Berjumpa dengan Ajoi seorang teman di curve akhirnya membuahkan perjumpaan aku dengan seorang ilustrator yang amat berbakat dan kira baik lah strokenya.Pencarian yang hampir lebih dari sebulan ini berakhir dengan satu persetujuan secara kreatif dengan Roshfaizal Arifin seorang creative director disebuah syarikat design dan visual effects yang sedang berkembang dengan teknologi CGI nya,...dan menyiapkan ilustrasi keseluruhan NAGA dalam tempoh sebulan dari sekarang..
Beberapa lokasi yang dikenalpasti sudah boleh aku terjemahkan dalam bentuk ilustrasi dengan bantuan budak Rosh ni..juga chracter design watak seorang demi seorang juga sedang didalam pembikinannya...sesungguhnya laluan untuk membikin NAGA ini semakin dipermudahkan laluannya.
ALHAMDULILLAH...
1 comment:
Alhamdulillah. Hamba turut gembira dengan pengkhabaran itu. Sesungguhnya,saudara Roshfazaizal itu sangatlah hebat kemahiran melukisnya. Di antara karya-karyanya yang menjerat mata hamba adalah pada kulit hikayat Pendeta Gua Khayalan - Kembara Lang Surya dan juga hikayat Duyung Pulau Kencana tulisan Masdalifazlie.
Post a Comment