dengan shah di numb 0123135947...

Salam Sinema....

Monday, March 15, 2010

v3 SAMSENG JALANAN ;11 MARCH...AYUH

Hampir setahun pengambaran telah dijalankan akhirnya alhamdulilah buah tangan Farid Kamil menemui penonton dipanggung;tahniah Farid Kamil dan tahniah Metrowealth(BONUS;bukan janji tapi pasti)...Filem aksi ini padat dengan gaya arahan yang bersahaja dari sahabat aku budak Farid Kamil...cubaan pertama yang pada aku berani dan creative...Cinematogaphy 'NO KOMEN'benda yang dah amat lali dan dah selalu sangat aku lakukan pada filem yang sebelumnya.
Bila aku letakkan diri aku sebagai 'Layman' aku terhibur...ada perasaan nak tengok dua kali.
Sehingga ke hari ni(4 hari tayangan) dengar kata kutipan sudah BOOM ...Kalau betul maknanya penonton malaysia ni sebenarnya memang ada power untuk memilih dan 'Mass audience' ini sudah memberi satu sign yang amat positif jika kemahuan mereka diberi...Mungkin betul mungkin tidak aku pun kurang pasti....Tapi yang pastinya 2 filem yang back to back NAN sempit dan Niyang Rapik memberi figure yang impresive selepas Wajib Tayang.
Nan Sempit sendiri ditutup pada perkiraan 7.8 juta kalau tak silap aku.
Sesuatu yang agak menarik dalam V3 ialah 'The Making' dalam v3 yang saya rasa amat baik perlaksanaannya dari pihak metrowealth dan ini memang mempengaruhi penonton untuk kepanggung.
Jadi sesiapa yang nak minat menonton cerita,aksi,stunt serta Sinematografi yang RAW bentuknya sila kepanggung mungkin inilah filem terakhir yang berorientasikan aksi mat motor(perkataan yang lebih baik dari mat rempit)di panggung.

SALAM SINEMA;

Friday, February 26, 2010

Niyang Rapik-25th feb

Filem Niyang Rapik sudah pun masuk panggung semalam 25hb feb.filem terbitan ecellent pictures dan diarah oleh tuan punya production Ahmad Idham.Walau pun aku dah banyak shoot dengan Idham tapi ini adalah kerja pertama aku dengan exellent pictures dan kerja pertama aku untuk genre horror/triller ni.Jadi excited jugak dengan outcome filem yang rata-rata mencabar dari aspek pembikinan.Aku akan kongsi pengalaman pembikinan ni dalam entry akan datang....buat masa ni aku nak promote untuk members,student dan sesiapa sahaja ke panggung menonton filrm ni...

Tq salam sinema....

Monday, January 25, 2010

Aku & Dr Anuar Nor Arai

Sesuatu yang tak aku jangka dan seolah-olah tuhan sengaja memberi petanda untuk aku beringat pada Nya.
Seminggu sebelum aruah menghembuskan nafasnya aku dipanggil oleh Dr anuar untuk berjumpa dengannya.Sesi selama satu jam bersamanya cukup mengembirakan aku,..cikgu lah katakan....Beliau menawarkan tempat kepada aku menjadi pensyarah di Aswara.Sempat aku bertanya pada aruah samada dia sihat atau tak,sambil menyalakan rokok gudang garam nya tak ada sedikit pun menampakkan keuzuran namun fizikalnya memang dimamah usia.,,dia seperti dulu-dulu agresif,tenang dan full motivated kalau berbual..sama saje nafasnya sewaktu aku sibuk dgn semangat 'Indie' aku....Kata-kata akhirnya
'ekau bawak lah budak-budak ni nanti masuk industri,....ekau train diorang ni,bagi diorang rasa masuk dalam kelompok industri....
perubahan biar dibuat dari dalam dan jangan lagi dari luar....pandai-pandailah ekau raja,...jaga budak-budak ni....

Seminggu selepas...

Aku menerima panggilan bahawa cikgu aku dah meninggalkan aku buat selamanya.....al-fatihah....

P/s;dr anuar nor arai adalah cikgu aku yang seringkali aku rujuk dalam dan sewaktu aku melakukan kerja fotografi dan antara yang bertanggung jawab brain wash aku semasa pengambaran filem 'Kala Malam Bulan Mengambang'...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 24, 2010

Nan Sempit ....ishh..issh...issh

7 hari 3.7 juta....confius aku....Nan Sempit sebuah filem dari buah tangan Ahmad Idham yang diterbitkan oleh MIG boom lagi dan kali ini lebih dasyat dari fenomena Jangan Pandang Belakang....filem romantic komedi yang didakwa rakan media amat ringan ni berjaya mengheret penonton sekurang-kurangnya 2 kali ke panggung....Sebagai pengarah fotografi untuk filem ni tidak ada apa yang special yang nak aku katakan dan boleh diperkatakan.
Tapi aku rasa persembahan Sam Samzi dalam watak yang dibawanya adalah 2 tumbs up....Syabas kepada Ahmad Idham dan MIG...satu permulaan yang baik bagi 'business ini'...


- Posted using BlogPress from my iPhone