Friday, November 3, 2023

SEMPURNA SUDAH 'PAGARI BULAN'

 Alhamdulillah. Tamat sudah melengkapkan tayangan filem 'Pagari Bulan'. Bermula dengan TUJUH, OPHILIA, HARMONIKA, SALINA rasa nya membikin PB adalah yang terpaling puas. Aku dan Shahora berjaya menyempurnakan nya dalam tempoh setahun. Aku kira tempoh tersebut banyak yang aku dan dia belajar. Kami sebenar nya lelah dalam membikin tapi puas ke penamat

Apa yang kami belajar?

Kami belajar untuk tidak lagi membenarkan sesuatu pengedaran filem dari elevenfield creative tanpa satu marketing plan yang konkrit dan jelas walaupun ianya diberi kepada organisasi yang gah dengan prasarana  luaran. Organisasi yang gah tidak menjamin satu output yang baik. 

Kami belajar untuk memahami nilai wang sangat beharga dalam membelanjakan setiap elemen dalam penerbitan untuk memastikan menerima kembali pulangan atau 'return of investment' (ROI). 

Di dalam proses akhir pengedaran Pagari Bulan ke panggung, Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk memasarkan filem ini tidak mendapat pulangan sewajar nya. Organisasi yang dilantik untuk mengedarkan sesebuah filem harus lah faham dan pakar dalam mengendalikan sesuatu filem. Mereka haruslah atau terdiri dari pakar yang boleh membaca filem dan bagaimana untuk memasarkan nya. Bukan semua mereka yang mengendalikan pengedaran sesuatu filem itu faham dengan apa yang mereka laku kan. Tugas memasarkan filem di negara ini hanya lah sekadar memastikan ia berada di panggung dan atas tugas wajib iaitu menjalani aktiviti skim wajib tayang, tidak lebih dari itu. Aku berpendapat elevenfield creative sendiri yang sepatut nya melakukan sendiri pengedaran. Kami belajar elevenfield creative harus mempunyai 'sister company' yang bertindak sebagai pengedar bagi apa-apa kandungan sinema kepunyaan nya, berstrategi dan jelas kiblat nya. Negara yang tidak mempraktiskan 'anti trust act' seperti Malaysia berdepan dengan segala bentuk tekanan yang undang-undang nya boleh terabai dengan sedikit kecerdikan berkonsepkan kapitalis.

Kami juga belajar komponen komponen penting dalam pengedaran filem seperti promosi tidak sama sekali bergantung kepada syarikat yang mempunyai infra hebat seperti rangkaian televisyen. Sangat outdated. Ini dibuktikan dengan apa yang terjadi dalam perlaksanaan promosi PB. Tidak teratur dan sangat konservatif. Kami lupa tentang 'New Media'. Peranan media sosial tidak digunakan sebaik mungkin dalam mempromosikan PB. Jelas ini kesilapan yang besar. 

Kami juga belajar kepincangan di dalam skim wajib tayang. Kepincangan sistem dalam menjadikan pemamir antara 'support system' yang penting dalam perkembangan filem tanah air. Takrifan filem seperti nya ke panggung dan bersifat 'open market' tapi jangan lah diabaikan perbezaan telefilem dan filem. Jangan lah diabaikan tentang waktu tayangan yang boleh menjemput penonton ke pawagam, bukan seperti konsep tayangan TV pukul 7 malam. Mnyempurnakan Pagari Bulan memakan masa selama setahun, tayangan selepas 4 hari sudah berkurangan dari 70 panggung kepada 12. Aku terjumpa dengan beberapa orang wakil panggung, salah sorang yang aku perasan sombong dan bongkak nya amat mengejutkan. 

Nanti aku perlu tulis lagi. Buat masa ni aku sedang bergembira dengan output Pagari Bulan sebagai sebuah filem walaupun bukan sebagai filem Box Office.


Sunday, October 1, 2023

TRIVIA PAGARI BULAN


 

Nazeera Sardi - Bulan

 

Watak ini adalah watak utama, dan Nazeera Sardi adalah yang terakhir dalam pemilihan para pemeran. Proses nya menyakitkan. 

Aku sentiasa membayangkan Bulan merupakan seorang wanita yang mempunyai kerektor seperti sebuah filem Indonesia iaitu ‘Malina In 4 Acts’. Bulan merupakan satu watak yang paling susah antara semua karektor dan melalui 3 fasa transisi.

 

1)    Fasa Awal Sebelum ditangkap Jepun (remaja 16 ke 17 tahun)

Proses ini hanya melalui dua babak dan perlu cukup untuk memberi refleksi awal tentang Bulan semasa itu dalam fasa ini.

2)    Fasa pertengahan sewaktu di dalam fasa tawanan Jepun 

Ini merupakan fasa dimana Bulan harus mengubah secara drastic dalam presense nya sewaktu berada di dalam kem tahanan, rebellious namun tidak sekali secata ‘Ekspresionis’.

3)    Fasa terakhir pembalasan dendam

Ini merupakan climax terakhir Bulan untuk break the ice. Dimana kita dapat merasai satu transisi yang akan memberikan kepuasan atas tidakan-tindakan yang akan dilakukan oleh Bulan.

 

Bulan adalah watak yang bermain below the top seolah seseorang yang menyanyi kan lagu dalam ‘low note’. Aku tau susah. Susah nya adalah kerana dia akan sparing dengan karektor yang kiblat nya aku tetap kan untuk bermain ‘over the top’ dan siapa saje yang membawa watak Bulan akan terdedah kepada lakonan yang bersifat ‘impresionis’. Penonton mungkin akan suka atau tidak dengan pembawakan sebegini jika mereka adalah penggemar drama pukul 7. 

 

Bulan mempunyai graf yang terkawal dan hanya memberi climates nya di act 3 di mana pembalasan dendam terjadi. Tetapi sekali lagi proses ini mempunyai risiko yang tinggi dalam ‘development character’ tersebut. File mini juga mempunyai risiko durasi nya selama 120 minit, Jika berjaya akan diingati tetapi jika gagal ia bakal tenggelam di antara character-character yang lain. 

Ini lah unik nya membikin SINEMA. Bagaimana seseorang pelakon itu berjaya melepasi sesuatu dimensi fiksi sesuatu karektor. Ia mungkin akan menjadi kelegaan yang amat sangat bagi seseorang pemeran.

Nazeera Sardi mempunyai ‘range’ yang besar dalam lakonan, Ini adalah kali kedua dia bersama aku. Yang pertama nya adalah sewaktu sekitar 2018 dalam sebuah super tele. Namun untuk watak ini, kesukaran yang dihadapi dan beban ‘impresionis’ dalam melaksanakan lakon layar yang ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim mengangu nya. Dia hampir menolak untuk bersama dalam filem ini. Bulan tidak perlu terjerit-jerit, tidak perlu ada ekpresi ‘fake’ .. Bulan harus banyak berfikir sebelum membuat apa-apa tindakan. Bulan harus tenang, benak nya harus fikir yang matang. Dia pemimpin dan sifat kepimpinan boleh datang dari berbagai sudut asal kan ia masih dalam ruang lingkup ‘impresionis’. Kegeraman atau perasaan nya harus tukar dari sesuatu yang fiscal kepada kepada sesuatu yang minimalis. Itu lah Bulan yang aku mahu. Seperti watak utama dalam ‘Malina In 4 Act’. Untuk aku, Nazeera berjaya. Untuk Kalian mungkin ‘taste’ menjadi ruang ukur nya.

 

Pagari Bulan mempunyai ramai pelakon berkerektor yang mempunyai visi dan misi masing-masing. Di sini lah cabaran nya iaitu membawa kesemua mereka dengan identiti berlainan yang dituntut di dalam naskah ini. Sudah tentu permainan mereka amat berlainan antara satu dengan yang lain dengan memberi warna ke atas watak-watak yang ada.

 

Selebih nya Kita serah kan pada penonton pada 5 hb oktober 2023.

 

Saturday, April 1, 2023

 

I always dreaming to make A film base on Noir. Since i Dp a noir film “Kala Malam Bulan Mengambang’ directed by late Mamat Khaled, there is something that i think i need to explore in my own craft. What is noir film actually. Below is some of my understanding on noir film for a refrence.

Noir film is a genre of cinema that emerged in the early 1940s and was popularized in the post-World War II era. This style of filmmaking is characterized by its dark, pessimistic tone and its focus on crime, betrayal, and moral ambiguity. The term 'noir' is derived from the French word for black, and refers to the style of filmmaking that focuses on the darker aspects of human nature.

Noir film is often associated with films that take place in urban settings, with a strong emphasis on the underbelly of society. These films are typically characterized by their heavy use of shadows, low-key lighting, and a sense of foreboding. The use of chiaroscuro lighting is the hallmark of noir cinematography, creating contrasts of light and dark that create a sense of unease and tension.

One of the most notable aspects of noir film is the flawed protagonist. The main character in a noir film is often an antihero, struggling with his own demons and morally ambiguous decisions. Many of these characters are haunted by their past actions or are driven by their own desires, leading them to engage in criminal behavior or other morally suspect activities.

Another common trope in noir film is the Femme Fatale, a seductive and alluring woman who uses her charm to manipulate the male protagonist. The Femme Fatale is often depicted as dangerous and unpredictable, playing into society's fears of female power and agency.

The themes of noir film often revolve around corruption, greed, and the impact of societal structures on human behavior. These films often explore the darker aspects of human nature, and ask audiences to consider their own moral compass when faced with seemingly impossible choices.

Despite its dark subject matter, noir film has had a lasting impact on cinema and pop culture. Many of the tropes and styles of noir filmmaking have been adopted by modern filmmakers, leading to a resurgence of interest in the genre. Contemporary cinema continues to explore themes of moral ambiguity and the dark side of human nature, suggesting that noir filmmaking still has much to teach us about ourselves and our society.

Monday, September 19, 2022

Perkhidmatan Dalam Pengurusan Produksi Filem Semakin Menakutkan.

 11.25am 19 September 2022.

Sewaktu menulis, telah pun tinggal hanya lebih kurang 6 hari dari dateline bagi menghabiskan proses 'principal photography' bagi filem Pagari Bulan yang diterbitkan oleh saya dan isteri. Sepanjang perjalanan pengambaran banyak perkara yang mencabar dalam aspek penerbitan. Filem Pagari Bulan merupakan filem selepas ophilia terbitan elevenfield creative sdn bhd. Apa yang menggembirakan ialah filem ini sudah hampir ke garisan penamat, walaupun tidak sempurna namun di sebalik ketidak sempurnaan itu tercetus berbagai magis-magis dalam proses mengarahkan kandungan filem ini. Tetapi ada yang tidak mengembirakan dan menjadi pengajaran buat kami sebagai penerbit.

Apa Kah Perkara Yang Tidak Menggembirakan Tetapi Di Pelajari;

Japan nya ialah 'Management'. Ia nya diisi dengan para pekerja yang tidak menepati keperluan dalam mentadbir sesuatu produksi. Ini adalah kelemahan utama yang menjadi pelajaran serta pengalaman penting sebagai penerbit. Sangat menduka cita kan dengan pengisian tenaga kerja yang tidak menepati tuntutan ke atas filem ini. Ia merupakan kesilapan yang sangat besar yang telah dilakukan oleh kami sebagai penerbit. Akibat nya sebagai pemilik syarikat serta tanggung jawab terpaksa turut masuk campur dalam memantau segala urusan Pentadbiran ke atas setiap lokasi, set yang akan dijalankan urusan pengambaran. Ia sangat meletihkan. Lagi meletihkan apabila sejumlah 'budget' yang diperuntuk kan dalam membayar gaji para pekerja ini di rasakan tidak berbaloi dengan pulangan servis yang diberi.

Rata-rata pekerja yang diambik Untuk mengisi Production Management ini tidak menepati piawaian dalam urusan pengambaran Pagari Bulan. Walau Bagaimana pun Pekerja-pekerja ini di bahagian ini tidak boleh lah disalah kan 100% kerana pada hakikat nya mereka sememang nya tidak mampu di atas kapasiti mereka di dalam mengendalikan urusan produksi. Yang harus bertanggung jawab adalah ketua pasukan yang telah memilih jentera bagi mengisi pasukan nya.

Siapakah mereka?

Tak kan lah nak dibogel kan nama. Yang penting ia harus lah di bicarakan bagi membentuk ilmu dalam penerbitan filem agar lebih efektif. Siapakah mereka? Mereka adalah individu yang dilantik dalam memikul tanggung jawab sebagai

1) Production Manager

2) Asst Prod Manager

3) Production Asst etc


Kecenderungan dalam berkreatif untuk sesuatu produksi terutama nya bagi penerbitan yang menerbit kan sebuah filem yang mempunyai bilangan Kru produksi yang agak  ramai sehingga mencecah lebih dari 70 orang dalam sesuatu masa serta lokasi yang pelbagai adalah sangat diperlukan. Kecekapan di bahagian pentadbiran akan menentukan segala aspek didalam penyelarasan terhadap sesuatu penerbitan tersebut. Tanpa penyelarasan serta sifat yang bertanggung jawab ke atas sesuatu penerbitan tersebut maka ia akan mengundang kepada kepelbagaian masalah. Seperti yang dikatakan sebelum ini ia bukan lah satu kesalahan yang harus di kecam tetapi kelemahan sesebuah penerbitan yang harus dipandang serius. Pemilihan individu yang menyandang jawatan di atas harás lah dipilih serta diperhalusi mengikut spesifikasi yang mempunyai mekanisma yang tertentu. Di sinilah sepatut nya MyCap yang diperkenalkan oleh FINAS mengambil peranan nya. Namun ia tidak kelihatan dan seakan senyap seakan tidak ada progres. 




Kemasukan pekerja-pekerja dalam mengisi kekosongan industri sangat perlu dipantau di dalam mengemas kini susuk-susuk tenaga yang berkebolehan. Pekerja-pekerja yang mengisi kekosongan kekosongan atau mengambil alih sesuatu jawatan atas kekosongan tersebut seharus nya reliable. Kesedaran tentang sistem menggajikan pekerja dengan ikatan kontrak sangat dan harus dijadikan displin utama. Kami sangat bernasib baik dengan mengaplikasikan sistem kontrak dengan ketat kerana ia sangat berguna didalam melindungi kedua-dua pihak samada pekerja mahu pun penerbit. Berbalik kepada penyelarasan di peringkat 'below the line' yang menjadi isu utama pada  peringkat 'principal photography' syarikat sangat sukar untuk melepaskan banyak perkara berkaitan pengambaran yang merupakan 'major' kepada pergerakan bahagian-bahagian lain seperti teknikal, penataan seni, dan pengurusan artis. 




Apa kah Kesimpulan nya?

Dari pengalaman dalam menerbitkan Pagari Bulan, secara personal nya berpendapat sesebuah syarikat produksi pada peringkat 'pra' serta 'prinsipal photography' harus mengenal pasti kebolehan mana-mana individu tentang kualiti perkidmatan yang bakal diberikan oleh individu tersebut. Sesuatu yang boleh membantu dan berkesan adalah melantik mereka yang telah lama bersama berkhidmat dengan syarikat serta faham etika serta visi dan misi syarikat dengan tidak mengabaikan siapakah mereka yang menjadi pembantu pembantu nya dalam memelihara serta membina ekosistem yang telah dimanahkan oleh penerbit. Ia harus disertai dengan sifat amanah dan komited kepada kerja-kerja tersebut. Selain dari itu pekerja-pekerja di dalam peringkat 'below the line' khusus nya di dalam pengurusan produksi harus ada penilaian ke atas prestasi supaya pihak penerbit tidak menanggung kerugian ke atas pemilihan mereka. 




Sistem data MyCap yang telah diperkenal kan oleh FINAS dahulu harus dikuat kuasakan secepat secepat mungkin melalui sambungan jambatan dari persatuan-persatuan yang berdaftar. Sampai kini data-data ke atas pekerja-pekerja ini masih kabur, siapa yang benar-benar genuine? Ini adalah prekära serius yang harus ditangani jika ingin membina suatu bangsa filem yang berintegriti.






Wednesday, August 17, 2022

PAGARI BULAN

Pagari Bulan adalah sebuah fiksyen yang mengambil latar Malaya di era perang dunia yang kedua. Sekitar pendudukan Jepun semenjak tahun 1941-1946 telah banyak yang didengar dan dibaca merujuk kepada  kekejaman tentera imperial Jepun. Bermacam-macam jenis kekejaman yang telah dicanang namun satu perkara yang jarang didengar adalah tentang anak-anak gadis pada ketika itu yang diculik lalu dijadikan sebagai 'comfort Woman' ..

Pernah juga aku cuba membuat research tentang golongan yang pernah melaluinya dan kebanyakan nya adalah dari negara negara asean yang lain seperti Filipina dan Indonesia.] dan tiada di Malaysia. Bermain juga di Kotak fikir kenapa tiada langsung yang mahu berkongsi cerita berkenaan nya. Mungkin atau kerana detik hitam tersebut sudah tidak mahu diingati oleh mangsa-mangsa tersebut.

Pagari Bulan adalah sedikit cerita dunia sewaktu era perang tersebut, lalu dikembang kan mengikut kesuaaian penerbitan nya. Pengambaran nya telah berjalan pada pada 7 ogos 2022. Sewaktu aku menulis kami telah pun berjalan kira-kira 10 hari.

Penerbitan filem ini merupakan cabaran yang paling besar dan agak menyulitkan. Kekurangan individu-individu berkualiti bagi mendukung jawatan sebagai penerbit penyelaras, pengurus produksi etc secara langsung mahupun tidak adalah sangat membimbangkan. Untuk permulaan sebelum aku memanjang kan isi catatan  yang melibatkan pentadbiran filem ini maka aku kira lebih baik lah aku menceritakan 'part by part' ...Bukan sekarang mungkin besok tau lusa.



Tuesday, July 6, 2021

LEKUK MERAH

Lock Down PKP 3.0. Ayat yang sering kali menghantui aku dengan pelbagai persepsi dan andaian menerpa masuk. Aku masih ingat didalam sebuah buku bacaan tulisan seorang wartawan Florence De Changy tentang MH370 yang hilang dari radar pada sekitar tahun 2014. Aku rasa semenjak dari tragedi itu macam-macam yang Malaysia hadapi. Ahhhh, aku punya banyak yang mahu dilakukan di dalam hidup ini. Aku mahu kerja dan buat apa yang aku suka, tapi covid19 tidak mengizinkan. Semua sedang merasakan apa yang aku rasakan. Mungkin mereka agak skeptikal jika amu kata ini adalah bala. Lantak lah memang bala pun. 

Sewaktu ura-ura tentang lock down yang akan dijalankan aku masih lagi sedang dalam pengambaran sebuah drama rantaian Keluarga Untuk Di Sewa. Sebuah komedi gelap yang idea nya sudah lebih kurang 6 tahun yang akhir nya berjaya diterima oleh stesen Tv.

Sedang dalam 48 jam sebelum keputusan dibuat oleh kerajaan otak aku laju berfikir apa yang mahu aku buat selama ia dilaksanakan. Aku faham bahawa hanya perkara atau industri yang ‘esentials’ sahaja yang alkan diberi pelepasan untuk beroperasi. Termasuk lah industri kreatif sendiri yang bukan lah satu keperluan yang akan diutamakan. Tetapi ada bahagian bahagian dalam kandungan kreatif yang akan diberi keutamaan seperti berita dan perkara yang berkaitan dengan informasi. 

Kepala aku tetap running jika aku dapat membuat sesuatu di. musim lock down tersebut. Aku terbayang kan imej imej kawat berduri. Aku terbayang kan ‘front liner’ yang terdiri dari pasukan yang beruniform seperti tentera, polis dan pegawai perubatan. Mungkin juga food rider adalah mereka yang dianggap sebagai barisan hadapan. Pada aku ya mereka adalah barisan hadapan.

Otak aku ligat berfikir pagi itu. walaupun aku sedang mengarah sisa-sisa Keluarga Untuk Di Sewa sebelum kami semua balik ke Kuala Lumpur. Sekali sekala aku selak you tube dan menonton apa apa sahaja kandungan yang berkenaan dengan pandemik covid 19. Aku membaca tentang jumlah mereka yang positif semakin lama semakin meningkat terutama nya di persekitaran Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan  beberapa negeri lain di persekitaran pantai timur. Pada satu ketika kita sudah mengatasi negara India. Ini membimbangkan.




Aku menyelak tekun media sosial seperti tweeter, facebook, dan block block berkaitan pandemik ini dan semakin hari semakin ramai rakyat kita yang tidak berpuas hati. Aku rasa negara ini tidak stabil. Aku rasa banyak tekanan yang datang dari seluruh pelusuk negara ini. Aku membaca tentang vaksin yang masih lagi dalam proses penyelarasan kepada seluruh rakyat Malaysia. Aku kekadang mencongak tentang perkara yang bakal terjadi dengan keadaan rakyat yang sangat tidak berpuas hati terhadap kerajaan. Lebih mengerikan ialah tentang ramai yang telah membunuh diri. Kenapa? kerana pandemik ini atau memang ia nya perkara biasa yang terjadi setiap tahun tanpa bersangkutan dengan Covid 19. Aku tak nak pukul rata tentang persepsi aku terhadap isu tersebut kerana rakyat mungkin sahaja tertekan dengan berbagai aspek khusus nya dengan kesempitan dari aspek ekonomi. Tapi benar kah disebab kan ini atau faktor lain yang menyumbang terhadap keadaan ini. Aku rindukan yang dahulu. Aku rindukan kerajaan yang stabil kerana aku masih dan tidak lari dari bersangka baik dengan apa yang ada sekarang. Tetapi media sisial jelas tidak setuju den gan apa yang aku rasa. Mungkin kah rasa aku ni salah. 








Banyak perkara yang bermain di fikiran aku. Aku nekad. Aku mesti mahu mengisi sesuatu bersempena dengan ‘Lock Down’ ini. Aku sudah terlepas 1.0, aku terlepas 2.0 tak mungkin aku mahu lepas kan peluamgh kali ke tiga pulak. Ini adalah sejarah negara, bukan itu sahaja ini adalah sejarah dunia. Kali ini dan pada ketika ini Malaysia sudah pun mengambil tempat pertama dari negara India. Ya aku harus mengambil peluang untuk merakam dan mendokumentasikan apa yang benar. Sekurang-kurang nya ada sedikit untuk aku berikan pada negara.

AKU MAHU BIKIN DOKUMENTARI. AKU MESTI BIKIN LEKUK MERAH

1.08 AM Selasa 2021






Saturday, April 3, 2021

BAKAT YANG DISAMPAHKAN; Di Majlis Pra tonton SALINA

 



Alhamdulillah. 23 March 2021 filem aku yang keempat telah selamat dengan majlis tayangan perdana nya. Ketika sedang menulis ini Salina telah menjalani hari tayangan nya yang ke-8. Pada awal pembikinan nya aku dipanggil tatkala filem ini sudah siap arah tulisan nya. 

Aku sempat membaca naskah sebelum bertemu pihak penerbit dan memang aku maklum kan cerita nya ini agak berat dan sukar untuk dihadam oleh penonton biasa. Cerita ini ‘nitche’  content yang sememang membawa kepada banyak perosoalan tentang logik. Aku ‘take the challenge’. Aku sangat faham tentang keperluan untuk mencipta kredit seperti filem Salina ini. Apatah lagi Salina yang cuba keluar dari susur galur selesa sesebuah penceritaan.  Salina mempunyai dua kemungkinan samada berjaya atau pun gagal dalam mendapat kepercayaan di dalam tontonan. Ia bukan lah  filem seram dan tumpuan nya lebih kepada psyco triller. 

Skrip Salina pada awal nya lagi adalah sebuah skrip yang agak ‘complicated’. Menterjemahkan kan teks kepada visual adalah pengalaman yang agak sukar semasa pengambaran 22 hari. Aku terasa ini adalah pengalaman yang mengajar aku untuk lebih arif dalam ‘visual langguage’. Kali ini aku memberi kan tekanan agak lebih ke atas pengisian skrip dan cerita yang telah ditulis oleh penulis nya iaitu Ellyna Ahmad dengan idea asal oleh penerbit nya sendiri. Filem ini adalah sebuah filem berat dan persoalan nya mampu kah dengan lakon layar penceritaan sebegini aku dapat berdiri dengan memberi kepuasan kepada penonton, reviewer dan para pengkritik. Sesuatu yang subjektif dan jawapan jujur terletak bagaimana ‘taste’ atau rasa seseorang itu tidak kira penonton biasa, reviewer mahupun pengkritik. Di zaman peralihan kepada digital khalayak nya menuntut cerita serta pembikinan yang superb dan fresh. Salina tidak sangat mencuba. Aku hindar kan apa yang orang mau. Aku lebih kan apa yang aku mau. Apa yang aku mau adalah lebih penting dari apa yang penonton mau. Agak selfish but apa sahaja yang tinggal kerana aku adalah seorang ‘auteur’ pada hakikat nya. Ya Salina adalah apa yang aku mau ke atas teks yang ditulis oleh Ellina Ahmad. Skrip yang complicated atas idea asas nya dari penerbit nya iaitu BOY.

Semasa tayangan banyak review yang bercampur baur. Ada positif dan ada yang negatif. Tapi yang banyak nya negatif. Mereka kata nya tidak faham. Mereka tidak faham plot cerita. Aku setuju. Apa kan daya aku tak berkuasa untuk memberi mereka faham. Mintak maaf lah. Itu memang aku. Aku suka keadaan nya sebegitu. Filem aku mesti wajah aku samada suka atau tak itu sudah tidak menjadi soal. So tidak wajar bagi aku untuk explain and defend anything on Salina. Mereka free to review or critique. aku sangat terbuka dengan perkara tersebut. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Sinematografi dan skor muzik serta bunyi adalah antara yang menonton suka. Aku rasa ya wajar kerana lebih banyak cerita berasaskan visual dari penceritaan dengan bersandarkan dialog. Ini sebenar nya lebih sukar dalam perkembangan plot filem ini. Salina antara filem yang mencabar aku untuk membikin nya. Tapi alhamdulillah ia telah ditayang kan di sekitar 61 buah panggung termasuk Brunei dan Singapore. Untuk penonton ia mungkin sekadar hiburan cuma adakah hiburan itu berbaloi dengan ringgit yang dibayar. Jika untuk tidak mencari salah dengan satu kiblat untuk menonton mungkin ia berbaloi tapi jika datang bukan niat asas untuk tontonan dan bekerja untuk review atau kritik sudah tentu tak jalan kerana ia sangat bergantung dengan tugas tersebut iaitu review, kritik atau BASHING. 

8.37pm 3rd april 2021.