Lari Tinggalkan mereka...
Aku dalam proses merehatkan diri selama sebulan setelah hampir tiga bulan tanpa henti bermula dari pertengahan desember 2010 sehinggalah 10 march sibuk menyiapkan 3 buah filem cereka.Lari tinggalkan mereka.
1) 8 jam produksi sebuah genre aksi
dari produksi metrowealth dengan kerjasama produksi dari thailand.
2)Husin,mon dan jin mata toncit sekuel hantu kak limah ini diterbitkan oleh
produksi Tayangan Unggul
3)Jangan Pandang-pandang yang diterbitkan oleh exellent pictures..
Beberapa kaedah serta teknik digunakan dalam mencari rencah baru kesan visual untuk filem tersebut
Ketiga-tiga filem ini mengunakan kamera jenis moviecam.(gambar diatas).
dan dirakam pada kelajuan 25 fps(yang pada selalunya 24fps).
Pada sesetengah scene aksi seperti didalam filem 8 jam.Sesetengah shot dirakam pada sudut 11 darjah ke 45 darjah bagi untuk mendapatkan sharpness dalam pergerakan aksi pergaduhan serta mewujudkan sedikit kontras dalam kesan imej
Manakala dari sudut processing pula.Beberapa kaedah negative manipulating digunakan terutamanya beberapa sequence didalam filem Husin Mon dan Jin Mata Toncit.
Selain dari itu,Tujuan kamera dipilih kali ini adalah kerana hampir 80% dari pembikinan scenario aksi dalam 8 jam adalah secara hand held,..dan moviecam mk 2 ini memanglah amat menyenangkan serta dapat mengawal pergerakan badan dengan baik apabila shot tersebut dirakam.
Inovision Probe lense dan shift and tilt lense serta macro 200 digunakan untuk beberapa shot yang difikirkan dapat memberi kelainan dan meyumbang kearah pembentukan lakon layar untuk ketiga-tiga filem diatas.
Yang selebihnya tunggu je keluar panggung....
ok enjoy kepanggung menonton filem malaysia..
Salam Sinema;
No comments:
Post a Comment