Hari ini 26 oktober 2019 merupakan hari ulang tahun perkahwinan yang ke 11.Alhamdulillah kerana tuhan masih lagi memanjangkan jodoh aku dan isteri dan agar berakhir dengan sesuatu yang baik akhirnya.Kami bertahan sehingga kini dengan kurniaan seramai dua orang anak yang menjadi penghias keluarga kami.Doa dari sahabat sahabat juga antara penyumbang keatas ini.Syukur.Jujur nya banyak gelora yang terjadi.Memang benar kata orang tua tua ya 10 tahun pertama adalah yang paling harus dijaga.Tapi tak jugak ada yang lebih dari itu pun bercerai berai,..Ini lah jodoh nama nya.
Hari ni sempena merai kan nya,kami berhasrat lah untuk melawat Abang Mamat Khaled.Kak Intan kata abang dah keluar Wad biasa.Abang Mamat ni adalah seorang yang pengarah,abang dan refrence untuk aku dan kerja aku.Mungkin spritual.
Ini lah antara dua keceriaan yang aku nikmati hari ini.Namun tatkala itu maka datanglah peringatan.Sahabat karib aku PITT HANIF.
Pitt yang baru sahaja selesai pengambaran sebuah filem ditimpa musibah selepas bot kecil yang digunakan nya dan sham mokhtar salah seorang dari pengarah fotografi untuk memancing karam.Tersentak ya allah.Tersentak kerana Pitt Hanif adalah kenalan lama yang rapat semasa di Akademi Filem Malaysia.Masih muda lagi masa tu.Kali terakhir kami berjumpa ialah pada awal tahun ini.Perjumpaan alumni untuk Akademi Filem Malaysia.Waktu post ini ditulis Pihak bantuan penyelamat sudah memberhentikan pencarian dan akan disambung besok kerana hari telah gelap dan katanya arus sangat kuat.Aku sangat mengharapkan Pitt kuat untuk muncul besok pagi dan senyum kepada semua.Ya allah selamatkan lah teman ku agar segalannya dipermudahkan.
Kembali lah ke pangkuan keluarga.aamiin ya robbal alamin.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-fauziah-nawi-dikhuatiri-lemas-di-sungai-mela-jerantut-221074
No comments:
Post a Comment