Monday, March 15, 2010

v3 SAMSENG JALANAN ;11 MARCH...AYUH

Hampir setahun pengambaran telah dijalankan akhirnya alhamdulilah buah tangan Farid Kamil menemui penonton dipanggung;tahniah Farid Kamil dan tahniah Metrowealth(BONUS;bukan janji tapi pasti)...Filem aksi ini padat dengan gaya arahan yang bersahaja dari sahabat aku budak Farid Kamil...cubaan pertama yang pada aku berani dan creative...Cinematogaphy 'NO KOMEN'benda yang dah amat lali dan dah selalu sangat aku lakukan pada filem yang sebelumnya.
Bila aku letakkan diri aku sebagai 'Layman' aku terhibur...ada perasaan nak tengok dua kali.
Sehingga ke hari ni(4 hari tayangan) dengar kata kutipan sudah BOOM ...Kalau betul maknanya penonton malaysia ni sebenarnya memang ada power untuk memilih dan 'Mass audience' ini sudah memberi satu sign yang amat positif jika kemahuan mereka diberi...Mungkin betul mungkin tidak aku pun kurang pasti....Tapi yang pastinya 2 filem yang back to back NAN sempit dan Niyang Rapik memberi figure yang impresive selepas Wajib Tayang.
Nan Sempit sendiri ditutup pada perkiraan 7.8 juta kalau tak silap aku.
Sesuatu yang agak menarik dalam V3 ialah 'The Making' dalam v3 yang saya rasa amat baik perlaksanaannya dari pihak metrowealth dan ini memang mempengaruhi penonton untuk kepanggung.
Jadi sesiapa yang nak minat menonton cerita,aksi,stunt serta Sinematografi yang RAW bentuknya sila kepanggung mungkin inilah filem terakhir yang berorientasikan aksi mat motor(perkataan yang lebih baik dari mat rempit)di panggung.

SALAM SINEMA;