-Aku dipanggil Skop Production untuk menggalas projek kl drift pada 2007...berorientasikan aksi ala-ala Tokyo Drift,initial D oleh pengarahnya Syamsul Yusoff....Cuma datok yusoff haslam je yang membayangkan kepada saya filem tempatan kita 'Gangster'.....Jadi aku akan ambik yang lebih dekat dengan aku 'GANGSTER' sebagai base untuk 'Technical Refrence'
-pertemuan pertama dengan shamsul yusof pengarah filem ini adalah di sebuah RESTORAN MAMAK di UKAY PERDANA....sejak dulu restoran mamak memang sinonim dengan apa-apa perbincangan melibatkan filem industri.....4 orang termassuk aku dalam perjumpaan itu
-aku dibrief olehnya tentang filem ini sedikit sebanyak,aku absorb kesemuanya.....
Penolakan Pertama:High Definition vs Negative Film
1)-kl Drift tidak sesuai pengambarannya dalam bentuk hd seperti yang dikehendaki pengarah kerana;
Kesemua 'LOKASI' aksi adalah lokasi yang tak terkawal diwaktu malam dimana 100% menggunakan 'existing light'....High definition pasti tidak akan bertindak balas dengan baik dan hasilnya akan bertambah Low contrast....aku bagi contoh kat dia 'Star Wars' dan 'Impak Maksima'.....dan pada masa itu dengan kamera yang mampu sesebuah produksi akan bagi ialah yang dirate pada 1080 cinealta atau 720p panasonic(4:2:2)....Jika ini terjadi 'Depth for human didalam black box(cinema) akan jadi terlalu terbatas....maka kepuasan didalam menjana keberkesanan shot yang diambik berlatarkan kl jadi terlalu kabur.KESIMPULANNYA WE WILL LOST ESTATIC K.LUMPUR....
reaksi pengarah:Mengerut dahinya ada tanda yang aku tak dapat job ni...he...he...he...
2)Ada banyak perkara yang aku tak dapat buat masa filem Gangster dulu disebabkan masa,budget dan sebagainya....dan kl drift adalah peluang yang baik....jadi antaranya
dengan cinealta dan panasonic pasti akan menyukarkan kerja-kerja kamera rigging dari sudut yang sukar disebabkan saiznya yang besar dan panjang tidak tahan lasak...habis tu pakailah kamera yang kecik lagi.....aku pun jawablah .....tak nak jadi 1511.....aku ketawa....
reaksi pengarah:sedikit masam dan tegas dengan pendirian awal
3)ke'terhad'tan untuk aku menggunakan lens yang tidak diamalkan didalam pembikinan filem dimalaysia tetapi luas didalam t.v. comercial contohnya support bracket high definition tak boleh nak support zoom lenses yang bagak-bagak....he...he...he...masa tulah sekarang dah ada kut....banyak lagi about it ....itu salah satu je....
reaksi pengarah:Ini mesti comfirm tak dapat....
last sekali aku brief pendirian aku....
'director of photography role here is helping the director to tell a story...and we r just a tools ...at last u who going to craft it into story....but for the time being anything that connect to the visual is in my area to assist you'.....
Dua minggu untuk mereka ambil keputusan.....dalam dua minggu tu katanya Pengarah dah berjumpa dengan beberapa d.o.p lain untuk mendapatkan khidmat khususnya kepada yang telah shoot high definition seperti 'Cinta' dan filem yang bereteraskan format hd....
Satu panggilan dari Skop untuk aku berjumpa dengan Datok Yusoff Haslam....
Kesemuanya ada termasuk pengarah,Datok Yusoff menawarkan projek Evolusi Kl Drift apa yang aku dengar pemilihan aku bukan dari pengarah tetapi dari datok yusoff sendiri ....
-Aku menasihatkan agar shoot dalam 35mm disamping fees aku yang agak mahal sesuai dengan apa yang boleh aku sumbangkan secara pengalaman dan ilmiah....
-mereka setuju permintaan dan aku sain kontrak...TQ DATOK....
....dalam meeting timbul pulak aspect ratio dimana pengarah nak shoot 1:235 (anarmorphic)....sekali lagi aku tersentak...dengan tenang aku terpaksa menolaknya tetapi dengan alasan yang kukuh agar mereka semua ni dapat terima dengan hati yang terbuka.
Penolakan Kedua: 1;185 vs (anarmorphic)
TO BE CONTINUED;GOT SHOOT
15 comments:
berlatarkan kl jadi terlalu kabur.KESIMPULANNYA WE WILL LOST ESTETIK K.LUMPUR....
mana estetiknya?
apakah ukuran ini boleh aku dapati dengan memberikan contoh "drift di layar perak kepunyaan bangsa-bangsa lain di dunia?"
Sampai kini, aku masih mencari apakah hubungan 'rohaniah dan batiniah actor dengan enjin, aspal dan kota.
kereta-kereta hanyalah roh-roh gentayangan yang sudah pasti tidak diterima oleh petala bumi dan langit.
PS-maaf, nukilan sudara lebih menarik dan berdrift dari apa yang terpapar di layar lewat evolusiKL yang hanya berputar di atas jack.
Ikhlas,
PENCHINTA RUANG GELAP
Betul soalan anda...mana estetiknya?tulisan aku belum habis baru sampai sain kontrak belum terima skripnya lagi he...he...he...tapi tak pe aku jawab...seperti yang aku cakapkan sebelum ini...Aku menyediakan elemen teknikal yang perlu diambik kira untuk menghasilkannya kelayar perak menidakkan hd dan mengiakan 35mm untuk projek ini....sudah tentu looks atau appearence dilayar akan terganggu dengan penghasilan yang menghadkan latar-latar yang menyokong dibelakangnya....Soal 'content'ini bisa dijawab oleh tuan pengarah dan boleh dikongsi bersama ajami atau deefo atau kawan yang lain...tapi dari aspek teknikal dan perlaksanaannya aku harus kedepan dulu....aku sudah bersedia dari sudut itu jika Pengarah ada thinking process yang sama dengan aku....Jika wujud perancangan aku kearah nilai estetika itu,maka perlaksanaan dari pengarah dan pengarah seni mesti menyeimbangi pemikiran ini.Harap maklum bukan semua pengarh bersifat pengarah di negara ini...he...he...he... tapi ini projek yang menarik untuk diterokai...
Jadi Di mana estetiknya dalam kl drift.......jawapannya 'ADA PERANCANGAN TIDAK ADA PERLAKSANAANNYA'aku akan huraikan selanjutnya nanti.Proses yang aku tulis ini pula lebih bersifat teknikal dan bukan untuk dikupas contentnya dan eloklah ianya dikongsi bersama bagi memperbaiki proses pada masa akan datang...tq bro for the coment harap dapat ikuti tulisan selanjutnya nanti...
bro, jadi perancangan itu adalah PLAN to FAILED ke bro?
KLdrift dari segi cinematografi bagi aku amat berjaya tetapi dari cerita dan arahan, kurang jiwa...
apa apa tiada yang betul dan salah dalam karya filem, teruskan lagi langkah, aku sentiasa menyokong...
nanti nak singgah opis, blh?
Ajin.
Bro, wa nak tanya banyak lebih dri sket sebab wa x berapa pandai sangat dalam bab2 sinematografi ni, tapi, wa rasa teknologi HD skang ni boleh jauh lebih baik dan rasanya sudah boleh di samatarafkan dengan filem..
sebagai contoh, lihatlah filem Transformers dan The matrix..mereka menggunakan kamera HD dan wa rasa xde cacat celanya bila melihat di panggung..soalan nya ialah, kenapa hollywood boleh buat cm2, kita x boleh??(tolak dri aspek bajet coz aku tau kau kreatif, mesti boleh buat alternatif lain)
untuk Zenyth....saya betulkan sikit...matrix dan transformer menjalani pengambaran dalam filem dan bukan HD....dari filem mereka akan melalui proses digital yang kita namakan 'Digital Intermediate'dimana kesemua graphic,cgi akan dibuat...dan dari proses akhir itu mereka akan 'kine tarnsfer' melalui scanner seperti 'arri laser'untuk kembali kepada filem....nanti akan datang kita akan bincangkan proses ini....
untuk rozinor....sebagai seorang dp yang berlatarbelakangkan ilmiah dan pengalaman ia akan banyak mempengaruhi proses awal penyediaan sesuatu filem...kita harus bersedia untuk berkhidmat kepada pengarah tetapi akhirnya cara pengarah berfikir akan mempengaruhi segala-galanya.Dlam konteks ini aku akan berfikir sebagai PENGARAH tetapi PENGARAH FOtografi....Aku akan cuba selamatkan mana yang mampu diselamatkan dan pasti akhirnya 'desk Directing' iaitu dimeja suntingan pemikiran pengarah akan lebih jelas...Kl Drift tidak gagal di khalayak rasanya....tetapi mungkin tidak mengikut frekuensi ilmiah yang tepat....Tetapi boleh saje sesiapa akan berkata "action mana ada content....terbang sana,terbang sini meletup sana meletup sini...cukuplah....he..he..he...
yang pasti aku rasa pengarah dah cuba sedaya upaya untuk filem ini...dan itulah hasilnya...
Mukriz tahniah dan terima kasih sebab nak kongsikan pengalaman kau. Kalau ada yg bagi soalan tajam2. layan jer...
Bab storimori nie segala apa saja element yg bersangkutan emotion kata orang membentuk story dan dari situlah terbitnya technique. Tapi tak apalah... kita kt sini teruja nak cakap proses yg penghujung nie lah. Perkara best niee jarang sekali berlaku. Thanks. Ini adalah benda2 yg aku nak tau lagi dari hang.
kamera yang mampu sesebuah produksi akan bagi ialah yang dirate pada 1080 cinealta atau 720p panasonic(4:2:2)
Bro apesal tak pakai 4:4:4 memang tak ada kaa? tapi apa2pun bagi aku... personally benda HD nie dia sebenarnya cuba sedaya upaya nak dapat kualiti print tu pun kalo kena dengan lensnya.
ke'terhad'tan untuk aku menggunakan lens yang tidak diamalkan didalam pembikinan filem dimalaysia tetapi luas didalam t.v. comercial contohnya support bracket high definition tak boleh nak support zoom lenses yang bagak-bagak
bro lenses macamana yg tak diamalkan untuk filem Malaysia... kasi terang sikit korang memang tak pakai zoom lens langsung??
dalam meeting timbul pulak aspect ratio dimana pengarah nak shoot 1:235 (anarmorphic)
Kenapa anarmorphic? apa yg korang cari? aku pernah nak try tapi bila aku tengok efx flares dia terus aku lemas... tapi DP ramai yg suka.. tak anramorphic pun tambah tools supaya dapt flare anarmorphic. Tak tahu laa aku tambah lagi korang race kereta malam2.. dgn flares melintang... benda ikut rasa laaa... ada kata cantik ada kata tidak
Tapi apa-apapun aku paham persaa kau... scope yg nak kau cover dgn location yg besar penat... bergerak2 lagi.. pakai natural light malam2 lagi penat. Ikut nasib hahahah... BTW berapa average stops kau nie? kau full open kaa? camana kau rasa?
Tahniah kerana berjaya menyakinkan pengarah pakai 35mm.... zaman sekarang ramai nak try HD atau RED nak try tak salah... pakai video pun tak apa kalo kena dgn konsep.... ada yg shoot filem pun kadang2 tak best gak hahahah.. tapi ramai juga laa DP yg aku jumpa tak berapa suka dengan benda nie.. geng yg shoot drama tv pun dah pakai HD, 16 mm pun org dah tak nak proses paling kurang pun dah naik super. Apa2pun pakai apapun tak kisah... tapi bagi org technical... tetap kisah hahahah.
Aku banyak nak tanya ni.. best... panggil lagi dp lain turun bukak jurus... baru panas gelanggang.Yg pastinya kita bukan nak tunjuk terer... tapi nak kongsi ilmu. Mukriz teruskan.
p/s aku pernah dengar director otai nyaris2 kena bantai... sebab dia kata dia mix film ngan HD orang kt cannes pun tak perasan... gila lawak.
Saya minta maaf en. mukhriz, the matrix ade juga mneggunakan HD camera tetapi tidak menyeluruh..baiklah, bagaimana pula dengan Star Wars episode 2 yang menggunakan camera HD Sony F900??iany adalah HD camera dan keputusan nya adalah tidak mengecewakan..ternyata ianya menarik dan gamabarnya tiada cacat celanya bila ditayangkan di layar perak...
Apocalypto,Superman Returns juga menggunakan HD camera, Panavision Genesis?jika ianaya di 'blown up', ianya mempunyai 4 kali ganda resolusi dari filem 35mm...rasanya teknologi HD sudah boleh digunapakai untuk menggantikan filem..(sumber: http://www.dvinfo.net/conf/totem-poll-totally-off-topic-everything-media/89348-hd-cameras-using-hollywood-right-now.html)
ape pendapat kau??
Untuk...zenyth...
seperti yang dikatakan tadi...proses hd kita tidak sampai seperti apa yang dibuat didalam star wars dan apocaliyptico atau superman...Camera dinagara kita yang popular sekarang dan ada didalam market for full production ialah panasonic varicam 720p dan cinealta yang beresolusi 1080....4:2:2 dan yang baru ialah red cam...
untuk environment produksi dimalaysia panavision hd,viper,arri hd yang bernilai 4:4:4 masih tidak digunakan lagi kerana kos produksi kita paling banyak pun ialah 1.5 million kalau ada yang berani atau dapat subsidi finas boleh lah pergi ke 2 hingga 3 juta...Jadi budget untuk kamera ini dan peralatannya mencecah kepada 3 kali ganda....
produksi seperti star wars dan superman mesti menggunakan kamera yang bernilai 4k resolution kerana kerja graphic,animation,cgi yang banyak dan berlapis-lapis kan dibuat diatsnya....dan ini tidak berlaku dalam evolusi kl drift kalau kita menggunakan kamera yang ada dengan kemampuan kos produksi....BUKAN INI SAHAJA bila kita bercakap tentang hd kita harus memikirkan pulak faktor yang lebih penting iaitu 'SCANNING'UNTUK KITA KINE TRANSFER THE MATERIAL BACK TO CELULOID adakah kita menggunakan scanner terbaik pada masa sekarang seperti 'arri laser' contohnya..kalau bukan hasilnya nanti mungkin tak berapa baik atau low Quality.......Memang bijak kalau kita shoot hd untuk film yang banyak menggunakan cg,animation dan graphic.
mereka disana lengkap work flow nya...tapi tidak dengan kita disini...
Jadi tidak salah untuk kita teruskan dengan projek hd tetapi kita harus fikir hasilnya nanti...Kenapa cicak man dan antoo fighter tak macam superman atau starwars...?awal-awal pengarah tersebut dah buat statement jangan disamakan dengan hollywood...he..he...he...but gd effort frm them...Kita DI MALAYSIA ada kepakaran,KREATIVE APATAH LAGI... percayalah kalau tak tak akan filem iklan kita jatuh antara yang terbaik dalam dunia...BUDGET MESTI A,BILA BUDGET A INSYAALLAH IANYA AKANA JADI A BAGI FILEM YANG BERTERASKAN GENRE FIKSYEN ATAU ACTION...
diatas hanyalah sebahagian dari jawapan tersebut yang dapat aku tuliskan harap dapat menolong zenyth sedikit sebanyak.
Untuk Zenyth:
Spielberg cakap, dia xkan shoot dengan HD selagi dekat dunia ni masih ade lagi orang buat filem...
Brader, lu jgn banyak baca...lu turun padang baru lu tau ape filem bleh bagi dan ape HD leh bg. Dri situ, baru lah l tau, boleh x HD ni beat filem..
ikan todak...he...he...he...
aku setuju tu...mungkin Zenyth perlu tau proses dan sebab musababnya tapi bukan semua yang bernasib baik untuk turun padang...aku jemput mereka yang ingin berkongsi dengan aku pada awal bulan march nanti pengambaran sebuah filem yang bertajuk 'MANTERA'ala-ala transformer, antara kertas kerja aku untuk pengambaran ini dijalankan dengan mengunakan kamera yang berteraskan 4:4:4 terus ke hard disk mungkin akan ada sedikit perubahan yang dapat kita hasilkan dalam pembikinannya...insyaallah
heheheheheh...wa rasa wa tau sapa punya ayat tu...Remy...adakah dikau??heheheheheh
Bro Mukhriz,
wa rasa dari segi kepuasan pembikinan, memang filem laa..bcoz untuk kepuasan D.O.P dalam pembikinannya.untuk lebih kreatif...
dari segi kepuasan penonton, rasanya mereka x perlukan perbezaan HD atau filem 35mm, asalkan nampak cantik dan CONTENT filem bagus..
betul x??
Setuju...'layman' hampir kesemuanya ada satu benda dalam kepala mereka iaitu 'make believe'dan story tu sendiri.tak kira robot ke,aksi meletup ke,terbang ke mesti kena ngam dengan mata mereka...dan bertindak balas dengan pemikiran mereka yang linear tu..
dan kita pula sebagai pembikin harus sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki keadaan tidak kira samada medium tu hd ataupun colour negative...apa guna kalau teknikal gempak tapi cerita tak kemana...
profesional dp harus ada timbal balas pemikiran untuk kata 'tidak' jika itu adalah kebaikan untuk filem tersebut baik dari segi ilmiah maupun praktiknya.Ada kelemahan juga di dalam proses pengambaran kl drift dari aspek cinematografinya...kita akan bincang nanti didalam post akan datang...
patutlah menang sinematografi terbaek.
kau mahu kan yang terbaek saja.great!
satu info dan knowleghe yang bagus bagi saya..
thanks n salam kenal..
Post a Comment