Saturday, May 22, 2010

Apokalib...Aku dan Mamat Khalid...julai...

Ringkas je...
aku bekerja lagi dengan Tuan Mamat Khalid untuk filem bertajuk Apokalib....
filem kolobrasi ketiga aku dan abang mamat selepas Man Laksa dan Kala Malam Bulan mengambang.
filem kedua aku dalam bentuk digital ke seluloid...selepas Dunia Baru The Movie.

Bezanya Dunia Baru The Movie menggunakan Panasonic 720P...Manakala untuk Apokalib kali ini menggunakan Red 1Camera.(version 21)

Aku akan bekerjasama dengan sahabat aku D.I colourist Mr MARK Wilenkin and tq Mr Jason Chong yang introduce aku pada mat uk ni dulu... dan dua orang teknisyen yang akan sentiasa bersama aku dalam filem ni....Alhamdulilah...Harap semuanya berjalan lancar...
Aku harap kerja pertama aku dengan Red 1 Cam ni akan diberkati pembikinannya..
AMIN...

*Kalau siapa yang dah tengok cerita "Cro Zero"....lebih kurang macam tulah bentuknya apokalib ni...

Wednesday, May 12, 2010

Unit Teknikal Baru Diperlukan

Salam kepada sesiapa yang berminat khususnya kepada lepasan pelajar perfileman.

1)camera department(trainee)
2)lighting department(trainee)
3)grip department(trainee)

Mereka yang berjaya diatas akan bekerja dalam pembikinan filem cereka dan iklan beraama saya sebagai pengarah fotografi.Tujuannya ialah untuk mengisi jawatan seperti
Operator Kamera
Gaffer
Key grip
Yang berilmu yang mana saya rasakan semakin lama semakin kekurangan.
Jika berminat Sila berhubung dengan shah di numb 0123135947...

Salam Sinema....

Monday, March 15, 2010

v3 SAMSENG JALANAN ;11 MARCH...AYUH

Hampir setahun pengambaran telah dijalankan akhirnya alhamdulilah buah tangan Farid Kamil menemui penonton dipanggung;tahniah Farid Kamil dan tahniah Metrowealth(BONUS;bukan janji tapi pasti)...Filem aksi ini padat dengan gaya arahan yang bersahaja dari sahabat aku budak Farid Kamil...cubaan pertama yang pada aku berani dan creative...Cinematogaphy 'NO KOMEN'benda yang dah amat lali dan dah selalu sangat aku lakukan pada filem yang sebelumnya.
Bila aku letakkan diri aku sebagai 'Layman' aku terhibur...ada perasaan nak tengok dua kali.
Sehingga ke hari ni(4 hari tayangan) dengar kata kutipan sudah BOOM ...Kalau betul maknanya penonton malaysia ni sebenarnya memang ada power untuk memilih dan 'Mass audience' ini sudah memberi satu sign yang amat positif jika kemahuan mereka diberi...Mungkin betul mungkin tidak aku pun kurang pasti....Tapi yang pastinya 2 filem yang back to back NAN sempit dan Niyang Rapik memberi figure yang impresive selepas Wajib Tayang.
Nan Sempit sendiri ditutup pada perkiraan 7.8 juta kalau tak silap aku.
Sesuatu yang agak menarik dalam V3 ialah 'The Making' dalam v3 yang saya rasa amat baik perlaksanaannya dari pihak metrowealth dan ini memang mempengaruhi penonton untuk kepanggung.
Jadi sesiapa yang nak minat menonton cerita,aksi,stunt serta Sinematografi yang RAW bentuknya sila kepanggung mungkin inilah filem terakhir yang berorientasikan aksi mat motor(perkataan yang lebih baik dari mat rempit)di panggung.

SALAM SINEMA;

Friday, February 26, 2010

Niyang Rapik-25th feb

Filem Niyang Rapik sudah pun masuk panggung semalam 25hb feb.filem terbitan ecellent pictures dan diarah oleh tuan punya production Ahmad Idham.Walau pun aku dah banyak shoot dengan Idham tapi ini adalah kerja pertama aku dengan exellent pictures dan kerja pertama aku untuk genre horror/triller ni.Jadi excited jugak dengan outcome filem yang rata-rata mencabar dari aspek pembikinan.Aku akan kongsi pengalaman pembikinan ni dalam entry akan datang....buat masa ni aku nak promote untuk members,student dan sesiapa sahaja ke panggung menonton filrm ni...

Tq salam sinema....

Monday, January 25, 2010

Aku & Dr Anuar Nor Arai

Sesuatu yang tak aku jangka dan seolah-olah tuhan sengaja memberi petanda untuk aku beringat pada Nya.
Seminggu sebelum aruah menghembuskan nafasnya aku dipanggil oleh Dr anuar untuk berjumpa dengannya.Sesi selama satu jam bersamanya cukup mengembirakan aku,..cikgu lah katakan....Beliau menawarkan tempat kepada aku menjadi pensyarah di Aswara.Sempat aku bertanya pada aruah samada dia sihat atau tak,sambil menyalakan rokok gudang garam nya tak ada sedikit pun menampakkan keuzuran namun fizikalnya memang dimamah usia.,,dia seperti dulu-dulu agresif,tenang dan full motivated kalau berbual..sama saje nafasnya sewaktu aku sibuk dgn semangat 'Indie' aku....Kata-kata akhirnya
'ekau bawak lah budak-budak ni nanti masuk industri,....ekau train diorang ni,bagi diorang rasa masuk dalam kelompok industri....
perubahan biar dibuat dari dalam dan jangan lagi dari luar....pandai-pandailah ekau raja,...jaga budak-budak ni....

Seminggu selepas...

Aku menerima panggilan bahawa cikgu aku dah meninggalkan aku buat selamanya.....al-fatihah....

P/s;dr anuar nor arai adalah cikgu aku yang seringkali aku rujuk dalam dan sewaktu aku melakukan kerja fotografi dan antara yang bertanggung jawab brain wash aku semasa pengambaran filem 'Kala Malam Bulan Mengambang'...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 24, 2010

Nan Sempit ....ishh..issh...issh

7 hari 3.7 juta....confius aku....Nan Sempit sebuah filem dari buah tangan Ahmad Idham yang diterbitkan oleh MIG boom lagi dan kali ini lebih dasyat dari fenomena Jangan Pandang Belakang....filem romantic komedi yang didakwa rakan media amat ringan ni berjaya mengheret penonton sekurang-kurangnya 2 kali ke panggung....Sebagai pengarah fotografi untuk filem ni tidak ada apa yang special yang nak aku katakan dan boleh diperkatakan.
Tapi aku rasa persembahan Sam Samzi dalam watak yang dibawanya adalah 2 tumbs up....Syabas kepada Ahmad Idham dan MIG...satu permulaan yang baik bagi 'business ini'...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 9, 2009

Salam 2010....

2009 semakin hampir ke penghujungnya,2010 bakal menjengah.Industri makin rancak.Kutipan panggung pulak semakin'Unpredictable',Produksi dari independant producer makin banyak yang buat filem ...syukur....maknanya adalah kerja untuk pekerja filem....Tahun ni aku lebih kepada membikin filem untuk cari 'sesuap nasi'...aku panjat syukur alhamdulilah.
Ada jugak tawaran untuk mengarah,aku terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu...belum masa lagi aku nak tinggalkan profesion sebagai D.P lagi pun aku nak buat sendiri kalau aku mengarah sekalipun..TOTAL INDEPENDANT PRODUCING,....aku happy dengan tanggungjawab ni sekarang...
Syabas pada kawan aku bro Afdlin untuk papadom serta Liyana Jasmay....TERIMAKASIH aHMAD iDHAM dan Metrowealth...moga 2010 aku dan kalian boleh BERBISNES lagi.
Takziah pada keluarga Kak Min....aku panjat doa untuk aruah...
Lapan buah filem telah aku jalani pengambarannya 2009 dan satu daripadanya dah pun ditayang iaitu senario episode 2.Dan yang lain masih menunggu giliran....Dalam banyak-banyak tu aku rasa puaka niyang rapik ada benda nak aku ceritakan tapi bukan sekarang....bila nak ditayang nanti
dalam beberapa hari 2010 bakal tiba.....ASALAMUALAIKUM INDUSTRI....MOGA DIBERKATI SERTA DIMURAH KAN REZEKI KITA SEMUA...AMIN..

Rempit V3
Senario Beach Boy
Suaka
Nan Sempit
Puaka Niyang Rapik
Semerah Cinta Stilleto
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Aku Masih Dara