11.25am 19 September 2022.
Sewaktu menulis, telah pun tinggal hanya lebih kurang 6 hari dari dateline bagi menghabiskan proses 'principal photography' bagi filem Pagari Bulan yang diterbitkan oleh saya dan isteri. Sepanjang perjalanan pengambaran banyak perkara yang mencabar dalam aspek penerbitan. Filem Pagari Bulan merupakan filem selepas ophilia terbitan elevenfield creative sdn bhd. Apa yang menggembirakan ialah filem ini sudah hampir ke garisan penamat, walaupun tidak sempurna namun di sebalik ketidak sempurnaan itu tercetus berbagai magis-magis dalam proses mengarahkan kandungan filem ini. Tetapi ada yang tidak mengembirakan dan menjadi pengajaran buat kami sebagai penerbit.
Apa Kah Perkara Yang Tidak Menggembirakan Tetapi Di Pelajari;
Japan nya ialah 'Management'. Ia nya diisi dengan para pekerja yang tidak menepati keperluan dalam mentadbir sesuatu produksi. Ini adalah kelemahan utama yang menjadi pelajaran serta pengalaman penting sebagai penerbit. Sangat menduka cita kan dengan pengisian tenaga kerja yang tidak menepati tuntutan ke atas filem ini. Ia merupakan kesilapan yang sangat besar yang telah dilakukan oleh kami sebagai penerbit. Akibat nya sebagai pemilik syarikat serta tanggung jawab terpaksa turut masuk campur dalam memantau segala urusan Pentadbiran ke atas setiap lokasi, set yang akan dijalankan urusan pengambaran. Ia sangat meletihkan. Lagi meletihkan apabila sejumlah 'budget' yang diperuntuk kan dalam membayar gaji para pekerja ini di rasakan tidak berbaloi dengan pulangan servis yang diberi.
Rata-rata pekerja yang diambik Untuk mengisi Production Management ini tidak menepati piawaian dalam urusan pengambaran Pagari Bulan. Walau Bagaimana pun Pekerja-pekerja ini di bahagian ini tidak boleh lah disalah kan 100% kerana pada hakikat nya mereka sememang nya tidak mampu di atas kapasiti mereka di dalam mengendalikan urusan produksi. Yang harus bertanggung jawab adalah ketua pasukan yang telah memilih jentera bagi mengisi pasukan nya.
Siapakah mereka?
Tak kan lah nak dibogel kan nama. Yang penting ia harus lah di bicarakan bagi membentuk ilmu dalam penerbitan filem agar lebih efektif. Siapakah mereka? Mereka adalah individu yang dilantik dalam memikul tanggung jawab sebagai
1) Production Manager
2) Asst Prod Manager
3) Production Asst etc
Kecenderungan dalam berkreatif untuk sesuatu produksi terutama nya bagi penerbitan yang menerbit kan sebuah filem yang mempunyai bilangan Kru produksi yang agak ramai sehingga mencecah lebih dari 70 orang dalam sesuatu masa serta lokasi yang pelbagai adalah sangat diperlukan. Kecekapan di bahagian pentadbiran akan menentukan segala aspek didalam penyelarasan terhadap sesuatu penerbitan tersebut. Tanpa penyelarasan serta sifat yang bertanggung jawab ke atas sesuatu penerbitan tersebut maka ia akan mengundang kepada kepelbagaian masalah. Seperti yang dikatakan sebelum ini ia bukan lah satu kesalahan yang harus di kecam tetapi kelemahan sesebuah penerbitan yang harus dipandang serius. Pemilihan individu yang menyandang jawatan di atas harás lah dipilih serta diperhalusi mengikut spesifikasi yang mempunyai mekanisma yang tertentu. Di sinilah sepatut nya MyCap yang diperkenalkan oleh FINAS mengambil peranan nya. Namun ia tidak kelihatan dan seakan senyap seakan tidak ada progres.
Kemasukan pekerja-pekerja dalam mengisi kekosongan industri sangat perlu dipantau di dalam mengemas kini susuk-susuk tenaga yang berkebolehan. Pekerja-pekerja yang mengisi kekosongan kekosongan atau mengambil alih sesuatu jawatan atas kekosongan tersebut seharus nya reliable. Kesedaran tentang sistem menggajikan pekerja dengan ikatan kontrak sangat dan harus dijadikan displin utama. Kami sangat bernasib baik dengan mengaplikasikan sistem kontrak dengan ketat kerana ia sangat berguna didalam melindungi kedua-dua pihak samada pekerja mahu pun penerbit. Berbalik kepada penyelarasan di peringkat 'below the line' yang menjadi isu utama pada peringkat 'principal photography' syarikat sangat sukar untuk melepaskan banyak perkara berkaitan pengambaran yang merupakan 'major' kepada pergerakan bahagian-bahagian lain seperti teknikal, penataan seni, dan pengurusan artis.
Apa kah Kesimpulan nya?
Dari pengalaman dalam menerbitkan Pagari Bulan, secara personal nya berpendapat sesebuah syarikat produksi pada peringkat 'pra' serta 'prinsipal photography' harus mengenal pasti kebolehan mana-mana individu tentang kualiti perkidmatan yang bakal diberikan oleh individu tersebut. Sesuatu yang boleh membantu dan berkesan adalah melantik mereka yang telah lama bersama berkhidmat dengan syarikat serta faham etika serta visi dan misi syarikat dengan tidak mengabaikan siapakah mereka yang menjadi pembantu pembantu nya dalam memelihara serta membina ekosistem yang telah dimanahkan oleh penerbit. Ia harus disertai dengan sifat amanah dan komited kepada kerja-kerja tersebut. Selain dari itu pekerja-pekerja di dalam peringkat 'below the line' khusus nya di dalam pengurusan produksi harus ada penilaian ke atas prestasi supaya pihak penerbit tidak menanggung kerugian ke atas pemilihan mereka.
Sistem data MyCap yang telah diperkenal kan oleh FINAS dahulu harus dikuat kuasakan secepat secepat mungkin melalui sambungan jambatan dari persatuan-persatuan yang berdaftar. Sampai kini data-data ke atas pekerja-pekerja ini masih kabur, siapa yang benar-benar genuine? Ini adalah prekära serius yang harus ditangani jika ingin membina suatu bangsa filem yang berintegriti.
No comments:
Post a Comment