Monday, December 21, 2020

BAKAT YANG DI SAMPAHKAN

 BAKAT YANG DI SAMPAHKAN ...


Alhamdulillah, sedang menulis tentang bakat. Bagaimana bakat berkembang serta bagaimana bakat bakat ini disedut kapitalis lalu setelah kusam ia ditinggalkan. Bakat juga merupakan satu amugerah tuhan yang harus punya strategi dalam perkembangan nya satu satu nya intelektual property asas yang ada pada manusia sebelum diperdagang kan.

Masih diperingkat awal penulisan semoga ia berguna kepada mereka yang sedang atau akan menamatkan pelajaran di peringkat rendah, menengah mahupun peringkat universiti. 

Tidak semua yang kita lalui akan senantiasa menjadi sesuatu yang kita harap kan namun di dalam konteks 'Bakat' ia adalah sesuatu yang kompleks yang harus dikesan dan dikembangkan dengan cara yag sebaik mungkin.


 Semoga di permudah kan. insyaallah.

PADU CITRA WAJAR DI PERHALUSI KEMBALI

 PADU CITRA WAJAR DIPERHALUSI KEMBALI

 

Padu Citra yang dilancarkan pada sekitar 1997 merupakan satu inisiatif yang pada asasnya menjurus kepada 'check and balance' di dalam industri kreatif yang melibatkan wakil agensi kerajaan  iaitu FINAS bersama industri kreatif yang pada dasarnya dalam menjaga memantau hal ehwal pembikin serta penggiat filem/ iklan/ drama/dokumentari khas nya.

            Sehingga kini padu citra di anggotai oleh beberapa persatuan terdiri daripada FDAM, PROFIMA, SENIMAN dan KARYAWAN. Antara fokus penting adalah penglibatan persatuan yang berada dalam memantau kesahihan para karyawan serta pembikin di dalam sesuatu produksi dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh gabungan ini. Dalam erti kata lain menjamin bahawa ahli-ahli di dalam gabungan persatuan-persatuan di atas bakal dijamin penglibatan mereka di dalam sesuatu produksi yang bakal dijalankan. Dalam konteks ini 'suatu masa dahulu' peranan padu citra sememang diharap kan bagi tujuan di atas namun keberkesanan nya sudah boleh difikirkan menjelang 2021. Apakah padu citra pada waktu dan ketika ini tidak lebih dari satu 'endorsement' halal dari pihak FINAS yang membolehkan gabungan keempat empat persatuan ini memeriksa tentang kesahihan individu-individu di dalam gabungan tersebut melalui rekod bayaran yuran atau dengan kata lain menjamin rekod pembayaran yuran tahunan dari ahli-ahli nya. Ya benar, kalau yuran di atas penama telah di bayar maka wakil persatuan akan tanda tangan di borang SPP, bermakna kesahihan mereka 'genuine'. Kalau tempoh keahlian mati maka harus di perbaharui dan jika tidak mempunyai rekod di dalam persatuan maka mereka di wajib kan menjadi ahli dengan bayaran yuran yang telah ditentukan. 

            Bagaimana pula individu-individu ini di 'akses' untuk layak dan berada di dalam persatuan tersebut? Sebagai contoh, untuk menjadi seorang pengarah, individu harus mempunyai keahlian FDAM, apakah individu yang berada di dalam gabungan ini di pilih berdasar kan merit yang kukuh atau keahlian ini boleh sahaja datang dari mereka yang tiada kena mengena atau tidak layak langsung bergelar pengarah. Sekali lagi apakah merit yang boleh mengangkat seseorang individu tersebut. Pernah teman-teman memberitahu; 

 

'Untuk pakai FDAM engkau boleh isi borang dan cari mereka yang boleh 'support' permohonan yang terdiri dari group A, minggu depan datang 'interview, settle', jarang sangat lah kena reject'. 

 

Saya juga tersentap dengan kata-kata sahabat itu kerana saya sendiri pernah di datangi oleh rakan produksi untuk memberi tandatangan bersetuju dalam 'recomendation'  walau pun saya tahu beliau bukan lah seseorang yang mungkin layak walau pun diletak pada group 'AB'. Di sini integriti mereka yang memakai FDAM pada hujung nama di sangkal kerana nilai ekslusif nya tidak mempunyai tempat yang baik di mata penggiat yang lain. Sesiapa sahaja mempunyai peluang menjadi seorang pengarah pada bila-bila masa tanpa punya ekslusiviti. Terpulang itu hak masing-masing.

 

'Bagaimana ini dapat menyelesaikan perkara-perkara seperti lambakan para karyawan berstatus pengarah yang berkualiti jika seorang bos agensi pelakon pun boleh dapat FDAM, sedangkan tawaran kerja sudah tidak seperti dahulu lagi' tambahnya lagi. 

 

Kecenderungan di dalam lahir nya pembikin dan karyawan yang berada di dalam industri hari ini adalah dari penguatkuasaan padu citra dengan niat yang sangat murni dan berpotensi untuk membaik pulih indeks kualiti karyawan yang di hasil kan seperti FDAM fokus nya menghasilkan pengarah, Profima dengan melahirkan karyawan di belakang tabir, Seniman menghasil kan para pameran/pelakon bersama persatuan Karyawan. Namun ini lah konteks yang sering dipertikai kan kembali antaranya ialah pengarah sering kali dipertikaikan kredibiliti, ahli Profima yang sering menyalahkan persatuan tentang kewujudan dalam membantu ahli-ahli dan diantara yang sering menjadi isu ialah kebajikan para Kru produksi, pengawalan ke atas sistem bekerja 12 jam dan bayaran kepada kru produksi yang mungkin sampai sekarang tidak setimpal. Jika di perhatikan, pertikaian ini datang dari ahli-ahli di dalam kelompok persatuan itu sendiri. Seterus nya mereka tidak lagi membayar yuran tahunan ahli, terjadi sering juga kelihatan nama yang diserahkan di dalam borang SPP akhirnya adalah berlainan dengan individu yang sebenar nya terlibat di dalam produksi tersebut. Mereka merasakan persatuan tidak mengambil berat tentang keperluan ahli nya. Pada asasnya mereka membayar yuran tetapi persoalan nya apa kah yang dapat diperolehi dari menyertai persatuan-persatuan ini. Apa keuntungan nya? wallahu alam, saya rasa jawapan nya mungkin tidak akan pernah sama dikalangan ahli-ahli nya.

            Adakah garis panduan di dalam Padu Citra itu sendiri di aplikasi kan di dalam akta persatuan-persatuan, atau adakah para ahli persatuan tersebut tidak faham dengan akta yang telah ada di dalam sesuatu persatuan lalu sengaja mencari salah persatuan. Ini harus mendapat 'respon' yang serius. Ada sahabat dari produksi berkata; 

 

'memang senang lah persatuan persatuan ni, menunggang kuasa bila FINAS mewajibkan produksi serta mereka yang berada di dalam sesuatu penerbitan bernaung di bawah persatuan, yang penting yuran kena bayar kalau tak bayar nanti tak boleh lepas SPP, apa yang kami dapat sebenar nya?'. 

Saya sendiri berada di dalam Profima sebelum berpindah ke MySC dan sekarang menyandang jawatan sebagai Naib Presiden di MySC. Sewaktu menjadi ahli di Profima saya tidak pernah lah berfikir nak dapat apa apa dari persatuan kerana pada pendapat saya yuran yang saya beri adalah bersifat menolong bagi membangunkan prasarana persatuan. Jika saya ada kecederaan alhamdulillah saya sudah punya 'insurance' saya sendiri. Saya juga punya KWSP dan mencarum untuk masa hadapan. Jadi bersama persatuan saya hanya meraikan dan tidak memerlukan apa-apa, tapi ini mungkin tidak bagi ahli-ahli yang lain. Ada yang mengharap kan persatuan dengan berbagai harapan atau melindungi mereka dengan lebih serius. 

Begitu juga dengan FDAM, pengarah-pengarah muda kini yang agak 'skeptikal' dengan persatuan tersebut namun bagi mereka ianya hanya sebagai syarat wajib agar mereka dapat terus berkarya namun peranan mereka di dalam persatuan tersebut hampir tiada bukan lah kerana salah persatuan tetapi mungkin mereka tidak merasakan persatuan dapat memberi sesuatu yang positif kepada mereka dalam erti kata yang lain 'self of belonging'. 

            

            Sekali lagi persoalan nya jika ini yang terjadi kenapa Padu Citra tidak ditambah baik oleh FINAS atau 'revoke' sahaja dan kaji dalam mewujudkan satu komuniti yang lebih besar dan serius secara lebih inklusif iaitu pembentukan 'UNION' agar segala dasar dan polisi menjadi usaha sama antara industri dan agensi seperti FINAS berjalan dengan lancar. Perlukah lagi padu citra jika sistem akreditasi sudah dapat memantau secara total jika ia benar terlaksana dengan kerjasama melalui TVET dan MQA? Perlukah lagi persatuan jika kebajikan juga telah di ambil alih oleh pihak FINAS? Perlukah lagi persatuan jika data pekerja sudah mula di 'restore' oleh pihak FINAS. Apa yang FINAS perlukan ialah jentera yang boleh bekerjasama dengan nya bagi memudah kan execution dan bukan gabungan yang akan memberi tamparan balik kepada nya. UNION is the answer.

 

P/s; Tulisan bersifat ilmiah dan hanya untuk rekod blog ini.

 

 

 

 

Thursday, June 18, 2020

Pandemik di Kala MUsim Corona Virus Bukan Lagi Rahsia

January sudah mahu sampai ke penghujung. Di China sudah kecoh dan hebah tentang satu penyakit yang sudah besar lalu dari mulut ke mulut. 

Februari pun mula dengan masing masing seperti biasa yang berdagang terus berdagang, yang menghuni tingkat berbelas atau berpuluh laju lagi langkah menongkah kapitalis kapitalis yang lama mahupun yang baharu. Kelas pekerja juga tidak ketinggalan perlu kerja lebih masa, kerja bermacam macam untuk terus hidup. Kami dengan Nyonya Ronggeng. 

Seminggu sebelum Chinese New Year kami ikat kontrak lalu melafazkan akad secara sivil bersama Dato Kc Lee. Individu yang kami tidak pernah kensl melamar kami tidak kala beliau menonton beberapa kerja kami sebelum ini iaitu Ophilia, Tujuh dan beberapa buah telefilem bersama stesen angkat kami di TV3 iaitu Mak Tak Bagi Balik, Titi Kayu dan Dosa Semalam. Sesungguh nya betapa sesuatu karya yang trending sebenar nya beri beribu manafaat contoh nya dilamar producer yang tidak pernah kami terfikir masih wujud lagi.

Selesai dan begitulah tentang rezeki, tepat pada hari raya cina dunia diserang dengan covid19 dan kami dan semua umat manusia jadi kaget. Tiada ada perkataan yang mampu terucap. Kerja dan pendapatan kabur jadi jauh. Wuhan kota negara China meniti dari mulut ke mulut punca ledakan virus covid19 ini. Sejujur nya memang kusut. Tiada apa yang boleh dilakukan. Duduk rumah diam diam. Pakai Face Mask, Sanitiser setiap kali keluar masuk rumah. Badan rasa tak selesa macam satu badan ada binatang yang melekat. 

Melarat ke bulan puasa amat susah nak cari makan yang berbuka. Kalau ada yang jual sorok sorok pun rasa seram nak beli. Semua nya macam tak selamat. Tempoh PKP dalam bulan puasa sebenar nya terbaik. Ingat tuhan dan sentiasa sedar tentang insaf diri. Sukurn nya keluarga sudah mula memasak dirumah. Hampir setiap hari berbuka dengan juadah masakan isteri.

Dua minggu sebelum eidil fitri, isteri terpaksa melakukan pembedahan ketumbuhan didalam perut nya. Susah hati tapi tak tunjuk. pembedahan makan belanja rm25 ribu. Nasib baik ada duit simpanan sikit. Nak claim insurance lambat. Terpaksalah pakai duit sendiri dulu. Alhamdulillah sukses. Isteri selamat duit dan kasih sayang punya nilai yang tak ada tolok banding. Duit boleh cari.

 
Hari raya muncul lagi. Hari raya 2020 bukan lah seperti yang digambar kan dengan mercu laungan wawasan 2020. Ia jadi sebalik nya. New Norm. Kami bersembahyang dirumah dengan berimamkan abang ipar, tapi seronok. Ini tak akan dilupakan. Malam nya kami bertahlil atas talian. Semasa ini kami rindukan sanak saudara yang selalu berkunjung di hari raya pertama. Lemang tak sempurna. Kali ini terkena beli yang mentah. Bukan salah yang menjual, salah kami yang membeli. Macam mana kami boleh beli tanpa melihat bagaimana dia membakar lemang tu. Tau tau "cik ini lemang nya" ,
'Bakar kat mana Dik" , "Kat belakang bang" ... kami tau ini mesti kena game punya.

Hari ini june 18. Perintah berkurung telah diringan kan. Jangkitan pun sudah menurun dengan banyak. Alhamdulillah. Kami sudah boleh kerja. Hari ini kami menulis. Kami abadikan dalam sejarah supaya pendamik di kala musim Corona ini bukan lagi rahsia.

12.16 am rabu
hujan gerimis.























Wednesday, February 5, 2020

DIABADIKAN ESEI YANG TELAH SIAP.... UNTUK CREATIVE INDUSTRI MANAGEMENT TAHUN AKHIR.

HOYTE VAN HOYTEMA
 MENGANALISIS DUNKIRK DALAM EKSPRESI VISUAL BEREMOSI 105 MINIT

la-1514507917-5x91n7hrql-snap-image
Gambar 1.1
‘We wanted to take the audience to the cinema and then witness something and experience something that was fairly similar to the experience of the soldiers’
-Hoyte Van Hoytema , Dunkirk , Cinematographer. 2017


1.0 Pengenalan

Dunkirk adalah sebuah filem yang telah diarah dan  di tulis  oleh Christopher Nolan berkisarkan misi kerajaan British untuk memindah kan seramai 300 ribu tentera British yang terperangkap di persekitaran pantai tersebut untuk ke Britain. Filem ini memaparkan plot penceritaan dari 3 perspektif yang berlainan iaitu dari darat, laut dan udara. Filem ini telah mendapat ulasan serta  refleksi yang baik dari para pengkritik.
Kutipan pecah panggung Dunkirk mencecah sebanyak USD526 juta jumlah kutipan di seluruh dunia dan merupakan kutipan kasar yang terbanyak di banding kan dengan kutipan bagi genre filem  yang berkisarkan kan perang dunia kedua. 
Filem ini menerima 8 nominasi bagi festival 23rd critiques awards choice dan memenangi anugerah bagi suntingan terbaik. Sementara di festival 71st British Academy Awards dari 8 nominasi filem ini telah memenangi anugerah skor muzik terbaik. Manakala di festival 90th Academy Awards pula Dunkirk menerima 8 nominasi termasuk anugerah filem terbaik dan Pengarah terbaik, dan dari kesemua nominasi itu filem ini telah memenangi anugerah suntingan bunyi terbaik, anugerah adunan bunyi terbaik dan anugerah suntingan filem terbaik.

Image result for dunkirk"
Gambar 1.2

Hoyte Van Hoytema dilahirkan pada 4 oktober 1971 di Horgen, Swizerland kepada satu pasangan suami isteri dari Belanda. Mendapat Pendidikan di National Film School di Lodz,Poland. Akademi ini merupakan sebuah akademi perfileman, televisyen serta seni persembahan telah ditubuhkan pada 8 march 1948 dan telah melahirkan beberapa tokoh alumni yang terdiri dari pengarah serta penulis skrin yang terkemuka di antara nya ialah Kyrzysztof KielowskiRoman Polanski dan Andrzej Wajda
Hoyte Van Hoytema merupakan ahli kehormat kepada A.S.C (American Society Of Cinematographers) , FSF (Swedish Society Of Cinematographers) dan juga NSC (Netherland Society Of Cinematographer)Hoyte Van Hoytemamula bergelar sebagai pengarah fotografi sekitar tahun 2003 untuk filem yang bertajuk Svidd Neger yang diarahkan oleh Erick Smith Meyer dan bermula dari saat itu nama nya telah mula disebut antara pengarah fotografi yang mempunyai nilai serta kualiti yang tersendiri dan sebaris dengan beberapa pengarah fotografi hebat yang lain seperti Janus KamiskiRoger Deakins etc. Antara anugerah serta pencapaian yang diterima oleh Hoyte Van Hoytema kebanyakan nya adalah anugerah dari majlis pengkritik seperti dari Nevada Film Critics SocietyAtlanta Film Critics CircleSoutheastern Film Critics Association dll. Walau bagaimana pun beliau masih tidak berpeluang memenangi apa apa anugerah berprestij yang lain seperti di Anugerah Akademi, atau apa apa yang yang berpaksikan Hollywood.
Dunkirk merupakan salah satu dari 9 filem arahan Christopher Nolan dan merupakan filem yang kedua bekerjasama dengan Hoyte Van Hoytema selepas Insteteller. Menonton hampir semua filem arahan Christopher Nolanadalah seperti membaca sebuah karya sastera yang sulit, dan ini jelas dapat dilihat dari karya karya nya yang lepas seperti Memento (2000)Insomnia (2002)The Prestige (2006); dan tentu sahaja dia lebih dikenali melalui trilogi The Dark Knight (2005–2012) dan Inception (2010). Secara keseluruhan Dunkirk (2017), mungkin telah pun mengatasi semua karya Nolan sebelumnya. Satu hal yang menarik perhatian dalam setiap karya Nolan adalah 
i)          Kehadiran gagasan beliau yang sederhana tetapi dipolitikkan dengan penuh jiwa. Di dalam The Dark Knightbeliau mengubah Batman dari sebuah kisah komik aksi kepada sebuah monumen politik yang sangat baik.
ii)        Beliau bereksperimen dengan genre, pendekatan, dan pemikiran. Hampir tiada klise di dalam karya beliau dibandingkan dengan filem berkiblat kan Hollywood yang lain. Contoh nya askar cedera dengan kecederaan yang mengerikan lalu di tunjuk kan keluarga yang menerima surat kematian nya, atau mendramatik kan rantai nombor badan yang dicabut dari askar yang terkorban lalu diletak kan kedalam simpanan kocek.
iii)       Dengan permainan latar masa dan teknik penceritaan seperti sebuah karya sastera, Nolan mempunyai jati diri yang sangat jitu. Ia sekali lagi terpancar pada keperibadian dramaturginya.
iv)        Aspek dramaturgi nya yang tersendiri dan ini lah gaya Nolan dalam keseluruhan karya nya.
1.1  Dramaturgi
Dramaturgi bermaksud naratif filem. Sesebuah naratif filem merangkumi tiga aspek iaitu kausaliti (sebab-akibat), latar masa dan ruang. Dramaturgi sesebuah filem boleh diisi dengan ideologi, gagasan, dan penyebaran budaya tertentu. Setiap karyawan perlu memahami, sebaik sahaja sesuatu tema atau subjek dipilih untuk digubah menjadi sebab dan akibat, lantas diberi latar masa dan ruang tertentu, maka di ketika itu jugalah sesebuah naratif terbangun.Sebaik naratif dalam bentuk visual ini siap dan diberi nama sebuah filem, maka ia akan terdedah kepada kepelbagaian tafsiran. Begitulah dengan sinematografi Hoyte Van Hoytema yang menjadi alat atau tools kepada Nolan dalam bercerita. 
2.0 Sinematografi Yang Mengangkat Tema
Jelasnya filem Dunkirk dilihat dari aspek yang bakal membangunkan dramaturgi nya iaitu dari sudut tema filem itu sendiri. Jika dilihat secara keseluruhan nya tema filem ini mengangkat survival serta semangat nasionalisma para pejuang tentera British dan Perancis dalam proses evakuasi setelah diusir oleh tentera Jerman dari darat hinggalah ke persisiran pantai seterus nya menerima serangan laut dan udara dari tentera Jerman. Ia nya telah di visualkan dengan baik oleh Hoyte Van Hoytema kepada penonton merasai kesan serta pengalaman survival itu sendiri.
Dengan mengaplikasi kan cara serta gaya yang dikehendaki maka dapat lah dilihat dari sudut serta aspek pengendalian ke atas kamera Imax dengan format negatif 65mm yang dilakukan secara hand held bagi memperjelas kan kesan psikologi seperti suspen, ke atas tontonan. Hoyte Van Haytema dan pengarah nya Christopher Nolan bersetuju apa yang perlu bagi mereka bukan lah semata mata tentang cantik, gelap atau terang nya sesuatu visual yang bakal dirakam, Ianya lebih dari itu. Apa yang diinginkan oleh Hoyte Van Haytema ialah merasa kan kesan journalism seperti sebuah dokumentari dalam perang dunia kedua. Hoyte Van Haytema mahukan apa yang di ungkap nya sebagai first hand experience seperti mana impak ke atas tentera tentera sebenar pada zaman itu merasakan nya. Justeru itu sinematografi, Hoyte Van Haytema sekaligus menjelaskan tema serta persoalan filem ini dengan konsep ‘unstability’ dalam pergerakan kamera dengan pemilihan IMAX dan 65mm negative yang dipilih khas bagi visi visual yang di kehendaki dalam filem ini. 
2.1 Imax Dan Pemilihan 65mm Negative Warna
Imax adalah sebuah kamera yang berskala besar dan mempunyai kebolehan dalam membuat beberapa penyelarasan keatas beberapa perkara teknikal yang melibatkan frame rate dan shutter angle dan kamera ini merakam dengan menggunakan seluloid negative yang berskala 65mm. Frame ratio untuk pengambaran nya adalah bersifat anamorphic iaitu 2.76 x 1 dimana selalunya untuk pengambaran filem yang menggunakan seluloid adalah pada ratio 1.185 x 1 atau 2.35 x 1 dengan mengunakan anamorphic lense tanpa ada apa apa pengubahan digital keatas imej yang dirakam. Hoyte Van Hoytema memilih kompilasi kamera Imax dan 65mm negative adalah kerana bersesuaian dengan merakam serta berkeinginan untuk mendapat kan imajan yang berbentuk epik. Dengan pengambaran melalui 65mm, imajan yang dirakam mempunyai depth atau jarak jelas penglihatan dua kali ganda untuk penonton merasai kesan imajan yang dirakam tambahan pula dengan penglibatan reka bentuk produksi atau production design yang besar.
Image result for 65mm colour negative"
Gambar 1.3 format 65mm
Image result for dunkirk imax 65
Gambar 1.4     kamera Imax

3.0 Sinematografi Yang Mendukung Penceritaan

Dunkirk bergerak dengan visual dan dialog yang sangat minimal. Lakon layar filem ini hampir kesemua nya bergantung ke atas visual serta imajan yang mendokong kepada pembentukan naratif filem ini. Dalam membentuk struktur filem ini terutama nya dari aspek sinematografi, Hoyte Van Hoy Tema menjelaskan bahawa beliau dan Christopher Nolanmengambil pendekatan berasaskan prinsip dokumentari dan mengabaikan apa apa sahaja yang melibatkan perbincangan serta pemikiran yang menjurus kepada estetika. Apa yang diperlukan ialah menghasilkan kesan visual yang jelas dan jujur untuk pengalaman penonton merasai kesan tontonan yang lebih realistik. Bagi tujuan tersebut beliau bersama Christopher Nolan telah menonton banyak filem berasaskan dokumentari serta imajan dari kepingan photo photo lama terutamanya yang bersangkutan dengan perang dunia kedua lalu mengekspresi kan nya sehampir mungkin untuk mengangkat jalan cerita tersebut. Ini dapat dilihat seawal minit pertama dengan pergerakan kamera secara simetrikal dari belakang mengekori beberapa orang tentera british yang sedang membuat rondaan di sebuah bandar di Perancis yang dahulunya cantik dan gah kini kelihatan bagai padang jarak padang tekukur disambut dengan beratus ratus helai kertas beterbangan yang telah digugurkan dari udara tertulis We Surround U sebagai amaran tentang kedudukan tentera British dan Perancis yang telah dikepung oleh askar Jerman. 
Gambar 1.4     
“Rather than finding the most sensational shots, we found the most visceral shots or the shots that would best explain their point of view,” - Hoyte Van Hoytema, Dunkirk. Cinematgrapher -2017
Sebaik sahaja salah seorang dari tentera membaca amaran tulisan dari kepingan kepingan flyers yang berterbangan itu itu maka tembakan peluru datang menyerang tanpa kita sebagai penonton melihat dari mana atau siapa yang menyerang mereka. Sekali lagi pergerakan kamera secara simetrikal dari belakang telah mewujudkan kesan serta tekanan menonton semasa mengekori keenam enam mereka yang melarikan diri dari tembakan peluru dan kita dilihat kan apabila seorang demi seorang gugur terkena tembakan tersebut, tinggal Tommy salah seorang dari watak yang akan membawa cerita ini sekaligus membawa tema survival dalam filem ini. Hoyte Van Hoytema memberi impak yang betul dan tepat dalam merakam imajan keatas Dunkirk dengan sinematografi yang merakam ‘prinsip proximity’ di dalam teori gestault, apabila kita telah di lihatkan dengan lebih kurang 300 ribu tentera British yang terdampar di persekitaran pantai menunggu nasib untuk di pindah kan.
3.1 Gestault
Teori gestalt adalah teori psikologi yang dikemukakan oleh ilmuan Jerman bernama Max Wertheimer (1880–1943), Teori ini mengatakan bahawa persepsi manusia ketika melihat objek yang kompleks, manusia akan melihatnya secara menyeluruh terlebih dahulu, sebelum mengenali setiap objeknya. Dengan berlandaskan teori ini kita mampu membuat atau mereka cipta visual yang mudah difahami dan mudah untuk digunakan sekaligus mudah untuk kita memproksikan tujuan visual kepada manusia yang menonton nya. Lalu secara tidak langsung mengarahkan manusia dengan visual untuk mencapai tujuan yang kita inginkan.

PROXIMITY

Rajah 1.1
Dalam konteks filem Dunkirk, saat kita melihat beberapa objek yang berdekatan kita akan melihatnya menjadi 1 kesatuan. Contoh mudahnya, pada gambar di atas kita akan melihat pada gambar kiri ada lingkaran-lingkaran yang berkelompok menjadi 1 kesatuan 4x4 iaitu disamakan dengan tentera British. Pada gambar sebelah kanan kita akan melihat 2 kelompok lingkaran 2x4 iaitu sebenar nya adalah pemisahan kelompok tentera British dan tentera Perancis.
4.0 Sinematografi Yang Mendokong Watak dan Perwatakan

Dalam buku The Elements of Screenwritting, (Scribner,1987) menyatakan bahawa sesuatu watak itu bukan hanya dilihat pada wajah watak yang bercakap sahaja. Tetapi, penonton juga perlu tahu berkenan dengan beberapa aspek utama pada watak seperti aspek fizikal, mental, budaya dan moral. Ini kerana watak melakukan sesuatu perbuatan kepada dirinya contohnya seperti tabiat, perilaku, sifat, keperibadian watak, tindak tanduk dan sebagainya adalah berkait rapat dengan elernen-elernen yang ada dalam konsep psikologi contoh nya seperti pergerakan fizikal atau dengan kata lain body language. Watak dalarn lakonan juga dapat menggambarkan sifat dalaman watak yang berkaitan dengan biografi watak. Ini sekaligus akan menentukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang akan dihadapi di dalam sesuatu filem. 

Image result for dunkirk"
Gambar 1.5  Watak Tommy 

Filem ‘Dunkirk’ bergerak dengan berlandaskan struktur 3 babak atau ‘three act structure’ merangkumi misi menyelamatkan tentera British dari darat babak 1 ‘The Mole’ , dari laut babak 2 ‘The Sea’, dan dari udara babak 3 ‘The Air’. Setiap satu babak di wakili oleh watak watak yang menggerak kan naratif melalui babak masing-masing. Filem ini mempunyai ke unikan serta perbezaan dari sudut peranan watak dan perwatakan di mana tidak menyandarkan atau bergerak pada hanya dengan satu komposisi protagonist atau “single protaganis’ seperti kebiasaan didalam filem filem perang yang lain. Hoyte Van Hoytema membentuk peranan sinematografi nya  yang mewakili watak tentera tentera pada keseluruhan anatomi nya iaitu tentang ketakutan atau fear. Seterus nya mencipta serta mengangkat keperibadian watak yang ‘constant’ bagi perkembangan plot. 
Perlu di perjelaskan iaitu Dunkirk merupakan sebuah filem yang bergerak dengan visual storytelling. Sinematografi nya menjelaskan apa yang telah ditegaskan oleh pengarah nya Christopher Nolan bahawa filem ini hanya akan berjaya sebagai sebuah sinema dan akan gagal jika ianya di cerita kan ke dalam medium yang lain contoh nya seperti novel.     


Jika dilihat dari setiap shot yang dirakam melalui kamera, ia nya merupakan perspektif dari watak watak yang dibina dari ratusan ribu tentera tentera yang ramai itu. Berlainan dengan kebanyakan cerita perang seperti kebiasaan ianya dikemudi kan oleh seorang watak yang akan menggerak kan plot atau strategi peperangan lalu cerita atau plot akan berkembang dengan watak tersebut, namun Dunkirk memberi tawaran yang sebaliknya. 
Seperti yang di nyatakan sebelum ini Dunkirk merupakan fear atau ketakutan kepada ratusan ribu tentera British yang sedang menunggu masa untuk dipindah kan. Pengalaman ini harus diberi kan keutamaan agar penonton sama sama dapat merasai nya. Watak Tommy seorang tentera British yang sepanjang perjalanan cerita ini telah diperkembangkan melalui gerak kerja kamera yang senantiasa memberi emosi kepada penonton dalam perjalanan survival nya. Dengan latar suasana yang di rakam dengan begitu efektif kita di lihatkan dengan kesan sinematografi yang hampir keseluruhan rakaman ke atas Tommy dalam keadaan mengiringi pergerakan nya atau mengekori dari belakang. Tujuan nya adalah untuk menyokong perasaan serta emosi watak yang sentiasa dalam ‘fear’ atau ketakutan itu tadi, sekaligus memberi impak yang sama kepada penonton. Sebagai contoh, semasa Tommy masuk kedalam sebuah kapal pengangkut yang mana dia sepatutnya sudah boleh bergembira dan bersenang hati kerana pada fikiran nya kapal pengangkut itu sudah pun belayar menuju ke Britain. Namun beberapa foreshadow dari sinematografi telah berjaya merakam emosi Tommy yang agak gusar dengan melihatkan beberapa imajan bersifat negative index. Di sinilah transformasi watak yang di paparkan dngan membawa perkembangan seterusnya. Kita telah di lihatkan sebaik sahaja pintu bawah kapal itu tertutup mereka menghadapi serangan melalui torpedo dari arah laut lalu kapal tersebut musnah dan karam menyebabkan ramai tentera yang terkorban akibat kelemasan. Tommy terselamat dan kesan sinematografi sekali lagi memberi informasi yang sangat berkesan ke atas watak.

5.0 Sinematografi Yang Mendokong Latar Dalam Ruang, Waktu Dan Peristiwa

Mise en Scene merupakan perkara yang sangat penting dan menjadi perkara utama di dalam ruang waktu dan peristiwa di dalam pembikinan sesuatu filem. Istilah berbahasa Prancis ini diadaptasi dari seni panggung yang memiliki erti putting in the scene. Dalam filem, panggung yang dimaksud kan ini dibatasi oleh frame, iaitu hal-hal yang terlihat di dalam layar kamera. Ini bermaksud setiap hal yang di lihat pada sesebuah adengan adalah hasil dari pemikiran yang harus diperhalusi. Mise en Scène memberikan kesan dalam naratif secara visual maupun puitis.
Dunkirk dibikin dengan tema, gaya, visual, naratif segar, unik, pelik dan kreatif oleh pembikin filem “auteur” Christopher Nolan yang menggunakan filem sebagai medium ekspresif tentang sesuatu perkara/subjek/isu melalui komunikasi visual yang tidak konvensional. Dunkirk berjaya dalam  menjustifikasikan tentang latar nya di dalam ruang waktu dan peristiwa filem tersebut. Untuk filem yang berasaskan perang dunia kedua ‘setting’ merupakan bahagian yang penting dalam genre penceritaan sebegini. Salah satu dari fungsi ‘Setting’ adalah memberi informasi peristiwa tentang ruang dan waktu dalam sesuatu cerita. Setting berperanan aktif dalam Mise en Scene dan fungsinya dapat di teroka secara artistik dari berbagai aspek. 
Melalui platfom sinematografi di dalam filem ini ‘setting’ sangat memberi makna pada naratif nya. Di dalam ‘Dunkirk’ di awal awal penceritaan lagi kita telah di beri informasi tentang pergerakan beberapa orang tentera British yang sedang dalam rondaan di sebuah kota yang telah musnah akibat peperangan dan kita juga diberi informasi dengan tempat tersebut melalui ‘flyers’ yang memperjelaskan geografi nya adalah sebuah kota di Perancis.

Image result for dunkirk"

Seterusnya kita dibawa dengan imej di sebuah pantai yang menempatkan beratus ribu askar yang tersadai menanti masa untuk dipindahkan. Ini jelas kerana lokasi yang dipilih adalah lokasi sebenar yang telah dibina kembali set nya bertepatan dengan sejarah kejadian di zaman tersebut. Untuk menyokong bahawa watak ini berada di medan pertempuran serta di zaman perang dunia kedua, property nya adalah sangat bertepatan dan telah di beri depth dengan baik seperti beberapa siri letupan bom dan serangan udara dari tentera Jermn. Kita juga dilihatkan dari kejauhan kesan kesan peperangan yang sedang berlangsung seperti asap kemusnahan yang memberi kesan emosi dan make belief tentang suasana perang tersebut. Kita juga dilihat kan dengan beberapa buah kapal perang yang sedang dalam proses pemindahan dengan mendahulukan tentera yang cedera diusung oleh pihak medik tentera. Elemen ‘setting’ telah di visual kan dengan baik dari aspek sinematografi nya serta memberikan secara tidak langsung satu kawalan yang sempurna secara artistik dalam filem ini. 
Di samping itu busana juga telah di visual kan dengan baik dalam filem ini melalui sinematografi nya. Busana dan elemen nya seperti gaya, tekstil dan warna jelas menunjukkan era waktu kejadian. Kostum dalam filem ini secara tidak langsung telah mengangkat naratif Dunkirk, khas nya dari aspek survival karakter tentera tentera British serta ketepatan zaman nya.

Image result for dunkirk"

Ini juga sangat dibantu oleh sinematografi Hoyte Van Hoytema yang telah menggunakan pencahayaan natural atau existing light dengan mengekal kan suhu warna tanpa sebarang pengunaan lampu atau artificial light yang boleh menyebabkan perubahan hue atau nilai ke atas tona warna asal kostum tersebut. 
6.0 Kesimpulan
Audience Reception Theory, Stuart Hall 1973 menyatakan ada nya hubungkait di antara analisa audiens terhadap model komunikasi yang digunakan. Intepretasi serta pemahaman penonton kepada setiap inci visual, lakonan, naratif, teks, metafora, simbol, jalan cerita, lakonlayar, pengarahan, dialog, sinematografi, bunyi dan lain-lain adalah berbeza-beza bergantung kepada faktor latar belakang, psikologi, ideologi, demografik, psikografik, pendidikan, kesedaran, emosi dan lain-lain yang akan mempengaruhi proses komunikasi dan penontonan. Berdasarkan pengamatan ke atas Dunkirk jelas nya sinematografi merupakan elemen yang sangat penting dalam menyumbang faktor kejayaan terhadap filem ini yang mempunyai approach yang berbeza dengan kelas di dalam genre nya. Pendekatan yang di lakukan oleh sinematografer Hoyte Van Hoytema banyak mempengaruhi kesan psyko serta emosi tontonan ke atas filem ini.  
Pal Joey (1957) | Timeline of Historical Film ColorsBodega Bay
Pal Joey (1957) | Timeline of Historical Film ColorsPal Joey (1957) | Timeline of Historical Film ColorsBeberapa imajan yang dihasilkan mampu membuat kita sebagai penonton mengingati nya dan memberi kesan mendalam dalam memperkata kan tentang tema filem iniSignifikan filem sebagai medium perantara bagi penyampaian maklumat, kehendak, mesej, ideologi, nilai dan emosi di antara penghantar dan penerima melambangkan suatu sistem komunikasi berpengaruh buat penonton filem dan platfom nya untuk Dunkirk adalah melalui sinematografi nya.
-->