Monday, January 25, 2010

Aku & Dr Anuar Nor Arai

Sesuatu yang tak aku jangka dan seolah-olah tuhan sengaja memberi petanda untuk aku beringat pada Nya.
Seminggu sebelum aruah menghembuskan nafasnya aku dipanggil oleh Dr anuar untuk berjumpa dengannya.Sesi selama satu jam bersamanya cukup mengembirakan aku,..cikgu lah katakan....Beliau menawarkan tempat kepada aku menjadi pensyarah di Aswara.Sempat aku bertanya pada aruah samada dia sihat atau tak,sambil menyalakan rokok gudang garam nya tak ada sedikit pun menampakkan keuzuran namun fizikalnya memang dimamah usia.,,dia seperti dulu-dulu agresif,tenang dan full motivated kalau berbual..sama saje nafasnya sewaktu aku sibuk dgn semangat 'Indie' aku....Kata-kata akhirnya
'ekau bawak lah budak-budak ni nanti masuk industri,....ekau train diorang ni,bagi diorang rasa masuk dalam kelompok industri....
perubahan biar dibuat dari dalam dan jangan lagi dari luar....pandai-pandailah ekau raja,...jaga budak-budak ni....

Seminggu selepas...

Aku menerima panggilan bahawa cikgu aku dah meninggalkan aku buat selamanya.....al-fatihah....

P/s;dr anuar nor arai adalah cikgu aku yang seringkali aku rujuk dalam dan sewaktu aku melakukan kerja fotografi dan antara yang bertanggung jawab brain wash aku semasa pengambaran filem 'Kala Malam Bulan Mengambang'...



- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Saifullah Khaisas said...

Salam....
Selepas membaca blog ini, saya juga terkenangkan bagaimana arwah mengajar kami, seperti abg raja, arwah banyak membimbing kami semasa arwah berkhidmat di UiTM. Industri filem Malaysia telah kehilangan permata yang sentiasa ingin memastikan filem Malaysia mempunyai nilai estetikanya.
Arwah banyak berjasa kepada kami sentiasa memberi semangat, sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami agar menjadi seorang filmmaker yang bagus....InsyaAllah

orthello said...

syukur alhamdulilah,arwah banyak anak murid dia baik secara langsung mahupun tidak...
berbanyaklah kita bersedekah kepadanya>