Friday, November 3, 2023

SEMPURNA SUDAH 'PAGARI BULAN'

 Alhamdulillah. Tamat sudah melengkapkan tayangan filem 'Pagari Bulan'. Bermula dengan TUJUH, OPHILIA, HARMONIKA, SALINA rasa nya membikin PB adalah yang terpaling puas. Aku dan Shahora berjaya menyempurnakan nya dalam tempoh setahun. Aku kira tempoh tersebut banyak yang aku dan dia belajar. Kami sebenar nya lelah dalam membikin tapi puas ke penamat

Apa yang kami belajar?

Kami belajar untuk tidak lagi membenarkan sesuatu pengedaran filem dari elevenfield creative tanpa satu marketing plan yang konkrit dan jelas walaupun ianya diberi kepada organisasi yang gah dengan prasarana  luaran. Organisasi yang gah tidak menjamin satu output yang baik. 

Kami belajar untuk memahami nilai wang sangat beharga dalam membelanjakan setiap elemen dalam penerbitan untuk memastikan menerima kembali pulangan atau 'return of investment' (ROI). 

Di dalam proses akhir pengedaran Pagari Bulan ke panggung, Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk memasarkan filem ini tidak mendapat pulangan sewajar nya. Organisasi yang dilantik untuk mengedarkan sesebuah filem harus lah faham dan pakar dalam mengendalikan sesuatu filem. Mereka haruslah atau terdiri dari pakar yang boleh membaca filem dan bagaimana untuk memasarkan nya. Bukan semua mereka yang mengendalikan pengedaran sesuatu filem itu faham dengan apa yang mereka laku kan. Tugas memasarkan filem di negara ini hanya lah sekadar memastikan ia berada di panggung dan atas tugas wajib iaitu menjalani aktiviti skim wajib tayang, tidak lebih dari itu. Aku berpendapat elevenfield creative sendiri yang sepatut nya melakukan sendiri pengedaran. Kami belajar elevenfield creative harus mempunyai 'sister company' yang bertindak sebagai pengedar bagi apa-apa kandungan sinema kepunyaan nya, berstrategi dan jelas kiblat nya. Negara yang tidak mempraktiskan 'anti trust act' seperti Malaysia berdepan dengan segala bentuk tekanan yang undang-undang nya boleh terabai dengan sedikit kecerdikan berkonsepkan kapitalis.

Kami juga belajar komponen komponen penting dalam pengedaran filem seperti promosi tidak sama sekali bergantung kepada syarikat yang mempunyai infra hebat seperti rangkaian televisyen. Sangat outdated. Ini dibuktikan dengan apa yang terjadi dalam perlaksanaan promosi PB. Tidak teratur dan sangat konservatif. Kami lupa tentang 'New Media'. Peranan media sosial tidak digunakan sebaik mungkin dalam mempromosikan PB. Jelas ini kesilapan yang besar. 

Kami juga belajar kepincangan di dalam skim wajib tayang. Kepincangan sistem dalam menjadikan pemamir antara 'support system' yang penting dalam perkembangan filem tanah air. Takrifan filem seperti nya ke panggung dan bersifat 'open market' tapi jangan lah diabaikan perbezaan telefilem dan filem. Jangan lah diabaikan tentang waktu tayangan yang boleh menjemput penonton ke pawagam, bukan seperti konsep tayangan TV pukul 7 malam. Mnyempurnakan Pagari Bulan memakan masa selama setahun, tayangan selepas 4 hari sudah berkurangan dari 70 panggung kepada 12. Aku terjumpa dengan beberapa orang wakil panggung, salah sorang yang aku perasan sombong dan bongkak nya amat mengejutkan. 

Nanti aku perlu tulis lagi. Buat masa ni aku sedang bergembira dengan output Pagari Bulan sebagai sebuah filem walaupun bukan sebagai filem Box Office.


No comments: