Tuesday, October 8, 2019

Siapa Yang Memenjarakan Nya?

Membikin filem sebenarnya bukan lah semudah sebagaimana yang disangka.Semudah mereview dengan lontaran ayat ayat sastera atau teori teori selepas menonton nya.Duduk di atas khatulistiwa mahu kan iklim seperti di eropah.

Membikin filem sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menitik berat kan output akal serta fikiran lalu dibawak menjadi bahan tonton sejagat.Tidak semua boleh melakukan dengan sempurna namun menjadikan ia sesuatu yang 'watchable' adalah sangat sangat penting dan menjadi tuntutan asas.
Kekadang terfikir jugak jika filem adalah sesuatu yang berkiblatkan unsur seni yang tidak berfomula,sujektif dan tidak mengongkong.Tentu ia bebas dan berkembang tanpa ada pagar pagar yang menghalang lalu ekspresinya juga akan berkembang.Saya selalu berfikiran sebegitu.Filem adalah satu keraian yang 'pure', 'genuine' punya ideologi,falsafah dan berkeperibadian yang terbentuk dari hasil individu si pengkarya dan sama sekali bukan untuk dipertonton lalu diperbodohkan melalui fasa kritik dan review.What to do,kalau tak boleh dikritik duduk dalam gua lah kan.

Tetapi jika kefahaman atas penghasilan filem itu sendiri terkongkong dan cuba di penjarakan maka ini lah satu satu nya cabang kreatif yang sebenarnya terkurung jika dibandingkan dengan industri kreatif yang lain seperti Fesyen,Lagu/muzik bahkan seni tampak.Lihat lah industri fesyen di malaysia berkembang pesat.Lihat industri Muzik juga berkembang pesat.Lihat filem fiem kita sehingga 2019,hanya kroni dan proxi diangkat dan dinobat kan kehadiran nya,atas platfom seni,scolar bla bla bla.Tanpa sedar larian mereka mereka yang menjinjing karya perfileman tersekat kerana terpenjara.

Yeah only in Malaysia,Siapa yang memenjarakan nya?

Wednesday, October 2, 2019

You Are Not Everyone Cup Of Tea

The world is filled with people who,no matter what u do,no matter what u try,will simply not like u.But the world is also filled with those who will love u fiercely.The one who love u;they are Your People.

Dont waste your finite time and heart trying to convince the people who aren't your people that you have value.They will miss it completely They wont buy what you are selling.Don't try to convince them to walk your path with u because u will only waste your time and your emotional good health.You are not for them and they are not for u.You are not their cup of tea and they are not yours.

Politely wave them along and you move away as well.Seek to share your pathwith those who recognize and apreciate your gift,who u are.

Be u are.
You are not everyone's cup of tea and that is OK.

Your sincerely #DPS 10.39pm
villa ophilia.
SELEPAS OPHILIA

Oleh kerana aku berhenti menulis di ruangan blog ini sekitar 2015.Maka baik lah aku senaraikan apa yang berlaku yang aku ingat sehinggalah pada hari ini di 2018.nak dekat tiga tahun tapi banyak perkara perkara yang menggembirakan yang menaikkan semangat.

Ophilia

Festival filem malaysia 27 telah mencalonkan filem Ophilia dalam  3 kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Que Haidar Pelakon Harapan Terbaik Kodi Rashed dan aku dalam kategori Pengarah Harapan Terbaik dan festival telah mengangkat aku sebagai Pengarah Harapan "Most Promising Director" Disamping itu Kodi Rashed telah di anugerahkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di festival tersebut.Ophilia yang ditayang sebanyak 38 panggung berjaya mendapat pulangan hampir 600 ribu.alhamdulillah.

Lorong Kecil Ke Syurga

3 bulan selepas itu Lorong Kecil Ke Syurga merupakan projek televisyen yang kedua untuk media prima di tahu yang ssma telah memenangi anygera





cinema.com.my: Raja Mukhriz is named Most Promising Director

KEMBALI ... 2019

Mahu kembali aktif menulis blog.Banyak perkembangan terbaru yang mahu di abadikan tapi maklumlah kesesuaian masa dan kesibukan dunia pengambaran langsung lupa.Moga kali ini hasrat kembali menulis di blog ini tak terkubur lagi.Ok lah malam ni saje je nak panas jari jemari Insyaallah akan menyusul kemudian.
Hari ini aku dan rakan rakan pembikin dan all the bosses selesai preview filem arahan aku yang keempat.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sukses.Apa yang merisaukan aku dengan projek terbaru ini ialah cerita nya.Bagi aku cerita adalah the head of alls.Maklumlah jarak dengan filem aku yang terakhir dengan terbaru ni rasanya dalam 4 tahun.Kebanyakan nya aku banyak buat untuk TV.
Membikin filem yang terbaru ni adalah sesuatu yang sangat berat kerana ekosistem penerbitan filem di malaysia kini sangat cenderung kepada low budget.Tapi aku pun tak pernah dapat yang budget tinggi pun.Tak tau lah insyaallah satu hari nanti kut.
Kerja pengarahan filem yang bercorak psycotriller dengan ada pengaruh misteri kali ini memang sesuatu yang susah.Tambah lagi ini bukan lah forte aku.Tapi ialah kerana penerbit nya BOY percaya dengan kebolehan aku setelah menyaksikan filem TUJUH dan di tambah lagi dengan penulis nya adalah ellyna yang dah lama sangat kami sudah  bekerja sama maka aku tak dapat tidak untuk tolak filem ni.Aku senang sangat bekerja dengan BOY. dan Madness Film.So far aku ada kebebasan untuk bekerja dengan lebih teliti dengan taste aku sendiri.
Walaupun pembikinan filem ini diperingkat rough cut tapi aku teruja nak sangat menyiapkan nya secepat mungkin ke layar perak dengan harapan ia akan menjadi satu filem yang 'watchable'.Moga nanti lebih banyak lagi filem yang bisa aku skrinkan ke layar perak,tapi kali ini genre yang lain mungkin genre yang lebih dekat dengan aku iaitu 'Action'.


MUNGKIN.

Thursday, September 5, 2019

KEMBALI

Sudah sekian lama tak update.Kini dengan nekad nya akan KEMBALI untuk mengabadikan kerja serta nukilan kehidupan.Insyaallah semoga kali ini lebih constant.

3.03 am Khamis 5 September.

Monday, February 26, 2018

Dah lama tak update blog.Rasanya macam nak menulis balik.Ada sedikit kelapangan sejak kali terakhir   sekitar 2014.


Perkembangan Terkini,
Buat masa ni aku melanjutkan pelajaran di UUM dalam ijazah kepujian industri kreatif.Di UUM kembali menjadi pelajar dan aku rasa refresh.Disamping sekali sekala buat drama Tv dan sedikit iklan dan kadang kadang filem sebagai pengarah fotografi.

Projek Terbaru
Dua buah filem yang dijangka mula operasi pada bulan May.Satu filem biopik dan satu lagi filem aksi.Dan yag paling dekat adalah sebiau drama TV 13 episode.