Membikin filem sebenarnya bukan lah semudah sebagaimana yang disangka.Semudah mereview dengan lontaran ayat ayat sastera atau teori teori selepas menonton nya.Duduk di atas khatulistiwa mahu kan iklim seperti di eropah.
Membikin filem sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menitik berat kan output akal serta fikiran lalu dibawak menjadi bahan tonton sejagat.Tidak semua boleh melakukan dengan sempurna namun menjadikan ia sesuatu yang 'watchable' adalah sangat sangat penting dan menjadi tuntutan asas.
Kekadang terfikir jugak jika filem adalah sesuatu yang berkiblatkan unsur seni yang tidak berfomula,sujektif dan tidak mengongkong.Tentu ia bebas dan berkembang tanpa ada pagar pagar yang menghalang lalu ekspresinya juga akan berkembang.Saya selalu berfikiran sebegitu.Filem adalah satu keraian yang 'pure', 'genuine' punya ideologi,falsafah dan berkeperibadian yang terbentuk dari hasil individu si pengkarya dan sama sekali bukan untuk dipertonton lalu diperbodohkan melalui fasa kritik dan review.What to do,kalau tak boleh dikritik duduk dalam gua lah kan.
Tetapi jika kefahaman atas penghasilan filem itu sendiri terkongkong dan cuba di penjarakan maka ini lah satu satu nya cabang kreatif yang sebenarnya terkurung jika dibandingkan dengan industri kreatif yang lain seperti Fesyen,Lagu/muzik bahkan seni tampak.Lihat lah industri fesyen di malaysia berkembang pesat.Lihat industri Muzik juga berkembang pesat.Lihat filem fiem kita sehingga 2019,hanya kroni dan proxi diangkat dan dinobat kan kehadiran nya,atas platfom seni,scolar bla bla bla.Tanpa sedar larian mereka mereka yang menjinjing karya perfileman tersekat kerana terpenjara.
Yeah only in Malaysia,Siapa yang memenjarakan nya?