Friday, December 30, 2011

Takziah ... buat ellie suriati

Takziah buat pengarah aku ellie suriati...berita keguguran yang diterima pada pukul 1.30 pm mengejutkan aku yang sedang nyenyak tidur setelah baru wrap 6 jam sebelum itu...Pada awal pagi sebelum itu aku melihat wajahnya yang sedikit pucat,...tapi knowing ellie dia memang seorang yang lasak,...walaupun kandungan itu berusia 4 bulan tapi dia aktif dan superb seperti tidak ada apa didalam perutnya yang membesar tu...
Dan jenazah selamat dikebumikan pada malam dan hari yang sama itu jugak...
aku serta krew dibawah penyelangaraan aku...kami bersimpati dan menumpang sedih atas kejadian yang ditentukan ilahi ini,...Kelahiran dan Kematian,...inilah takdir,..takdir untuk filem arahan sulung Ellie Suriati dan semoga tabah bersama suami tercinta Azri,...

Amin...

Wednesday, December 7, 2011

Apa Yang special sangat Pokok ketapang ni,...

Aku bakal saja menjalani filem terbaru bertajuk PENANGGAL sebuah filem bergenre love story berpremiskan horror,...Filem terbitan Tayangan Unggul ini akan diarah oleh Elli Suriaty...Filem yang berlatarkan sekitar tahun 1938 ini menggabungkan beberapa nama besar tanah air seperti Umi Nazira,Azri Iskandar,Fasha Sandha,...Naskah seberat 75 scene ini melibatkan pembikinan yang agak besar dari segi teknikalnya,..seperti reka bentuk produksi beserta terjemahan sinematografi yang agak absurd dari teks yang ditulis sendiri oleh elli suriaty dan Yuswaisar,...
Bila sampai ketikanya nanti aku bakal update bekenaan filem ini,...

Saturday, November 26, 2011

Festival Filem Malaysia 24...Satu signal yang jelas,..

Festival filem malaysia yang baru berlalu meninggalkan banyak persoaalan,..Persoalan yang sama nafasnya dan iramanya dengan yang lepas-lepas cuma mungkin kali ini lebih lantang,...Ada yang tak puas hati,...ada yang rasa memang tidak patut,..Dan ramai rasanya yang rata-rata memboikot festival tersebut,..Jelas dan terang lagi bersuluh,...

Apa yang pasti ada satu signal yang jelas untuk menukar haluan dari film bercorak horror kepada berbentuk aksi...Kemenangan 'Hikayat Merong Mahawangsa' sebagai filem terbaik ffm24 jelas sekali festival kali ini menyokong aliran filem yang berbentuk teknikal...Memberi kemenangan kepada Samsul Yusof sebagai Pengarah terbaik juga sekaligus menyokong 100% pembikinan filem secara total teknikal...

Festival filem 24 sekali lagi menolak filem yang mempunyai nilai content serta bahasa dan nahu filem melalui filem yang mendapat kritikan baik dari pengkritik dan filem scolar iaitu 'Dalam Botol' arahan Khir Rahman...Filem ini seperti tidak mendapat perhatian juri dan memburukkan keadaan lagi pengarah harapan jatuh kepada Jurey Latif untuk filem 'Libas' dan bukan Khir Rahman seperti yang diramal...

Satu signal yang jelas telah diumumkan dan jelas Festival Filem Malaysia dimasa akan datang pasti akan berakarkan filem berbentuk komesial yang berlatarkan teknikal...Tahniah kepada pemenang-pemenang dan aku tetap meraikan festival ini...



Wednesday, October 26, 2011

Monsoon...itu apa..?

Di pantai timur aku dan rakan crew dalam proes pengambaran filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham terbitan Exellent Pictures...

'Monsoon' perkatan pertama yang aku dengar dari beberapa orag tentang keadaan disana sebelum kami menjalani proses tersebut pada 25hb october di persekitaran Rantau Abang 75km dari bandar kuala trenganu...Maknanya 8 hari disana pasti filem ini ada masalah kerana monsoon itu hujan dan hujan bermaksud banyak perkara yang bakal tergendala...terus terang emosi...

Confuse,...MONSOON bukan hujan...

Kuala Lumpur pun hujan,Perlis pun hujan,diJohor pun hujan juga,...pendek cerita hujan lebih kerap turun disana dibandingkan di rantau abang ini,...MONsoon tu apa kerana aku sering membayangkan disitulah disepanjang laut cina selatan maka hujan akan lebih berkali-kali ganda lebat dan kuantitinya...Tapi bukan disini...bukan dipersekitaran laut cina selatan ini...hujan tetap hujan tapi tidak seperti yang aku jangkakan...kami tetap menjalani pengambaran seperti biasa dengan dipermudahkan oleh yang maha berkuasa...alhamdulillah...

Confuse Monsoon bukan hujan...jadi MONSOON itu apa?MONSOON bukan hujan...

Thursday, October 6, 2011

Ada Berita Gembira Dari Kerajaan RANSAN...

Ada berita gembira dari kerajaan Ransan,..khabar berita ini harus disampaikan pada 4 pelusuk kerajaan ini...Pendeta Agong khabarnya akan ke Kusari dahulu...walaupun ada ura-ura rancangan rampasan kuasa dari hulu balang perkasa,...Pembersihan oleh agen kerajaan sedang dilakukan oleh Jingga tatkala menunggu Bayu yang akan pasti menuntut bela atas kematian dua nyawa yang kiranya darah dibayar darah...

Tuesday, October 4, 2011

the making of rock 2 ...

Mencari Nafas Baru Dalam visual narative ...

Sedang tahun 2011 yang hampir ke penghujungnya,aku mempunyai dua lagi Title filem yang bakal dihabiskan pengambarannya...
Mael Lambong dari Exelent Pictures arahan Ahmad Idham dan Penanggal dari Tayangan Unggul arahan elli suriati...
Kedua-dua filem ini akan menjalani pengambarannya bermula Oktober ini dan akan tamat awal januari 2012 insyaallah,...
Semakin lama semakin aku haus dengan visual-visual yang ada nafas dan ada pemberatnya,...semakin lama semakin ada demand yang hati kecil aku yang pasti perlu ada x factor,...Tapi tak kesemuanya berakhir dengan GOL...ada yang seri dan ada yang kalah,...Tapi alhamdulillah semakin lama semakin positive industri ini...kemenangan dari sudut ekonomi sudah pasti,seri dari sudut garapan kadang-kadang,kalah dari sudut karya selalu...

Monday, March 28, 2011

SHOT WITH THIS STILL CAMERA FROM FUJI FILM.

Dalam Botol...Tonton kerana ingin tahu

Dalam Botol sebuah filem arahan Khir Rahman dipanggung,..Kerana Ingin Tahu,Aku baru sahaja selesai menonton filem ini,..dan hasilnya boleh layan la dalam kelasnya yang tersendiri dengan pendekatan yang sederhana.
Menonton filem ini mengingatkan aku bersama Osman Ali apabila menghasilkan filem Indie bertajuk 'Bukak Api' dengan premis yang sama tetapi berlainan isu,Cuma aku rasa Bukak Api lebih 'Weightnya'... Yang penting penonton tegar filem macam aku tak lah tertidur,...
Tahniah Khir Rahman dengan arahan sulungnya,..serta para pelakon yang menjayakan filem ini.
So sementara masih dimainkan maka marilah kita tonton filem terbitan Raja Azmi ini...

Salam Sinema..


Tuesday, March 22, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Im officially support Hikayat Merong Mahawangsa.
Congratulation to Yusri and KRU production for the great effort making HMM worth watching it..superb performance by Khir Rahman.
Again come and support local made movie.

DARI LIBYA...

Dari Libya...

Aku berdoa kamu cepat pulih.
Aku berdoa agar kesan radiasi yag kini dalam lingkungan 60km itu tidak lagi merebak semakin jauh.
Aku berdoa agar pekerja yang bertungkus lumus membaik pulih reaktor ketiga dan kelima itu dilindungi tuhan.
Aku berdoa turunlah makanan yang lazat-lazat serta air yang menghilangkan dahaga kamu dan sahabat-sahabat kamu.


Aku berdoa...dari kuala lumpur...


Monday, March 21, 2011

2011...Lari tinggalkan mereka...











































Lari Tinggalkan mereka...

Aku dalam proses merehatkan diri selama sebulan setelah hampir tiga bulan tanpa henti bermula dari pertengahan desember 2010 sehinggalah 10 march sibuk menyiapkan 3 buah filem cereka.Lari tinggalkan mereka.

1) 8 jam produksi sebuah genre aksi
dari produksi metrowealth dengan kerjasama produksi dari thailand.

2)Husin,mon dan jin mata toncit sekuel hantu kak limah ini diterbitkan oleh
produksi Tayangan Unggul

3)Jangan Pandang-pandang yang diterbitkan oleh exellent pictures..


Beberapa kaedah serta teknik digunakan dalam mencari rencah baru kesan visual untuk filem tersebut
Ketiga-tiga filem ini mengunakan kamera jenis moviecam.(gambar diatas).
dan dirakam pada kelajuan 25 fps(yang pada selalunya 24fps).
Pada sesetengah scene aksi seperti didalam filem 8 jam.Sesetengah shot dirakam pada sudut 11 darjah ke 45 darjah bagi untuk mendapatkan sharpness dalam pergerakan aksi pergaduhan serta mewujudkan sedikit kontras dalam kesan imej

Manakala dari sudut processing pula.Beberapa kaedah negative manipulating digunakan terutamanya beberapa sequence didalam filem Husin Mon dan Jin Mata Toncit.

Selain dari itu,Tujuan kamera dipilih kali ini adalah kerana hampir 80% dari pembikinan scenario aksi dalam 8 jam adalah secara hand held,..dan moviecam mk 2 ini memanglah amat menyenangkan serta dapat mengawal pergerakan badan dengan baik apabila shot tersebut dirakam.

Inovision Probe lense dan shift and tilt lense serta macro 200 digunakan untuk beberapa shot yang difikirkan dapat memberi kelainan dan meyumbang kearah pembentukan lakon layar untuk ketiga-tiga filem diatas.

Yang selebihnya tunggu je keluar panggung....
ok enjoy kepanggung menonton filem malaysia..

Salam Sinema;



Thursday, March 17, 2011

8 Jam Promo

Trailer Filem Senjakala 2011

Trailer Filem Senjakala 2011

ini merupakan filem seram aku sebagai pengarah fotografi yang kedua selepas Niyang Rapik.Akan mula ditayangkan pada pertengahan april ini.