Friday, November 21, 2008

helooooo....LETS BE UNITED....


To all my cinematographer friends...come and visit here at my blog to share with me and the rest of top malaysian cinematographer to colour our malaysian cinematography...its good for us to share and start somewhere to build technical ppl with new idea and thought....i be love if young and old generation of our local cinematographer to join and start discuss of their work in this blog...
tq so much...hope to see u guys soon....

Thursday, November 20, 2008

HARI-HARI HUJAN





hari-hari hujan...hujan mengantok
hari-hari hujan...hujan tak boleh shoot
hari-hari hujan...hujan tak boleh kenduri
hari-hari hujan...hujan mesti jalan sesak
hari-hari hujan...internet down
hari-hari hujan...astro tak ada siaran
hari-hari hujan...keluar takut demam
hari-hari hujan...HUJAN REZEKI

Tuesday, November 18, 2008

TAHNIAH BUAT OSKA 2008!!!

Malam oskar 7 2008 pada sabtu lalu menggambarkan betapa sunyinya dunia pembikinan perfileman malaysia ini...Dari teks ucapan presidennya Tuan syed Mohd Hasan aku percaya tahun ni tak semeriah malam oskar yang lepas-lepas,semacam berat tekanan dalam menjayakannnya.Kenapa ya?Penaja katanya kurang untuk mengangkat majlis yang satu ni.3 hari sebelum majlis ni aku membuat panggilan kepada Danny pengurus pemasaran Fuji film bertanyakan samada diorang membeli table untuk majlis tersebut....jawapannya 'I DONT KNOW ANYTHING ABOUT IT'... Pelik jugak tak seperti tahun sebelumnya....kurang-kurang seminggu sebelumnya mesti ada orang dari fuji film atau kodak yang telefon samada nak join table diorang ke tak....
tahun ni jugak sambutannya macam hambar je....aku datang atas tiket Tayangan Unggul....tak riuh rendah semacam sebelumnya...orang belakang tabir yang datang pun tak ramai,pengarah fotografi yang ada malam tu kalau tak silap hanya aku dan abang Filus.....selalunya ramai kawan-kawanku yang datang expecially dp-dp komesial....dapatlah kami berbual panjang..

macam ni lah.....hubungan antara ppfm dengan pembikin belakang tabir sebenarnya 0%....terus terang aku katakan....Ramai dp,gaffer,key Grip,art director,costume designer,editor, yang bagus-bagus tak muncul dalam festival ini,kerja-kerja yang superb dari mereka tak kelihatan....pada hal yang cipta nama baik luar dan dalam negara kita ni berlambak...Mana mereka dan kenapa mereka tak tersenarai dalam festival ini...kalau adapun ada yang menidakkan kerja mereka....Agaknya Table tak cukup banyak mungkin....vocabulary filem tipis,vacabulary teknikal tipis,perlaksanaan penjuriannya tipis,kalau tak percaya tanyalah cikgu hasan mutalib atau Jean De Baunt.......apa lagi yang ada?yang ada hanyalah satu festival picisan yang cuba mencelah populariti festival filem malaysia dan anugerah skrin...mungkin kelakar tapi inilah hakikatnya....

kalau persatuan dah mula nak dipolitikkan maka makin lama makin kuranglah keberkesanannya(MUNGKIN SALAH ISTILAH INI,TAPI AKU YAKIN ADA).Teras hubungan yang setahun sekali ini tidak disusuli dengan aktiviti-aktiviti lain dari persatuan bagi merapatkan lagi hubungan,jangan ditanya pada aku 'aktiviti apa lagi'....Lu fikirlah sendiri....

Justeru itu orang dibelakang tabir dah mula muak dan suara-suara sumbang yang negative menjalar antara satu dengan lain dan persatuan harus ingat banyak juga orang belakang tabir yang ada 'power on words' dan mempunyai hubungan secara langsung dengan media.....NAH hasil dari mulut ke mulut tadi mebuahkan hasil pada malam oskar 7 2008......

Aku tetap keluarga PPFM,keahlian ku masih sah buat masa sekarang dan kehadapan....Aku sayangkan malam Oska dan aku setuju ianya diteruskan...aku mahu dia diangkat menjadi satu festival yang berprestij....TAPI JANGAN DIPOLITIKKAN SEMACAM KEBANYAKAN KEPUTUSAN DALAM KETEGORI FILEM YANG AGAK BODOH PADA MALAM TU.....KERANA ORANG BELAKANG TABIR SEMUANYA BIJAK PANDAI SEKARANG BAIK DARI AKADEMIK MAHUPUN PENGALAMAN.....KETEPIKAN SOAL KAWAN,KETEPIKAN KEPENTINGAN UTAMAKAN HAKIKAT SEBENAR.....JANGAN SAMPAI HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.....

Friday, November 14, 2008

Mintak tadah....Kalau tak malu....

Ini proses penglobalisasian filem katanya....Pemangkin(catalyst) yang bertanggungjawab untuk memajukan Industri ini ternyata gagal dalam menjana arah tuju filem tempatan.Aku fikir muak dengan penghasilan karya dari semasa ke semasa termasuklah dengan apa yang akan aku buat untuk karya yang mendatang...tak adventure....tak relevan dengan faktor tahun yang semakin hari semakin tua...baik yang kononnya 'art' baik yang kononnya 'komesial'....Aku tumpang kebodohan mereka,...Orang-orang yang didalam studio-studio besar yang kononnya menjana sebahagian besar dari pengeluaran filem tempatan rata-rata kabur atau blur atau bongok atau pekak atau bisu atau segala yang negative lah.....
Aku menulis sebab marah...sakit hati...kepada siapa ya?
kepada mereka yang berkata kepada aku dan kawan-kawan ku 'MINTAK TADAH...KALAU TAK MALU'....tak mungkin brother....

Wednesday, November 5, 2008

APA YANG AKU KEJAR....?2009


Yang aku kejar ialah DAMAI....
Yang aku kejar ialah TENANG...
Yang aku kejar ialah AMAL...
Yang aku kejar ialah SUAMI YANG BERTANGGUNG JAWAB
Yang aku kejar ialah RUKUN ISLAM YANG LIMA
Yang aku kejar ialah DUIT...
Yang aku kejar ialah Metrowealth...
Yang aku kejar ialah SKOP Production..,
Yang aku kejar ialah TV COMERCIAL...

Tuesday, November 4, 2008

Metrowealth dan Skop Production panggil aku....



ha...ha....ha... aku ditawarkan untuk shoot dengan Metrowelth untuk beberapa filem mereka yang akan datang.David Teoh call aku dan katanya nak aku shoot filem untuk dia.Aku terima je....bayarannya pun ok...aku pun boleh terus Praktis...

Skop Production pun panggil aku untuk sambung Evolusi Kl Drift 2....
aku terima untuk aku terus praktis.Yang pentingnya buat masa ni aku masih terus boleh praktis...dan aku bersyukur produser-produser ni masih nak kan khidmat aku..

RANSAN...agar dilindungi tuhan...part 2


.........Beberapa perkara telah aku bincangkan dengan kedua-dua mereka dari semua aspek especially menawarkan shoffi sebagai co-director untuk filem ini.....semuanya berjalan lancar mutual understanding antara aku shoofi and al-jefry dipersetujui.
dan harry dan aku sibuklah membuat preparation.aku dari aspek kreatif dan dia dari segi fund untuk filem ini.Kami pun sibuklah draft kontrak....panjang jugak masanya ialah bukan senang jugak nak draft kontrak ni.
Untuk menguatkan barisan management filem ini aku panggil Bada untuk join sebagai Executive Producer disamping isteri aku shahora sebagai line producer....Mereka memang banyak membantu aku.
Banyak dugaan masa ni....semuanya kena start dari 'ZERO' sebab company baru....dah ada yang desak nak kontrak cepat walaupun shoot bulan november....aku kena layan jugak,kalau tak layan ini semua kawan baik,aku yang drag diorang dalam filem ni...aku pun hantar kat hq aku untuk mintak release 10% bagi yang dah start kerja.diaorang layan aku.release lah payment untuk yang dah start bekerja....aku lega....
Hq pun hantar satu surat kepada aku untuk diolah script ni mengikut apa yang mereka nak mula-mula dulu dari aku....sebuah filem aksi moden yang 'stylo mylo'.......
aku pun mula berbincang dengan shoffi dan scripwriter aku...dan dari sehari kesehari ianya dilakukan namun....stuktur skrip ini tidak banyak berubah....
ahhhh presure...hq tuntut janji dari aku ni,duit dah lepas kat diorang tinggal 1/3 je yang tak berbayar....al jefry dan shoffi aku rasa dah bengang jugak dengan keadaan ni.....aku pulak dah nampak arah filem ni dari sudut persembahan....jauh dari cerita yang asal....jauh dari apa yang mereka berdua nampak sebelum ini....
surat sampai lagi....Hquarters tak nak ada Co-director,katanya aku yang ditawarkan untuk direct jadi kenapa pulak aku kena ada co-director....dalam kata lain aku jadi tense gile lah jawabnya.....aku rileks hisap rokok....sambil fikir apa yang nak aku sampaikan pada Shoffi.....lama aku fikir....Aku suruh casting manager aku sampaikan kebetulan dia duduk kat gudang tempat lepak kami semua.....apalah nasib......nak kena confront dengan orang pulak lepas ni...
Aku ingat lagi masa tu bulan puasa....maka sms aku terima dari kawan aku shoffi amat memedihkan....aku buntu...tak tau apa nak buat dah....aku cuba untuk tenangkan keadaan tapi aku faham keadaan macam ni siapa pun tak boleh terima....aku cuba bermushawarah dengan harry serta orang atasan....tapi itulah yang telah ditetapkan...aku terima....semenjak hari tu aku shoffi dan aljefry jarang dah jumpa...cuma aku harap diorang akan terima....
kerja dah mula....aku kena teruskan,dah banyak orang yang involve....sebagai langkah pertama aku bayar balance 1/3 dari skrip supaya nanti aku tak dianggap 'KENCING' pulak dan aku pelan-pelan kayuh olah skrip tersebut.....

mak oii...terasa penat ya amat....dari masa ke semasa lubang-lubang aku jumpai....talent aku pun banyak membantu dengan soalan-soalan maut yang aku sendiri tak pernah terfikir....terima kasih aku pada mereka...pengalaman mengolah balik merupakan pengalaman pertama aku....interesting tapi kalau nak diikutkan kena banyak kesabaran....syukur....alhamdulilah siap jugak akhirnya walaupun aku belum masih boleh berpuas hati....

draft pertama olahan siap....kerja recee pun berjalan....location pulak ada masalah....

To be continue.....