PADU CITRA WAJAR DIPERHALUSI KEMBALI
Padu Citra yang dilancarkan pada sekitar 1997 merupakan satu inisiatif yang pada asasnya menjurus kepada 'check and balance' di dalam industri kreatif yang melibatkan wakil agensi kerajaan iaitu FINAS bersama industri kreatif yang pada dasarnya dalam menjaga memantau hal ehwal pembikin serta penggiat filem/ iklan/ drama/dokumentari khas nya.
Sehingga kini padu citra di anggotai oleh beberapa persatuan terdiri daripada FDAM, PROFIMA, SENIMAN dan KARYAWAN. Antara fokus penting adalah penglibatan persatuan yang berada dalam memantau kesahihan para karyawan serta pembikin di dalam sesuatu produksi dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh gabungan ini. Dalam erti kata lain menjamin bahawa ahli-ahli di dalam gabungan persatuan-persatuan di atas bakal dijamin penglibatan mereka di dalam sesuatu produksi yang bakal dijalankan. Dalam konteks ini 'suatu masa dahulu' peranan padu citra sememang diharap kan bagi tujuan di atas namun keberkesanan nya sudah boleh difikirkan menjelang 2021. Apakah padu citra pada waktu dan ketika ini tidak lebih dari satu 'endorsement' halal dari pihak FINAS yang membolehkan gabungan keempat empat persatuan ini memeriksa tentang kesahihan individu-individu di dalam gabungan tersebut melalui rekod bayaran yuran atau dengan kata lain menjamin rekod pembayaran yuran tahunan dari ahli-ahli nya. Ya benar, kalau yuran di atas penama telah di bayar maka wakil persatuan akan tanda tangan di borang SPP, bermakna kesahihan mereka 'genuine'. Kalau tempoh keahlian mati maka harus di perbaharui dan jika tidak mempunyai rekod di dalam persatuan maka mereka di wajib kan menjadi ahli dengan bayaran yuran yang telah ditentukan.
Bagaimana pula individu-individu ini di 'akses' untuk layak dan berada di dalam persatuan tersebut? Sebagai contoh, untuk menjadi seorang pengarah, individu harus mempunyai keahlian FDAM, apakah individu yang berada di dalam gabungan ini di pilih berdasar kan merit yang kukuh atau keahlian ini boleh sahaja datang dari mereka yang tiada kena mengena atau tidak layak langsung bergelar pengarah. Sekali lagi apakah merit yang boleh mengangkat seseorang individu tersebut. Pernah teman-teman memberitahu;
'Untuk pakai FDAM engkau boleh isi borang dan cari mereka yang boleh 'support' permohonan yang terdiri dari group A, minggu depan datang 'interview, settle', jarang sangat lah kena reject'.
Saya juga tersentap dengan kata-kata sahabat itu kerana saya sendiri pernah di datangi oleh rakan produksi untuk memberi tandatangan bersetuju dalam 'recomendation' walau pun saya tahu beliau bukan lah seseorang yang mungkin layak walau pun diletak pada group 'AB'. Di sini integriti mereka yang memakai FDAM pada hujung nama di sangkal kerana nilai ekslusif nya tidak mempunyai tempat yang baik di mata penggiat yang lain. Sesiapa sahaja mempunyai peluang menjadi seorang pengarah pada bila-bila masa tanpa punya ekslusiviti. Terpulang itu hak masing-masing.
'Bagaimana ini dapat menyelesaikan perkara-perkara seperti lambakan para karyawan berstatus pengarah yang berkualiti jika seorang bos agensi pelakon pun boleh dapat FDAM, sedangkan tawaran kerja sudah tidak seperti dahulu lagi' tambahnya lagi.
Kecenderungan di dalam lahir nya pembikin dan karyawan yang berada di dalam industri hari ini adalah dari penguatkuasaan padu citra dengan niat yang sangat murni dan berpotensi untuk membaik pulih indeks kualiti karyawan yang di hasil kan seperti FDAM fokus nya menghasilkan pengarah, Profima dengan melahirkan karyawan di belakang tabir, Seniman menghasil kan para pameran/pelakon bersama persatuan Karyawan. Namun ini lah konteks yang sering dipertikai kan kembali antaranya ialah pengarah sering kali dipertikaikan kredibiliti, ahli Profima yang sering menyalahkan persatuan tentang kewujudan dalam membantu ahli-ahli dan diantara yang sering menjadi isu ialah kebajikan para Kru produksi, pengawalan ke atas sistem bekerja 12 jam dan bayaran kepada kru produksi yang mungkin sampai sekarang tidak setimpal. Jika di perhatikan, pertikaian ini datang dari ahli-ahli di dalam kelompok persatuan itu sendiri. Seterus nya mereka tidak lagi membayar yuran tahunan ahli, terjadi sering juga kelihatan nama yang diserahkan di dalam borang SPP akhirnya adalah berlainan dengan individu yang sebenar nya terlibat di dalam produksi tersebut. Mereka merasakan persatuan tidak mengambil berat tentang keperluan ahli nya. Pada asasnya mereka membayar yuran tetapi persoalan nya apa kah yang dapat diperolehi dari menyertai persatuan-persatuan ini. Apa keuntungan nya? wallahu alam, saya rasa jawapan nya mungkin tidak akan pernah sama dikalangan ahli-ahli nya.
Adakah garis panduan di dalam Padu Citra itu sendiri di aplikasi kan di dalam akta persatuan-persatuan, atau adakah para ahli persatuan tersebut tidak faham dengan akta yang telah ada di dalam sesuatu persatuan lalu sengaja mencari salah persatuan. Ini harus mendapat 'respon' yang serius. Ada sahabat dari produksi berkata;
'memang senang lah persatuan persatuan ni, menunggang kuasa bila FINAS mewajibkan produksi serta mereka yang berada di dalam sesuatu penerbitan bernaung di bawah persatuan, yang penting yuran kena bayar kalau tak bayar nanti tak boleh lepas SPP, apa yang kami dapat sebenar nya?'.
Saya sendiri berada di dalam Profima sebelum berpindah ke MySC dan sekarang menyandang jawatan sebagai Naib Presiden di MySC. Sewaktu menjadi ahli di Profima saya tidak pernah lah berfikir nak dapat apa apa dari persatuan kerana pada pendapat saya yuran yang saya beri adalah bersifat menolong bagi membangunkan prasarana persatuan. Jika saya ada kecederaan alhamdulillah saya sudah punya 'insurance' saya sendiri. Saya juga punya KWSP dan mencarum untuk masa hadapan. Jadi bersama persatuan saya hanya meraikan dan tidak memerlukan apa-apa, tapi ini mungkin tidak bagi ahli-ahli yang lain. Ada yang mengharap kan persatuan dengan berbagai harapan atau melindungi mereka dengan lebih serius.
Begitu juga dengan FDAM, pengarah-pengarah muda kini yang agak 'skeptikal' dengan persatuan tersebut namun bagi mereka ianya hanya sebagai syarat wajib agar mereka dapat terus berkarya namun peranan mereka di dalam persatuan tersebut hampir tiada bukan lah kerana salah persatuan tetapi mungkin mereka tidak merasakan persatuan dapat memberi sesuatu yang positif kepada mereka dalam erti kata yang lain 'self of belonging'.
Sekali lagi persoalan nya jika ini yang terjadi kenapa Padu Citra tidak ditambah baik oleh FINAS atau 'revoke' sahaja dan kaji dalam mewujudkan satu komuniti yang lebih besar dan serius secara lebih inklusif iaitu pembentukan 'UNION' agar segala dasar dan polisi menjadi usaha sama antara industri dan agensi seperti FINAS berjalan dengan lancar. Perlukah lagi padu citra jika sistem akreditasi sudah dapat memantau secara total jika ia benar terlaksana dengan kerjasama melalui TVET dan MQA? Perlukah lagi persatuan jika kebajikan juga telah di ambil alih oleh pihak FINAS? Perlukah lagi persatuan jika data pekerja sudah mula di 'restore' oleh pihak FINAS. Apa yang FINAS perlukan ialah jentera yang boleh bekerjasama dengan nya bagi memudah kan execution dan bukan gabungan yang akan memberi tamparan balik kepada nya. UNION is the answer.
P/s; Tulisan bersifat ilmiah dan hanya untuk rekod blog ini.