Pagari Bulan adalah sebuah fiksyen yang mengambil latar Malaya di era perang dunia yang kedua. Sekitar pendudukan Jepun semenjak tahun 1941-1946 telah banyak yang didengar dan dibaca merujuk kepada kekejaman tentera imperial Jepun. Bermacam-macam jenis kekejaman yang telah dicanang namun satu perkara yang jarang didengar adalah tentang anak-anak gadis pada ketika itu yang diculik lalu dijadikan sebagai 'comfort Woman' ..
Pernah juga aku cuba membuat research tentang golongan yang pernah melaluinya dan kebanyakan nya adalah dari negara negara asean yang lain seperti Filipina dan Indonesia.] dan tiada di Malaysia. Bermain juga di Kotak fikir kenapa tiada langsung yang mahu berkongsi cerita berkenaan nya. Mungkin atau kerana detik hitam tersebut sudah tidak mahu diingati oleh mangsa-mangsa tersebut.
Pagari Bulan adalah sedikit cerita dunia sewaktu era perang tersebut, lalu dikembang kan mengikut kesuaaian penerbitan nya. Pengambaran nya telah berjalan pada pada 7 ogos 2022. Sewaktu aku menulis kami telah pun berjalan kira-kira 10 hari.
Penerbitan filem ini merupakan cabaran yang paling besar dan agak menyulitkan. Kekurangan individu-individu berkualiti bagi mendukung jawatan sebagai penerbit penyelaras, pengurus produksi etc secara langsung mahupun tidak adalah sangat membimbangkan. Untuk permulaan sebelum aku memanjang kan isi catatan yang melibatkan pentadbiran filem ini maka aku kira lebih baik lah aku menceritakan 'part by part' ...Bukan sekarang mungkin besok tau lusa.