Dalam keadaan masa yang mengizinkan aku....wajib aku tonton slumdog millionaire,bukan nak komen atau review itu saudara ajami dengan kawan-kawan yang lain punya kerja tapi untuk aku sendiri tengok kat mana aku sekarang dalam karier aku sebagai pengarah fotografi.AKU INSAF SESANGAT
....aku suka...bila aku tengok kali kedua aku suka dan bila aku tengok kali ketiga AKU SUKA...Lantas aku terfikir kalaulah konsep serta perlaksanaan Fotografi dalam filem 'anak halal' arahan Osman Ali menjurus seakan filem itu.'REALISME' serta compact sungguh Mumbai....bukan cantik tapi CANTIKKKK eeee geram aku,imej yang mudah tapi amat berkesan ....'Realisme' ke Anak halal?arghhh,Aku rasa makin lama makin aku tertinggal disebalik cgi dan optical bodoh dipanggung sekarang...muak pun ada menyampah pun ada.Cerita...cerita...cerita....aku percaya ceritalah akhirnya tonggak utama...bukan camera work yang hanky panky tak tentu hala,bukan langit cantik yang digrade frame by frame nak tambah warna biru serta magenta(yang shoot HD),bukan camera yang track kekanan lepastu track kekiri sambil sang aktor bercakap pasal syarikat yang nak diselewengkan duit berjuta ringgit....angan-angan mat jenin....Lepastu keluar statement dalam akhbar 'cantik sungguh fotografi filem ini'....macam iklan,....Malaysian director tolak yasmin,mamat khalid,bada,u-wei yang lain semuanya '...... ......,......'lu fikirlah sendiri....he...he...he...
Aku percaya tools yang boleh mengangkat dan membantu filem dari sudut 'content' sesuatu filem amat berkait rapat dengan Fotografi dan Penataan Seni...dan disudahi dengan tahyat akhir(suntingan)....jangan lupa DOA....
Im just a layman....2009 ni Aku belajar banyak sangat dari filem Slumdog ni untuk kerja aku sebagai D.O.P...bukanlah maksud aku Filem Felini,copolla,scorsece atau yasmin ahmad atau Hatta azzad khan aku tak belajar tapi ialah engkau orang faham kan maksud aku....Teringat aku filem 'Rumah ini langitku'atau 'Langit ini rumah ku' kalau tak silap akulah tajuknya lebih kurang begitu dari pak Slamet Rahardjo lebih kurang lah macam slumdog ni.
Aku harap sangat dapat satu naskah genius dari semua sudut satu hari nanti yang dapat aku rakam serta pamerkan didalam blackbox di lima benua suatu hari nanti...Kepada student-student yang menjengah ke blog ni filem ni dari segi teknikalnya memang membantu serta menjana penceritaan oleh pengarahnya...Best Ooooo....bak kata mamat khalid bila dia happy....he...he...he...
12 comments:
salaam. would you consider shoot commercial dengan gua?
salam sis,Kerja dengan kak Yasmin ahmad,apa lagi nak gua cakap selain dari gua panjat Syukur alhamdulillah kerana diperkenankan doa sejak setahun yang dulu untuk moment ni
wah...dapat job dari kak yasmin, the high profile director in Malaysia...kak yasmin, asal talent time x masuk malaysia??
ok tak hadiah?
welcome back bro!
yasminthestoryteller@gmail.com
haha..cool la..
tak sabar join bengkel cinematography dgn bro hujung bulan ni dekat itm, puncak perdana...
:)
ajami,thanks a lot hadiah tu....besar maknanya tu pada gua....
selamat kembali Raja...
semoga segalanya berjalan lancar dan diberkati rahmatnya...
ajami tak pernah pon bagi gua hadiah!!
hua hua huah.
erm tgk filem ni sekali.
tapi tak reti tgk sudut teknikal.
tapi editing, boleh la sikit2. tu pun belajar lagik dgn orang2 pilem negara.
btw, tahniah dpt job dgn yasmin~
semalam baru tgk preview talentime. boleh lah tahan gempak nye.
ikhares,tak ada apa-apa maklumat tentang serta tawaran pun mengenai bengkel yang nak diadakan tu.mungkin tak jadi kut.anyway u guys can datang bila saya tengah shoot.im filming one horror movie start this 30th march.jemputlah datang.amat bagus mendapat gambaran yang sebenar masa shoot.u r welcome expecially student....
best giler slumdog!tak perlu ada efek2 cgi yang gah2.huhu.betul bro.cinematography dan cerita kalau dah mantap memang meletop!
really, dekat mana tu??
insyaallah kalau ada masa kami confirm singgah..
shoot filem apa bang??
Post a Comment