Wednesday, May 12, 2010

Unit Teknikal Baru Diperlukan

Salam kepada sesiapa yang berminat khususnya kepada lepasan pelajar perfileman.

1)camera department(trainee)
2)lighting department(trainee)
3)grip department(trainee)

Mereka yang berjaya diatas akan bekerja dalam pembikinan filem cereka dan iklan beraama saya sebagai pengarah fotografi.Tujuannya ialah untuk mengisi jawatan seperti
Operator Kamera
Gaffer
Key grip
Yang berilmu yang mana saya rasakan semakin lama semakin kekurangan.
Jika berminat Sila berhubung dengan shah di numb 0123135947...

Salam Sinema....

Monday, March 15, 2010

v3 SAMSENG JALANAN ;11 MARCH...AYUH

Hampir setahun pengambaran telah dijalankan akhirnya alhamdulilah buah tangan Farid Kamil menemui penonton dipanggung;tahniah Farid Kamil dan tahniah Metrowealth(BONUS;bukan janji tapi pasti)...Filem aksi ini padat dengan gaya arahan yang bersahaja dari sahabat aku budak Farid Kamil...cubaan pertama yang pada aku berani dan creative...Cinematogaphy 'NO KOMEN'benda yang dah amat lali dan dah selalu sangat aku lakukan pada filem yang sebelumnya.
Bila aku letakkan diri aku sebagai 'Layman' aku terhibur...ada perasaan nak tengok dua kali.
Sehingga ke hari ni(4 hari tayangan) dengar kata kutipan sudah BOOM ...Kalau betul maknanya penonton malaysia ni sebenarnya memang ada power untuk memilih dan 'Mass audience' ini sudah memberi satu sign yang amat positif jika kemahuan mereka diberi...Mungkin betul mungkin tidak aku pun kurang pasti....Tapi yang pastinya 2 filem yang back to back NAN sempit dan Niyang Rapik memberi figure yang impresive selepas Wajib Tayang.
Nan Sempit sendiri ditutup pada perkiraan 7.8 juta kalau tak silap aku.
Sesuatu yang agak menarik dalam V3 ialah 'The Making' dalam v3 yang saya rasa amat baik perlaksanaannya dari pihak metrowealth dan ini memang mempengaruhi penonton untuk kepanggung.
Jadi sesiapa yang nak minat menonton cerita,aksi,stunt serta Sinematografi yang RAW bentuknya sila kepanggung mungkin inilah filem terakhir yang berorientasikan aksi mat motor(perkataan yang lebih baik dari mat rempit)di panggung.

SALAM SINEMA;

Friday, February 26, 2010

Niyang Rapik-25th feb

Filem Niyang Rapik sudah pun masuk panggung semalam 25hb feb.filem terbitan ecellent pictures dan diarah oleh tuan punya production Ahmad Idham.Walau pun aku dah banyak shoot dengan Idham tapi ini adalah kerja pertama aku dengan exellent pictures dan kerja pertama aku untuk genre horror/triller ni.Jadi excited jugak dengan outcome filem yang rata-rata mencabar dari aspek pembikinan.Aku akan kongsi pengalaman pembikinan ni dalam entry akan datang....buat masa ni aku nak promote untuk members,student dan sesiapa sahaja ke panggung menonton filrm ni...

Tq salam sinema....

Monday, January 25, 2010

Aku & Dr Anuar Nor Arai

Sesuatu yang tak aku jangka dan seolah-olah tuhan sengaja memberi petanda untuk aku beringat pada Nya.
Seminggu sebelum aruah menghembuskan nafasnya aku dipanggil oleh Dr anuar untuk berjumpa dengannya.Sesi selama satu jam bersamanya cukup mengembirakan aku,..cikgu lah katakan....Beliau menawarkan tempat kepada aku menjadi pensyarah di Aswara.Sempat aku bertanya pada aruah samada dia sihat atau tak,sambil menyalakan rokok gudang garam nya tak ada sedikit pun menampakkan keuzuran namun fizikalnya memang dimamah usia.,,dia seperti dulu-dulu agresif,tenang dan full motivated kalau berbual..sama saje nafasnya sewaktu aku sibuk dgn semangat 'Indie' aku....Kata-kata akhirnya
'ekau bawak lah budak-budak ni nanti masuk industri,....ekau train diorang ni,bagi diorang rasa masuk dalam kelompok industri....
perubahan biar dibuat dari dalam dan jangan lagi dari luar....pandai-pandailah ekau raja,...jaga budak-budak ni....

Seminggu selepas...

Aku menerima panggilan bahawa cikgu aku dah meninggalkan aku buat selamanya.....al-fatihah....

P/s;dr anuar nor arai adalah cikgu aku yang seringkali aku rujuk dalam dan sewaktu aku melakukan kerja fotografi dan antara yang bertanggung jawab brain wash aku semasa pengambaran filem 'Kala Malam Bulan Mengambang'...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 24, 2010

Nan Sempit ....ishh..issh...issh

7 hari 3.7 juta....confius aku....Nan Sempit sebuah filem dari buah tangan Ahmad Idham yang diterbitkan oleh MIG boom lagi dan kali ini lebih dasyat dari fenomena Jangan Pandang Belakang....filem romantic komedi yang didakwa rakan media amat ringan ni berjaya mengheret penonton sekurang-kurangnya 2 kali ke panggung....Sebagai pengarah fotografi untuk filem ni tidak ada apa yang special yang nak aku katakan dan boleh diperkatakan.
Tapi aku rasa persembahan Sam Samzi dalam watak yang dibawanya adalah 2 tumbs up....Syabas kepada Ahmad Idham dan MIG...satu permulaan yang baik bagi 'business ini'...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 9, 2009

Salam 2010....

2009 semakin hampir ke penghujungnya,2010 bakal menjengah.Industri makin rancak.Kutipan panggung pulak semakin'Unpredictable',Produksi dari independant producer makin banyak yang buat filem ...syukur....maknanya adalah kerja untuk pekerja filem....Tahun ni aku lebih kepada membikin filem untuk cari 'sesuap nasi'...aku panjat syukur alhamdulilah.
Ada jugak tawaran untuk mengarah,aku terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu...belum masa lagi aku nak tinggalkan profesion sebagai D.P lagi pun aku nak buat sendiri kalau aku mengarah sekalipun..TOTAL INDEPENDANT PRODUCING,....aku happy dengan tanggungjawab ni sekarang...
Syabas pada kawan aku bro Afdlin untuk papadom serta Liyana Jasmay....TERIMAKASIH aHMAD iDHAM dan Metrowealth...moga 2010 aku dan kalian boleh BERBISNES lagi.
Takziah pada keluarga Kak Min....aku panjat doa untuk aruah...
Lapan buah filem telah aku jalani pengambarannya 2009 dan satu daripadanya dah pun ditayang iaitu senario episode 2.Dan yang lain masih menunggu giliran....Dalam banyak-banyak tu aku rasa puaka niyang rapik ada benda nak aku ceritakan tapi bukan sekarang....bila nak ditayang nanti
dalam beberapa hari 2010 bakal tiba.....ASALAMUALAIKUM INDUSTRI....MOGA DIBERKATI SERTA DIMURAH KAN REZEKI KITA SEMUA...AMIN..

Rempit V3
Senario Beach Boy
Suaka
Nan Sempit
Puaka Niyang Rapik
Semerah Cinta Stilleto
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Aku Masih Dara

Thursday, April 30, 2009

Malaysian Top Cinematographer....

Setelah tamat belajar sekitar 2000,sehinggalah sekarang sudah hampir 9 tahun aku dalam industri perfileman bergelar sebagai pengarah fotografi,masih baru dan mentah lagi aku ni....sebelum tu banyak aku assist dp hebat dimalaysia ni dan banyak yang aku belajar dari mereka-mereka ini....Dan persekitaran 9 tahun tu aku dah meihat macam-macam orang yang bergelar pengarah fotografi...

Bawah ni aku senaraikan beberapa orang pengarah fotografi di malaysia ni yang aku anggap betul-betul A class dan mereka-mereka ni tergolong dalam apa yang aku panggil malaysia top cinematographer...

-Badarudin hj Azmi
beliau merupakan pengarah fotografi untuk filem dan iklan(inilah field trainer aku masa student lagi,dari kosong sehinggalah jadi macam ni)

-Teoh Gay Hian
beliau merupakan pengarah fotografi untuk filem dan iklan(sekarang dah kat Indonesia,dia ni jugak cikgu aku yang banyak mengajar tentang sistem didalam organisasi teknikal semasa aku jadi focus puller dia,PMT,EMBUN antara kerja-kerja dia,dengar cerita dia dengan Garin Nugroho)

-Din Sceintist(DIn Gilo)
beliau merupakan pengarah fotografi iklan...(dasyat dia ni,otak yang genius)

-Keong Low
beiau merupakan pengarah fotografi filem dan iklan(ha kerja kak yasmin semua dia buat,gabungan mereka ni marvelous)

-Cheong
beliau merupakan pengarah fotografi filem dan iklan(Dukun adalah hasil kerja dia,tapi kita tak dapat tengok sebab tak ditayangkan,...aku sempat tengok dengan din said masa dominic ada diastro shaw)

-Nan Sulong
Beliau merupakan pengarah fotografi iklan dan filem(Hoopers yang masih dalam pembikinan adalah kerja beliau untuk filem)

-Mohd Filus Ghazali
Beliau merupakan pengarah fotografi iklan dan filem(siri pontianak harum sundal malam adalah kerja-kerja filem dia)

-Alvin
Beliau merupakan pengarah fotografi iklan(dulu satu masa aku jadi loader dia,aku pernah dengan tak sengaja terrrrroll filem yang berada diatas power pot,tapi dia rileks je...he..he..he..

-Chin
Beliau merupakan pengarah fotografi iklan(cool habis dia ni,macam keong jugak tak banyak lampu he...he...he...)

Ada banyak lagi pengarah fotografi dimalaysia ni dan semuanya baik-baik belaka kalau tak tak kan dia bergelar sebagai pengarah fotografi kan...yang diatas ni adalah mereka yang aku rasa mempunyai kualiti yang hampir lengkap bukan sahaja dari segi hasil kerja tapi dari segi pentadbirannya keatas crew-crew,analisis terhadap kerja sebelum sesuatu pengambaran,kebajikan keatas crew dan faktor kepimpinan yang tinggi,Disamping sifat 'Pengarah Fotografi'yang ada isi dalam nahu visual.Kepada student filem yang nak praktical atau nak bekerja perhatikan nama-nama ini dan jangan lepaskan peluang untuk bekerja dengan mereka jika dapat peluang.