Monday, January 25, 2010

Aku & Dr Anuar Nor Arai

Sesuatu yang tak aku jangka dan seolah-olah tuhan sengaja memberi petanda untuk aku beringat pada Nya.
Seminggu sebelum aruah menghembuskan nafasnya aku dipanggil oleh Dr anuar untuk berjumpa dengannya.Sesi selama satu jam bersamanya cukup mengembirakan aku,..cikgu lah katakan....Beliau menawarkan tempat kepada aku menjadi pensyarah di Aswara.Sempat aku bertanya pada aruah samada dia sihat atau tak,sambil menyalakan rokok gudang garam nya tak ada sedikit pun menampakkan keuzuran namun fizikalnya memang dimamah usia.,,dia seperti dulu-dulu agresif,tenang dan full motivated kalau berbual..sama saje nafasnya sewaktu aku sibuk dgn semangat 'Indie' aku....Kata-kata akhirnya
'ekau bawak lah budak-budak ni nanti masuk industri,....ekau train diorang ni,bagi diorang rasa masuk dalam kelompok industri....
perubahan biar dibuat dari dalam dan jangan lagi dari luar....pandai-pandailah ekau raja,...jaga budak-budak ni....

Seminggu selepas...

Aku menerima panggilan bahawa cikgu aku dah meninggalkan aku buat selamanya.....al-fatihah....

P/s;dr anuar nor arai adalah cikgu aku yang seringkali aku rujuk dalam dan sewaktu aku melakukan kerja fotografi dan antara yang bertanggung jawab brain wash aku semasa pengambaran filem 'Kala Malam Bulan Mengambang'...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 24, 2010

Nan Sempit ....ishh..issh...issh

7 hari 3.7 juta....confius aku....Nan Sempit sebuah filem dari buah tangan Ahmad Idham yang diterbitkan oleh MIG boom lagi dan kali ini lebih dasyat dari fenomena Jangan Pandang Belakang....filem romantic komedi yang didakwa rakan media amat ringan ni berjaya mengheret penonton sekurang-kurangnya 2 kali ke panggung....Sebagai pengarah fotografi untuk filem ni tidak ada apa yang special yang nak aku katakan dan boleh diperkatakan.
Tapi aku rasa persembahan Sam Samzi dalam watak yang dibawanya adalah 2 tumbs up....Syabas kepada Ahmad Idham dan MIG...satu permulaan yang baik bagi 'business ini'...


- Posted using BlogPress from my iPhone