Tuesday, October 28, 2008

RANSAN....agar dilindungi tuhan....

Filem Ransan terbitan merah maya motion picture syarikat baru aku dengan partner aku harry bakal menjalani pengambarannya 10 nov ni.Namun atas kesan masa silam Ransan tidak kering dilanda fitnah....namun insyaalah filem ini akan tetap berjalan dan sentiasa aku berdoa agar dilindungi tuhan.
Maka aku jadi kan blog ini untuk aku hmmmm...........(malas nak cakap lah)
Proses filem ini dah lama....
bermula dengan penubuhan merah maya pada bulan mei....serta pembelian skrip daripada
al-jefry dan shoffi jikan dengan mas kahwinnya rm30ribu.(tak ada rahsia)

al-kisahnya;

Sebelum diolah dengan nafas aku skrip ni dah terjadi lebih kurang 4 tahun yang lepas kalau tak silap aku.Platformnya adalah martial art berlandaskan latar seperti 70an dengan nama kerektor unik orang melayu kampung,seperti man dagang,ramli gagak,salleh beruang....

Rezeki aku murah,ada funder yang aproach aku suruh direct tapi aku ni d.o.p by profesion jadi aku nak shoot je,maka kawan baik aku semenjak di akademi filem si shoffi jikan nilah yang aku cuba ketengahkan.Maka terjadilah RANSAN idea asal shoffi jikan dan ditulis oleh al-jefry dan shoffi sendiri.Tapi malangnya ianya tak berjaya difilemkan atas beberapa sebab yang confidential.Ianya terkubur selepas presentation di Finas(maksudnya mintak sme lah).

Ransan melalui proses perjalanan dari satu pihak ke pihak yang lain.Banyak yang interested nak belilah,nak producelah,...tapi masih tak dijual oleh shoffi kerana dia nak direct sendiri filem ni katanya,aku hormat dengan pendirian dia.Kali terakhir sebelum dibeli oleh Merah Maya Motion Picture ialah bila Dominic Hue producer Dukun sanggup untuk bekerja dengan filem ni.Tapi nasib tak baik dia tinggalkan astro shaw sebab Dukun tak jalan.....frust jugak shoffi masa tu.Aku sentiasa simpati dengan dia maklumlah aku kenaldia dah lama sebelum mamat khalid kenal dia lagi.Tau sangat hati budi dia.

2008 agaknya orang dah nampak aku semakin matang selepas beberapa buah filem yang aku sendiri sebagai dop seperti red kebaya,syaitan,bilut,evolusi kl drift dan kala malam bulan mengambang tawaran untuk aku mengarah filem begitu banyak.Aku tetap sabar.Tak nak terburu-buru lagi....sampailah akhirnya banyak yang tak nak ambik aku sebagai dop lagi kerana katanya aku dan krew aku meletakkan harga yang mahal.Photography adalah passion aku....orang dah tak nak ambik aku.aku panic jugak...Apa kesudahan future aku ni....Aku faham sekarang engkau bagus ke tak bagus ke janji harga murahhh.semua boleh jalan....

Tepat pada masanya Harry kawan aku datang jumpa aku nak aku join dia buat filem dan nak aku direct filem action untuk company yang akan kami set nanti...aku jumpa bada cikgu aku mintak nasihat dan dia kata aku dah patut lakukan.
Merah Maya Motion Picture pun tercipta.....orang pertama yang aku cari masa tu ialah 2 orang sahabat aku Shoffi Jikan dan Al-jefry.....

bersambung......

7 comments:

Amy Ikram said...

Mukhriz.. selamat pengantin baru..

the best DOP in Malaysia.. suka filem Kala Malam Bulan Mengambang.. mesti mencabar kan fotografi dia kan....

amyikram
AFM last batch graduate..

Amy Ikram said...

insya-allah.. akan saya promoted kan blog ko ye..

Ajami Hashim said...

welcome to the blogosphere bro!
..and good luck wt ur film ;-)

M.U.K.H.R.I.Z said...

tq amy dan ajami,harap dapat tlnf promote blog ni dan filem yang bakal dibuat pengambarannya pada november ini

test said...

Ampun Tuanku, dengan ini aku memotong reben kuning tanda rasminya blog Tuanku...

RANSAN, satu cahaya yang akan bersinar...

Rozinor Razali.

M.U.K.H.R.I.Z said...

woooh....tq bro...boleh kita bertukar dan berkongsi pendapat disini

Bin Filem said...

hi hi