Friday, January 30, 2009

aku merempit ....orang lain yang drift...

Baru lah merasa duduk balik kat ofis aku sambil belek-belek kerja yang aku tinggalkan dalam 30 hari kebelakangan ni...
'Rempit V3' arahan pengarah muda kita Farid Kamil yang mana aku sebagai Pengarah Fotografi selesai menjalani pengambarannya di sekitar alor star dan kuala lumpur...
aku pun malas nak bercerita pasal filem ni...kerana masih terlalu awal....masih diperingkat rushes dalam bilik suntingan M.I.G....
apa yang bestnya semasa pengambaran ni aku bekerja dengan team Asst Director yang baik...aku salute pada mereka 1st ad cik Ira Rahman dan 2nd ad cik Maria....dah lama aku tak bekerja dengan team asst director yang ada kualiti dalam semua aspek....last sekali rasa aku filem Puteri Gunung Ledang.....kalau tanpa diorang ni aku rasa filem rempit ni mesti delay lebih dari 30 hari....untuk makluman 30 hari untuk sebuah filem aksi bukanlah perkara yang patut dibanggakan...aku rasa pembikin filem faham apa maksud aku ni....

Disamping 30 hari yang azab tu,Aku didrift oleh Skop Production....maksudnya Pihak skop tak ambik aku untuk bekerja dengan filem mereka EVOLUSI KL DRIFT 2.....Alasannya macam biasa budget aku mahal dan pihak mereka tak dapat nak bayar padahal deal dimeja rundingan pun tak .....pelik...pelik....kalau ikut rate kl drift 1 rasa aku standard,nak dibandingkan setiap hari selama 35 hari kerja 18 jam....Syukur alhamdulilah adalah hikmahnya tu agaknya .....boleh lah aku save ide pembikinan aku untuk filem lain...nasib baik aku tak sempat buat presentation dengan diorang...
tapi yang tak sedapnya beberapa orang wartawan ada menelefon aku katanya ada kenyataan dari pengarahnya Samsul Yusof yang sedikit macam berbau 'Provokatif' dan nama aku dipetik semasa pelancarannya di FINAS....aku jawab 'no komen' sebab aku tak ada disitu...tak nak jadi isu....dan PERGI JAHANAM dan CELAKALAH dengan apa sekalipun kenyataan dari dia....

Apa-apa pun 2009 ni aku dah mulakan dengan sebuah filem yang aku rasa insyaallah boleh pergi....TAHNIAH KEPADA FARID KAMIL DAN YANG LAIN....Kalau dan jika kena hentam dengan pengkritik macam cikgu Hasan Mutalib atau yang lain anggaplah ianya satu permulaan yang baik....aku pun selalu jugak kena dengan dia tapi aku anggap ianya bagus untuk aku....
alrite....aku sambung lain kali....

12 comments:

Syahiri Al-Azmi said...

ilek bang..
biasa berlaku ni..
ada rezeki tak lari mana.

aNNe DyaNa said...

hassan mutalib cikgu sy jugak!!!!!!!!!!!wieeyyyyyy.

Anonymous said...

fuh.
tak sabar nak bandingkan rempit v3 dgn kl drift 2!
pasti panas!!!

Unknown said...

thankz for e compliment bro..really appreciate it..harap REMPIT-V3 akan meletOOooppp!!!

Sinefelia said...

hehe...
6 million dollar man kate rate bro mahal???
wah... :)

Anonymous said...

bang,

boleh ajar saya sedikit sebanyak tentang non-linear post production?

Anonymous said...

SALAM

M.U.K.H.R.I.Z said...

non linear post production...boleh apa salahnya...tapi seythu aku kalau dari segi teknikalnya aku rasa ada satu orang yang boleh kata 'maestro'...nanti akuk jemput dia menulis dalam ruangngan ni...k Iwan

M.U.K.H.R.I.Z said...

salam buat coffe holic....

Red Eyes said...

Apapun bro, to me, u the best DOP in Malaysia today.

Anonymous said...

ok terima kasih, sumbangan abg sgt membantu student mcm saya ni :~{)

Ajami Hashim said...

ada rezeki lain tu bro!
don wori coz keja u bagus! :-)