Tuesday, November 18, 2008

TAHNIAH BUAT OSKA 2008!!!

Malam oskar 7 2008 pada sabtu lalu menggambarkan betapa sunyinya dunia pembikinan perfileman malaysia ini...Dari teks ucapan presidennya Tuan syed Mohd Hasan aku percaya tahun ni tak semeriah malam oskar yang lepas-lepas,semacam berat tekanan dalam menjayakannnya.Kenapa ya?Penaja katanya kurang untuk mengangkat majlis yang satu ni.3 hari sebelum majlis ni aku membuat panggilan kepada Danny pengurus pemasaran Fuji film bertanyakan samada diorang membeli table untuk majlis tersebut....jawapannya 'I DONT KNOW ANYTHING ABOUT IT'... Pelik jugak tak seperti tahun sebelumnya....kurang-kurang seminggu sebelumnya mesti ada orang dari fuji film atau kodak yang telefon samada nak join table diorang ke tak....
tahun ni jugak sambutannya macam hambar je....aku datang atas tiket Tayangan Unggul....tak riuh rendah semacam sebelumnya...orang belakang tabir yang datang pun tak ramai,pengarah fotografi yang ada malam tu kalau tak silap hanya aku dan abang Filus.....selalunya ramai kawan-kawanku yang datang expecially dp-dp komesial....dapatlah kami berbual panjang..

macam ni lah.....hubungan antara ppfm dengan pembikin belakang tabir sebenarnya 0%....terus terang aku katakan....Ramai dp,gaffer,key Grip,art director,costume designer,editor, yang bagus-bagus tak muncul dalam festival ini,kerja-kerja yang superb dari mereka tak kelihatan....pada hal yang cipta nama baik luar dan dalam negara kita ni berlambak...Mana mereka dan kenapa mereka tak tersenarai dalam festival ini...kalau adapun ada yang menidakkan kerja mereka....Agaknya Table tak cukup banyak mungkin....vocabulary filem tipis,vacabulary teknikal tipis,perlaksanaan penjuriannya tipis,kalau tak percaya tanyalah cikgu hasan mutalib atau Jean De Baunt.......apa lagi yang ada?yang ada hanyalah satu festival picisan yang cuba mencelah populariti festival filem malaysia dan anugerah skrin...mungkin kelakar tapi inilah hakikatnya....

kalau persatuan dah mula nak dipolitikkan maka makin lama makin kuranglah keberkesanannya(MUNGKIN SALAH ISTILAH INI,TAPI AKU YAKIN ADA).Teras hubungan yang setahun sekali ini tidak disusuli dengan aktiviti-aktiviti lain dari persatuan bagi merapatkan lagi hubungan,jangan ditanya pada aku 'aktiviti apa lagi'....Lu fikirlah sendiri....

Justeru itu orang dibelakang tabir dah mula muak dan suara-suara sumbang yang negative menjalar antara satu dengan lain dan persatuan harus ingat banyak juga orang belakang tabir yang ada 'power on words' dan mempunyai hubungan secara langsung dengan media.....NAH hasil dari mulut ke mulut tadi mebuahkan hasil pada malam oskar 7 2008......

Aku tetap keluarga PPFM,keahlian ku masih sah buat masa sekarang dan kehadapan....Aku sayangkan malam Oska dan aku setuju ianya diteruskan...aku mahu dia diangkat menjadi satu festival yang berprestij....TAPI JANGAN DIPOLITIKKAN SEMACAM KEBANYAKAN KEPUTUSAN DALAM KETEGORI FILEM YANG AGAK BODOH PADA MALAM TU.....KERANA ORANG BELAKANG TABIR SEMUANYA BIJAK PANDAI SEKARANG BAIK DARI AKADEMIK MAHUPUN PENGALAMAN.....KETEPIKAN SOAL KAWAN,KETEPIKAN KEPENTINGAN UTAMAKAN HAKIKAT SEBENAR.....JANGAN SAMPAI HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.....

4 comments:

deepfo said...

mula dengan tukar nama OSKAR tuu memalukan... aku juga ahli dulu2

Zenyth said...

xyah deepfo, tukarkan pemimpin yg berada di 'langit' finas tu..biar dia berpijak pada bumi yg nyata

deepfo said...

zenyth aku tak marah orang mana2 aku tak kenal pun sapa2... diorang lagi tak kenal akupunn... aku marah nama tuuu oskar tuu jer... sebab dia kelakar sangat... macam india punya version... triller MJ jadi GILA MAAAT, KASI MURAH KALKLATOR INCIK TABOO http://uk.youtube.com/watch?v=0h5dq0TKCgI

idea tuuu dah bagus... kasi laa indentiti kita sikit.

p/s politik yg lain tuu gua pun tak tahu dan tak berapa suka nak ambik tahu :)

M.U.K.H.R.I.Z said...

memang betul...tak payah nak ambik tahu sangat dengan politiking yang dok ada...macam aku jugak...tak sangat nak ambik tahu,tapi sebagai ahli persatuan ni aku terpanggil menulis untuk yang benar dan yang jelas....nanti tak adalah teks ucapan yang agak emo terkeluar bila setiap kali festival ni ada....apa yang zenyth utarakan adalah kata-kata akhir yang pasti akan berlaku...

p/s gua rileks satu corner je bai...he...he...he...