Friday, March 13, 2009

Tolong.....Tolong.... Aku Takut....

Salam,filem terbaru yang bakal akan aku rakamkan pada 30 march ni bertajuk SUAKA arahan bersama Piere Andre dan Darmavatri terbitan syarikat produksi baru Cresendo Film berkonsepkan genre seram.Asalnya filem ni nak dirakam dalam bentuk HD.....Aku bangkang(dengan presentation tau) sebab tak ada sebab nak dishoot hd(maksudnya alasan yang kukuh lah)setelah dicampur tolak bahagi dari segi kos rupanya shoot dalam bentuk 35mm lebih murah untukjenis skrip yang ditulis oleh cik darmavatri ni...syukur alhamdullilah.
Ini adalah filem pertama aku dalam genre ni dan semestilah aku rasa teruja sangat nak shoot.Tapi ada serrram jugak dalam perlaksanaan filem ni.,antaranya...
1)Genre ni asing dengan diri aku yang terdedah dengan cerita action sebelum ni
2)skripnya pulak menakutkan aku sebab jika latarnya tak ada kekuatan dari sudut art direction maka akan terbarailah contentnya(mungkin)
3)suntingan(desk directing)kena cerdik kalau tak maka terjadilah akhirnnya sound yang akan ambik alih keseluruhan 90 minit di panggung...jeng...jeng...jeng...dan engkau orang akan melihat aksi setiap 5 minit adalah artis akan terpekik terlolong dalam cerita ni macam filem yang dok ada sebelum ni.simpang malaikat 44.....

Aku dah mula buat research tentang filem seram yang dekat dengan kita,engkau orang dan penonton didunia ni,lagilah serrrram aku nak pilih yang mana paling dekat.teringat aku kata-kata pak Garin Nugroho 10 tahun lepas sewaktu duduk bersamanya selepas preview filemnya 'ulan tersusuk ilalang 'aku tanyakan padanya macam mana nak membentuk satu karya yang international dan katanya 'mukhriz lebih tinggi budaya kamu dalam sesuatu filem lebih international lah jadinya nanti' ....
Secara sinis dan berseloroh aku berkata kepada bakal pengarah aku yang akan datang ni jangan sampai banyak sangat hantu ni keluar nanti jadi kelakar seram....
aku cuba jugak mencongak pemikiran mereka dengan menjual ide dari aspek visual art maklumlah aku kan major fine arts kalau tak praktikkan bila lagi....kami masih mencari dan selagi ada masa kami bertiga masih meneruskan segala perbincangan expecially dari sudut content supaya lebih mantap.Aku harap sangat kerja aku kali ni lebih matang dan membantu keberkesanan dalam penceritaan.Kalau ada teman-teman yang nak kongsi vision atau visual tentang yang engkau orang semua terbayangkan pasal cerita seram dari segi fotografi aku amat alu-alukan,contohnya macam 'the shining'yang si Kubrick tu buat walaupun terang tapi seram ohhhh,....genius betul dia kan..

6 comments:

Unknown said...

gud luck bro!yup kalau banyak sangat hantu yang keluar tak tentu arah..nanti dah jadi kelakar seram..:-D

Maya said...

Salam Bro,
Maafkan Maya kalau off-topik,apa perkembangan filem Rasan?.Tq

Ajami Hashim said...

good luck bro!

i pun tgh kembangkn treatment seram gak! eheheh1

Anonymous said...

Bro, harapnya filem suaka berlainan dari filem2 seram bangang mcm jangan pandang belakang & congkak. All the best bro!

M.U.K.H.R.I.Z said...

hi maya....sekarang didalam peringkat pre-production sedang dalam pembikinan 'miniature' kota ransan dan beberapa 'miniature' yang lain.yang lokasinya di ipoh...Jadual pengambaran kena tunggu green light dari orang kuat merah maya sendiri iaitu my partner yang juga rakan kongsi saya.insyaallah tahun ni jugak....

M.U.K.H.R.I.Z said...

bro ajami nanti kalau lalu ampang rogerlah boleh lepak minum...ada beberapa benda nak mintak pendapat kat bro.