Wednesday, October 2, 2019

Hari ini aku dan rakan rakan pembikin dan all the bosses selesai preview filem arahan aku yang keempat.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sukses.Apa yang merisaukan aku dengan projek terbaru ini ialah cerita nya.Bagi aku cerita adalah the head of alls.Maklumlah jarak dengan filem aku yang terakhir dengan terbaru ni rasanya dalam 4 tahun.Kebanyakan nya aku banyak buat untuk TV.
Membikin filem yang terbaru ni adalah sesuatu yang sangat berat kerana ekosistem penerbitan filem di malaysia kini sangat cenderung kepada low budget.Tapi aku pun tak pernah dapat yang budget tinggi pun.Tak tau lah insyaallah satu hari nanti kut.
Kerja pengarahan filem yang bercorak psycotriller dengan ada pengaruh misteri kali ini memang sesuatu yang susah.Tambah lagi ini bukan lah forte aku.Tapi ialah kerana penerbit nya BOY percaya dengan kebolehan aku setelah menyaksikan filem TUJUH dan di tambah lagi dengan penulis nya adalah ellyna yang dah lama sangat kami sudah  bekerja sama maka aku tak dapat tidak untuk tolak filem ni.Aku senang sangat bekerja dengan BOY. dan Madness Film.So far aku ada kebebasan untuk bekerja dengan lebih teliti dengan taste aku sendiri.
Walaupun pembikinan filem ini diperingkat rough cut tapi aku teruja nak sangat menyiapkan nya secepat mungkin ke layar perak dengan harapan ia akan menjadi satu filem yang 'watchable'.Moga nanti lebih banyak lagi filem yang bisa aku skrinkan ke layar perak,tapi kali ini genre yang lain mungkin genre yang lebih dekat dengan aku iaitu 'Action'.


MUNGKIN.

No comments: