Monday, March 16, 2009

INI BENDA KASI GUA....ADA BERANI

Atas sebab-sebab atau gara-gara penulisan yang disalah tafsir,dan atas nasihat rakan-rakan seperjuangan aku terpaksa menyunting colum ni agar tak tersalah tafsir...memang betul teks boleh disimpang kepada banyak pengertian.....
jadi ringkasnya aku summary kan dari tulisan yang lepas....
JIKA ADA SESIAPA DARI KALANGAN PRODUSER DRAMA,PENGARAH DRAMA AKU NAK SANGAT BUAT DRAMA TV YANG BERBENTUK TELEMOVIE....INI BENDA KASI GUA...ADA BERANI....
Hajat aku ni ditujukan khas pada yang nak mencuba aku dalam penyiaran drama t.v,...(wah,skima betul tulisan aku kali ni)...

10 comments:

Ajami Hashim said...

terbaru dari ajami hashim! hahaha klik sini >> ..kera di hutan disusukan?

kesian budak2 filem kita! huaaa!

Nizam said...

Hemmm... Nanti I take note to your offer :)

Nizam Zakaria

M.U.K.H.R.I.Z said...

Nizam Zakaria...Ive saw ur ponti and ur acting...good stuft bro...ive also talk to ghaz...and its nice if i can shoot one or two tele a year...he...he...he...thanks bro

Anonymous said...

cik mukhriz x usah la awak shoot drama tv yg awak anggap keji ni....awak mungkin handal dlm filem ...saya puji tetapi anda hancur sebenarnya bila bikin video....bnyk contohnya...sutun...hancur....drama raya yg bada direct...hancur...moonlight terang mcm drama skop production je?...buat malu budak video je....
semua budak video tahu cik mukhriz ni ego selalu hina budak video tapi bila bikin video gambarnya hancur.....mungkin video xde org tolong fokus,bukan sahaja p2 bleh mcm film look camera lain pun bisa kalau kalernya di gradding bro...jgn la memperbodohkan org....zaman awak shoot drama mcm zaman awak kt gb dulu dh berakhir la bro....awak memang x layak shoot video.....hancur.....malu dengar bila budak video mengutuk....ini mukhriz ke yg shoot...kihkihkih semua ketawa semasa menonton sutun dan drama raya badar direct....dan saya pun turut ketawa hahahaha

-pestol aer-

M.U.K.H.R.I.Z said...

Salam,terimakasih kerana mengingatkan kerja-kerja awal video aku yang lepas.

Memang betul yang saudara katakan tentang drama produksinya dari suhan movie yang aku pernah shoot diawal-awal masa nak berjinak-jinak dengan drama.Kerja tersebut adalah kerja video aku yang paling teruk rasanya dan ianya sebaik sahaja selesai filem 'pertama aku sebagai d.o.p iaitu kl menjerit sekitar tahun 2002 disamping sebagai focus puller didalam iklan.

AKU seorang lepasan filem student pada masa itu yang terdedah dari segi teori serta amalinya didalam filem dan tidak bermula dengan video baik digital maupun analog maka sudah pasti cara aku melihat dan pemahaman aku didalam penerbitan video sebagai seorang videografer juga tidak sama dan kelemahannya pasti ada sebagai orang baru pada ketika itu. dipersekitaran 2003 aku terus berjinak dengan drama-drama sebagai videografer dan salah satunya adalah SUTUN karya shahrul Izad.Sebagai seorang bekas pelajar yang baru sahaja 2 tahun grad,maka sudah tentu aku adalah orang yang amat kuat bekerja dengan 'konsep',seluruh plot serta sequence nya hampir 99% dalam bentuk flasback jadi dengan berlandaskan pegangan tersebut memang aku overexposekan hampir ke 3 stop dalam mendapatkan imej 'raw' yang juga mewakili diri 'adik' karektor penting dalm drama ini. Anda memang boleh sahaja sphere kan,filterkan kepada soft filter atau apa-apa low contrast filter yang selalu dibuat.tapi aku tidak berfikir kearah itu dan cara berfikir aku lain,...Photography didalam drama ini harus ada sifat pictorialism atau unstability yang mewakili 'adik'.mis-en-scenenya adalah sebegitu rupa.
Hanya last shot didalam drama ini yang dinormalkan kepada bentuk asal setelah 'adik' kononnya dah besar melawat ibunya dikubur.takrifan photografi aku terhadap drama ini adalah sebegitu,tak salah kan....TETAPI mungkin ianya tidak sesuai pada anda dan tidak nampak elok bagi seseorang yang terlalu mentakrifkannya kepada teknikal secara total misalnya segalanya harus berada pada normal baik dari segi exposure mahupun pencahayaan kerana melengkapkan proses teknikal yang seharusnya begitu untuk tv....
....
aku belajar pada masa itu perkara yang mesti diutamakan didalam pembikinan drama sehinggalah dari masa ke semasa aku mulai faham.
Sekarang dah 2009 dalam usia yang muda dan dari seorang pelajar aku 'trnsform' sekarang kepada pengajar untuk 'HIGH Defination'(KALAU NAK TAU INIPUN VIDEO JUGAK)di FINAS,INSTITUTE BROASCAST CENTRE DAN sekarang di RTB(RADIO TELEVISYEN BRUNEI)Maaf anda pula dimana tahapnya?

kerja-kerja aku dari work yang saudara listkan tadi maknanya banyak yang saudara tidak lihat...antara 2002 ke 2003 aku dah buat banyak jugak drama,yang ni aku listkan yang baik-baik k yang rasanya saudara kena tengok untuk perbandigan.


1)villa dr brown superb fotografi for me and shot on beta 90P(cuma ada masalah focus dalam beberapa shot,maklumlah bak kata saudara tak ada focus puller,tapi sekarang cubalah)

2)TOLL gate Girl(beta 90p)
3)miftahuL Jamilah(beta 90p)(menang best drama untuk anugerah sri angkasa 2004 tak silap aku 100 ribu)
4)anak bapak(beta 90p)
5)DEE and MOON(beta 90p)
*tak silap aku ada 2 atau 3 lagi dan semuanya dari grand brilliance
2003 aku berhenti buat drama sebab frust dengan keadaan yang tak berapa best....aku lari...dan miftahul jamilah adalah yang terakhir

HD ke Filem
1)Dunia Baru The MOvie
2)Bintang ragut Bulan

iklan berbentuk hd banyak tak terkira(aku kategorikan jugak hd sebagai video)

maka aku harap sangat saudara maafkan dosa aku untuk dua drama tu maklumlah masa muda dan masih belajar,
dan jika saudara seorang crew,atau pengarah,atau pengarah videografi drama usah takut dengan kehadiran aku dalam industri anda kerana sudah pasti aku hanya bekerja dengan orang-orang baru yang bagus-bagus yang tak ada dalam kotak konservatif anda.
Maaf,hubungan aku dengan orang-orang video tak banyak dan hampir tiada kerana bukan gelanggang aku sebelum ini jauh sekali untuk aku memandang rendah ksmu orang-orang video.Barangkali anda adalah product lama industri yang belum gugur kerana melabel 'BUDAK VIDEO atau BUDAK FILEM,BUDAK IKLAN....
katakan kepada rakan-rakan 'budak video anda' kalau tak kenal aku jangan sesekali petik nama aku...kita boleh berkawan dan sama-sama belajar....terimakasih...

Anonymous said...

alamak saudara pestol aer, takut ke brader mukhriz masuk dalam industri video?? itu crita masa dia budak2, masa dia bereksperimen...jangan mudah gelakkan orang, takut orang gelakkan awak balik....

Anonymous said...

kihkihkih...anony saya memang dan x risau lagi cik mukhriz ni masuk bidang video ni...bidang video atau drama tv ni org x pandang ko DP filem ke...DP hollywood ke...asal record cukuplah...drama tv bukan fikir kualiti tapi kuantiti...apa saya nk risau...lagi pun cik mukhriz nk keje dgn director yg bagus tentunya x kerja ngan production cap ayam atau production nasi bungkus...kita ada beribu-ribu hours kt semua rangkaian tv kita...jadi x kan krew video ni akan tergelincir sebab DP hebat shoot drama...apalah sgt....
lagipun saya bukannya mereka2 yg mengangkat besi...apa yg nk ditakutkan apabila tergelincir...zaman tu sudah berlalu...zaman skang sekadar duduk dikerusi empuk je...hehehe...
kepada cik mukhriz awak memang hebat mungkin awak bleh experiment lagi dlm bidang drama tv ni...teringin jgk nk tgk awak berkarya dgn kamal ishak....

-pestol aer-

M.U.K.H.R.I.Z said...

Betul aku ni memang nak sngat bekerja dengan Kamal Ishak mungkin tak ada kesempatan lagi.insyaallah satu hari mungkin ada lah rezekinya tu.Sejak 3 tahun kebelakangan ni....TV business makin rancak dan rasanya cukup produktif dan menyebabkan aku ingin sangat dalam setahun satu atau dua kali dapat buat telemovie....episode memnag tak larat lah sebab aku tak ada pssion.NIzam Zaakaria mungkin boleh bagi aku buat satu....

Anonymous said...

utk pengetahuan cik mukhriz...saya pun dgr dari ckp2 seorg kawan bahawa drama arahan brader kamal ishak telah di reject oleh RTM....mungkin kerana RTM tidak lagi menerima drama2 berunsur art ini kerana acapkali di sogok director2 yg klise dan memualkan...kesian2...seseorg yg dianggap legend dibiarkan begitu shj......

fadz said...

Misi Kamal Ishak is a genius.. so abg rupanya yg jadi pengarah fotografi Sutun, kalau begitu, saya tabik sebab banyak gambar-babak yg ditangkap mengikut komposisi watak-cerita, syabas!